Ali Shariati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 33°26′42.13″U 36°20′28.98″T / 33.4450361°U 36.3413833°T / 33.4450361; 36.3413833

Ali Shariati
AliShariati.jpg
Agama: Aliran Imam 12 Syiah Islam

Ali Shariati (23 November 1933 – 1977) adalah warganegara Iran . Beliau adalah ahli sosiologi dan revolusi, cendikiwan dan dihormati dan pakar bidang sosiologi agama. Dia adalah pemikir sosial berpengaruh abad ke-20, kerana dia perancang ideologis Revolusi Iran.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ali Shariati dilahirkan pada 1933 di kampung Kahak pinggir kota Sabzevar, timur laut Iran. Bapanya, Mohammad-Taghi adalah seorang pujangga Islam, pengasas Pusat Dakwah Islam di wilayah Khorasan semasa fahaman Marx berkembang di di Iran. Dia kemudiannya dikritik oleh anak lelakinya di atas kepercayaannya.

Semasa di Maktab Latihan Perguruan, Shariati rapat dengan golongan miskin.Dia terdedah kepada falssaha Batar dan pemikiran politik. Dia cuba mengemukakan jalan penyelesaian masalah masyarakat Islam berasaskan prinsip Islam tradisional,Pandangan sosiologi moden dan falsafah banyak dipengaruhi oleh Moulana Rumi dan Muhammad Iqbal.

Pada 1952 dia menjadi guru sekolah tinggi dan mengasaskan Persatuan Pelajar Islam dan menyebabkannya ditangkap dalam satu demonstrasi. Pada 1953, Perdana Menteri Iran pertama , Mossadeq telah digulingkan oleh CIA .Ketika itu dia seorang ahli Pergerakan Rintangan Kebangsaan. Dia mendapat ijazah dari Universiti Mashhad pada 1955. Pada 1957 dia ditangkap sekali lagi oleh polis Shah Iran bersama dengan 16 ahli Pergerakan Pembaharuan Kebangsaan.


Ali Shariati mendapatkan biasiswa kerajaan Perancis dan belajar di Universiti Paris. Di universiti ini, dia dianggap sebagai pelajar pintar dan terbaik serta dilantik pada 1958. Dia menyambung kedoktoran jurusan sosiologi dan meninggalkan Paris sebelum sempat menghabiskan kajian pada 1964.Semasa di di Paris, Shariati mula bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (FLN) pada 1959. 1960, dia mula membaca tulisan Frantz Fanon dan diterjemahkan kepada bahasa Parsi.[1]. Shariati memperkenalkan pemikiran Fanon kepada pejuang-pejuang Revolusi Iran di luar negara . Dia ditangkap di Paris semasa mengadakan demonstrasi ketika penghormatan pemimpin Patrice Lumumba, pada 17 Januari 1961.

1960 dia berganding Ebrahim Yazdi, Mostafa Chamran dan Sadegh Qotbzadeh dalam Pergerakan Kebebasan Iran di luar negeri. Dia menjadi pengasas revolusi Iran semasa ketiadaan Ayatolah Khomeni. Pada 1962 dia belajar sosiologi dan sejarah perkembangan agama di seluruh dunia.Seterusnya mengikuti kursus pendek dengan cendekiawan Islam Louis Massignon, Jacques Berque dan ahli sosiologi Georges Gurvitch. Dia juga berminat dengan ahli falsafah Jean-Paul Sartre.Selain itu dia banyak membaca buku Jalal Al-e Ahmad's karya Gharbzadegi (atau Occidentosis) .

1964 dia kembali ke Iran di mana dia ditangkap dan dipenjarakan oleh kerajaan Iran Imperial melibatkan diri dalam kegiatan politik subversif semasa di Perancis. Dia dibebaskan selepas beberapa minggu . Dia mula mengajar di Universiti Mashhad.

Shariati pergi ke Tehran dan memberi kuliah di Hosseiniye Ershad . Sesi ceramah beliau dipenuhi berkaitan ekonomi masyarakat, kelas pertengahan dan kelas atasan .

Sekali lagi dia ditahan bersama para pelajar. Selepas tekanan rakyat dan antarabangsa , Ali dibebaskan selepas 18 bulan dalam penjara dan dibebaskan pada 20 Mac 1975.

Shariati dibenarkan pergi ke England. Tiga minggu kemudian dia mati di Southampton, England kerana serangan jantung. Sumber-sumber lain menyatakan beliau dibunuh oleh Savak - pasukan polis rahsia Shah Iran.

Pandangan sarjana[sunting | sunting sumber]

Perjuangan Shariati sangat dipengaruhi oleh Fhaman Marxist dan Worldism Ketiga semasa belajar di Paris ,Idea tentang pertentangan kelas dan revolusi akan membawa kepada masyarakat tanpa kelas - di satu pihak, dan Ketulenan Islam (Reformasi Islam),Dia dikatakan mengembangkan idea Gharbzadegi daripada Jalal Al-e Ahmad


Dia mengembangkan idea-idea berasaskan simbol-simbol kebudayaan mazhab Syiah rakyat Iran.Baginya, Syiah tidak seharusnya hanya menunggu kedatangan Imam ke-12 . Katanya "setiap hari adalah Ashoura, setiap tempat adalah Karbala."


Shariati sering merujuk dirinya sebagai "mazhab Syiah merah" berbanding dengan "mazhab Syiah hitam" atau Safavid Mazhab Syiah. Idea-ideanya dibandingkan dengan pergerakan Pembebasan Teologi Katolik di Amerika Selatan oleh Gustavo Gutierrez (Peru) dan Leonardo Boff (Brazil).

External links[sunting | sunting sumber]


Buku dan ucapan[sunting | sunting sumber]

  • Haji
  • Marxisme Dan Kesilapan-kesilapan Barat : Satu Kritikan Islam
  • Di Mana Kita Bermula
  • Misi Satu Tidak Bertuhan
  • Lelaki Bebas Dan Kebebasan Lelaki
  • Pengorbanan
  • Ali
  • Satu pendekatan memahami Islam
  • Satu Wajah Nabi Muhammad
  • Sepintas Sejarah Esok
  • Pantulan Kemanusiaan
  • Satu Manifestasi Jatidiri Dan Reformasi
  • Pemilihan / Pilihan raya
  • Norouz, Perisytiharan Rezeki Orang Iran
  • Jangkaan-jangkaan Daripada Wanita Islam
  • Horr (Pertempuran Karbala)
  • Abu-Dahr
  • Islamologi
  • Syiah Merah vs Shiah Hitam
  • Jihad Dan Shahadat
  • Pantulan Islam - Masyarakat ditindas
  • Satu Pesanan Untuk Para Pemikir
  • Menunggu Penyelamat
  • Fatemeh adalah Fatemeh
  • Falsafah Rayuan
  • Agama lawan Religion
  • Lelaki Dan Islam - "Manusia Moden Dan Penjara-penjaranya"