Abdul Rahman Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Abdul Rahman Arshad

PSM; SPMS (Sel); SPDK (Sbh); DCSM (Mel); DSAP (Phg); DMPN (PP); JSM; PhD
Pro-Canselor
Universiti Teknologi MARA
Dalam jawatan
15 Disember 2002 – 16 Ogos 2020
Berkhidmat dengan
Ahmadshah Abdullah
Arshad Ayub
Sallehuddin Mohamed
Safri Awang Zaidell
Zarinah Anwar
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
1985–1991
Didahului olehMurad Mohamed Noor
Digantikan olehAsiah Abu Samah
Butiran peribadi
Lahir(1936-11-27)27 November 1936
Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Ogos 2020(2020-08-16) (umur 83)
Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSakit tua
PasanganPuan Sri Noor Hayati Mohamed (sehingga kematiannya)
Anak-anak3
PekerjaanAhli akademik, pendidik, diplomat

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Rahman bin Arshad (27 November 1936 – 16 Ogos 2020) merupakan seorang ahli akademik, pendidik dan diplomat Malaysia yang dikenali sebagai ikon pendidikan negara dan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abdul Rahman dilahirkan pada 27 November 1936[4] di Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka dan mendapat pendidikan awal serta melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).[1] Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Singapura, Universiti Reading, Kolej Kakitangan Pentadbiran New Zealand, Harvard Business School dan menamatkan ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti London Timur.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya akademik sebagai seorang guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar, seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.[1] Selepas berkhidmat selama 30 tahun dalam sektor pendidikan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada 1991, Abdul Rahman pernah dilantik bagi beberapa jawatan penting termasuk Perunding Pendidikan di Bank Negara Malaysia.[1] Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai diplomat di Maghribi, Filipina dan Thailand.[1] Beliau dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM pada 15 Disember 2002 bersama-sama dengan lima felo lain.[1]

Beliau turut mendapat kepercayaan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I untuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014 hingga 2016.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 2020 pada usia 84 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor[1][5] akibat sakit tua.[6] Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang di Masjid Tanah, Melaka;[7] Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Noor Hayati Mohamed dan tiga anak.[8][9]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah[10]

 Malaysia

 Selangor

 Sabah

  • MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (1990)[petikan diperlukan]

 Melaka

 Pahang

 Pulau Pinang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Umavathi Ramayah (16 Ogos 2020). "Tokoh pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 2 September 2020.
  2. ^ Rebecca Rajaendram (17 Ogos 2020). "Malaysian education icon Abdul Rahman dies at 84" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 2 September 2020.
  3. ^ Siti Rohaizah Zainal (16 Ogos 2020). "Pro Canselor UiTM meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 September 2020.
  4. ^ Abdul Rahman Arshad 2009, m/s. 12.
  5. ^ "UiTM pro-chancellor Abdul Rahman dies" (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 16 Ogos 2020. Dicapai pada 5 September 2020.
  6. ^ "Salam Takziah... Pro-Canselor UiTM Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad meninggal dunia". mStar Online. 16 Ogos 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
  7. ^ Hassan Omar (16 Ogos 2020). "Allahyarham Abdul Rahman Arshad selamat dikebumikan". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2020.
  8. ^ Nurul Huda Husain (16 Ogos 2020). "Jenazah Abd Rahman Arshad akan dikebumikan di Masjid Tanah, Melaka". Sinar Harian. Dicapai pada 2 September 2020.
  9. ^ "UiTM Pro-Chancellor Abdul Rahman Arshad dies" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 16 Ogos 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
  10. ^ "Semakan lantikan darjah kebesaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-11-23.

Buku[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Profil rasmi di www.schoolmalaysia.com (dalam bahasa Inggeris)