Muhamed bin Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Muhamed Bin Nasir (Dato' Biji Sura)

Datuk Muhamed bin Nasir (Dato' Biji Sura) merupakan Menteri Besar Kelantan dari tahun 1973 - 1978.

Beliau merupakan menteri dari Barisan Nasional - PAS. Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak menjemput PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei.

Akta Kemajuan Petroleum 1974[sunting | sunting sumber]

Pada 1975, perjanjian telah ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kelantan dwakili oleh Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri mendapat royalti wang tunai 5 % dan kerajaan persekutuan Malaysia mendapat 5 % . Kelantan memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti wang tunai.

Mageran Kelantan 1978[sunting | sunting sumber]

Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru (1978 - 1990).



Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19731978
Penyandang Kemudian
Mohd Asri bin Haji Muda Mohamed Yaacob