Patrice Lumumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Patrice Lumumba
Patrice Lumumba, 1960.jpg
Perdana Menteri R.D. Congo Pertama
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
PresidenJoseph Kasa-Vubu
TimbalanAntoine Gizenga
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehJoseph Iléo
Menteri Pertahanan R.D. Congo
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
Butiran peribadi
LahirÉlias Okit'Asombo
2 Julai 1925
Katakokombe, Congo Belgium
(kini R. D. Congo)
Meninggal dunia17 Januari 1961 (berusia 35)
Berhampiran Élisabethville, Katanga
(kini Lubumbashi, Republik Demokratik Congo)
Sebab kematianDihukum tembak mati
Parti politikPergerakan Kebangsaan Congo

Patrice Émery Lumumba (2 Julai 1925 - 17 Januari 1961) adalah seorang ahli politik dan pemimpin kemerdekaan Kongo yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo yang merdeka dari bulan Jun hingga September 1960. Patrice memainkan peranan penting dalam transformasi Kongo dari koloni Belgium ke sebuah republik bebas. Beliau berpegang kepada ideologinya nasionalisme Afrika dan Pan-Africanist memimpin parti Kongres Gerakan Nasional (MNC) dari 1958 sehingga pembunuhannya.[1]

Tidak lama selepas kemerdekaan Kongo pada tahun 1960, satu pemberontakan meletus di tentera, menandakan permulaan krisis Congo. Lumumba memohon pertolongan kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu menumpaskan pemberontak Katanga yang diberi sokongan oleh Belgium. Keengganan kedua-dua pihak memaksa Lumumba berpaling meminta bantuan Kesatuan Soviet saat gentingnya antara kedua-dua kuasa besar ini dalam Perang Dingin.[2] Hal ini membawa kepada perbezaan yang semakin meningkat dengan Presiden Joseph Kasa-Vubu dan ketua pegawai Joseph-Désiré Mobutu yang menjejaskan keadaan politik di negara tersebut yang berlarutan.

Beliau terkorban semasa Krisis Congo setelah dikepung dan dibunuh orang-orang penyokong Mobutu. Kematiannya diingati sebagai suatu kemartiran untuk negara R. D. Congo dan gerakan pan-Afrikanisme secara keseluruhannya.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Patrice Lumumba lahir pada 2 Julai 1925 di kampung Onalua wilayah Katakokombe provinsi Kasai di Congo.[3][4] Beliau anak dari lima adik beradik (termasuk seorang yang tiri[3]) kepada Julienne Wamato Lomendja dan François Tolenga Otetshima, seorang petani[3][4] dua-dua berketurunan orang Tetela Katolik Rom; nama keluarga asalnya Okit'Asombo bermaksud "pewaris (okitá/okitɔ́)[5] yang disumpah (asombó)".[6]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menggiatkan diri dalam pergerakan kemerdekaan sebenua Afrika yang semakin terbuka berikutan Perang Dunia Kedua. Beliau dilantik sebagai ketua daerah (cercles) Stanleyville (kini Kisangani) tahun 1955 di bawah pimpinan Parti Liberal Belgium, di sini juga beliau bertanggungjawab mengarang dan mengedarkan terbitan lidah parti. Dia disabitkan kesalahan menyeleweng wang sebanyak $2500 di pejabat pos berikutan suatu jelajah darmawisata di Belgium tahun 1956[7] di mana beliau dihukum penjara selama 12 tahun berdenda.[8]

Setelah Lumumba dibebaskan dari penjara, beliau mengasas bersama parti Mouvement National Congolais (MNC) pada 5 Oktober 1958 menjadi ketua parti tidak lama kemudian[9] Parti MNC diketuainya tidak memihak kepada mana-mana suku bangsa[10] meumpu kepada kemerdekaan, menaikkan gagasan Pengafrikanan pemerintahan serta keberkecualian dalam ehwal luar negara. Lumumba sangat dikagumi kerana peribadi tingginya serta gaya pidato dan pemikiran yang hebat mendapat sokongan ramai[10] sehinggakan bebas mewewenang berbanding orang lain seperjuangan yang sering meminta bantuan Belgium.[11]

Perjuangan mendapatkan kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Krisis bergolak[sunting | sunting sumber]

Perebutan kuasa dengan Mobutu[sunting | sunting sumber]

Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi pada 24 November di mana majoriti suara bersetuju menerima pegawai lantikan Mobutu ke dalam Perhimpunan Agung mengenepikan yang dijanjikan dari pihak Lumumba. Lumumba memutuskan mengikuti timbalannya Antoine Gizenga ke Stanleyville mendapatkan kembali kuasa wewenang direbut:[12] beliau pada tulat harinya berkonvoi bersama keluarganya (isteri dan anak bongsunya) serta orang kuat seperti Rémy Mwamba, Pierre Mulele bertemu orang-orang pedalaman meskipun diancam bahaya dan sepatutnya bertemu askar-askar setia Gizenga di sempadan provinsi Orientale.

Pasukan Mobutu berjaya menangkap rombongan Lumumba pada 1 Disember di sungai Sankuru[13] tepi Lodi.[12] Lumumba berpatah balik mendapatkan isteri dan anaknya yang tertinggal di sebelah batang sungai meskipun ditegah Mwamba dan Mulele, Lumumba diberkas konco-konco[13] dan dibawa singgah Port Francqui sebelum diterbangkan kembali ke Léopoldville keesokan harinya,[12] Mobutu berniat membicarakan dan menghukum Lumumba atas dakwaan memberontak.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Lumumba dibawa diikat ke Elisabethville pada 17 Januari 1961,[14] beliau dan beberapa orang sekutunya diseksa di Rumah Brouwez oleh askar-askar Katanga dan Belgium.[15] sambil Presiden Katanga Moïse Tshombe dan kabinet memutuskan apa mahu dilakukan kepada mereka.[16][17][18] Pada malam hari kemdian, Lumumba, Mpolo dan Okito dibawa ke suatu tempat terpencil adanya tiga pasukan penembak maut diketuai pegawai kontrak Belgium Julien Gat[19] serta dihadiri Tshombe dan dua orang menterinya. Ketiga-tiga orang Congo ini segera diikat pada pokok dan dilepaskan tembakan searahan Gat;[19] hukuman ini dilaksanakan sama ada pada jam 21:40-21:43 malam atau pada 22:45 malam.[20] Mayat-mayat mereka dilupuskan keesokan hari atas desakan Menteri Dalam Negeri Katanga Godefroid Munongo secara dikerat-kerat, direndam dalam asid sulfurik dan dihancurkan tulang-belulang bertaburan di kawasan setempat.[21]

Kematian Lumumba diumumkan di siaran radio Katangan radio sebulan kemudian dengan dakwaan kononnya beliau dibunuh orang kampung sebaik meloloskan diri sekitar pekarangan penjara Kolatey.[22] Khabar ini mencetuskan banyak tunjuk perasaan menyokong Lumumba di beberapa negara Eropah termasuk samunan kedutaan Belgium diBeograd, Serbia, suatu perarakan bertempung dengan pihak polis di dataran Trafalgar London[23] serta tunjuk perasaan ganas semasa berlakunya sidang Majlis Keselamatan PBB di New York.[24][25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Guardian, 22 February 2019
  2. ^ "Report Reproves Belgium in Lumumba's Death". Belgium; Congo (Formerly Zaire): New York Times. 17 November 2001. Dicapai pada 17 January 2011.
  3. ^ a b c Kanyarwunga, Jean I N (2006). République démocratique du Congo : Les générations condamnées : Déliquescence d'une société précapitaliste. Paris: Publibook. m/s. 76. ISBN 9782748333435.
  4. ^ a b Zeilig, Leo (2015-03-15). Lumumba: Africa's Lost Leader (dalam bahasa Inggeris). Haus Publishing. ISBN 9781908323958.
  5. ^ Hagendorens, MGR J (1975). Dictionnaire ɔtɛtɛla-français. Bandundu: Ceeba Publications. m/s. 275–76.
  6. ^ Hagendorens, MGR J (1975). Dictionnaire ɔtɛtɛla-français. Bandundu: Ceeba Publications. m/s. 309, 371.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  8. ^ Patrice Lumumba di Encyclopædia Britannica
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rus tidak disediakan
  10. ^ a b Gibbs 1991, halaman 79
  11. ^ Gibbs 1991, halaman 80
  12. ^ a b c Nzongola-Ntalaja 2002, halaman 110
  13. ^ a b Kanza 1994, m/s. 318–319.
  14. ^ "Correspondent:Who Killed Lumumba-Transcript". BBC. 21 October 2000. Dicapai pada 21 May 2010. 00.35.38–00.35.49.
  15. ^ Prados, John (2006). Safe for Democracy: The Secret Wars of the CIA. Rowman & Littlefield. m/s. 278. ISBN 9781566638234.
  16. ^ De Witte, Ludo (2001). The Assassination of Lumumba. Verso Books. m/s. 136. ISBN 978-1859844106. Patrice Lumumba katanga tortured.
  17. ^ "BBC ON THIS DAY – 13 – 1961: Ex-Congo PM declared dead". BBC Online. Dicapai pada 23 November 2012.
  18. ^ "Erschlagen im Busch". Spiegel Online (dalam bahasa Jerman). 22 June 1961. Dicapai pada 23 November 2012.
  19. ^ a b Vanderstappen, Tom (11 September 2018). "Facing the truths of Belgium's colonial past: The unresolved case of Patrice Lumumba's death". The Brussels Times. Dicapai pada 17 January 2021.
  20. ^ Ndaywel è Nziem, Isidor (2015). Brève histoire du Congo (dalam bahasa Perancis). Kinshasa: Médiaspaul. m/s. 223. ISBN 978-2-7414-0936-6.
  21. ^ Kinzer, Stephen (2013). The Brothers: John Foster Dulles, Allen Dulles, and Their Secret World War. New York: Times Books.
  22. ^ "1961: Ex-Congo PM declared dead". news.bbc.co.uk. British Broadcasting Corporation.
  23. ^ "BBC: "1961: Lumumba rally clashes with UK police"". BBC News. 19 February 2001. Dicapai pada 17 January 2011.
  24. ^ Mahoney (1983). JFK. m/s. 72. In the United States, the news of Lumumba's murder provoked racial riots. During an address by Ambassador Stevenson before the Security Council, a demonstration led by American blacks began in the visitors gallery. It quickly turned into a riot in which eighteen UN guards, two newsmen, and two protestors were injured. Outside of the UN building, fights between whites and blacks broke out. A large protest march into Times Square was halted by mounted police.
  25. ^ UPI (16 February 1961). "Screaming Demonstrators Riot in United Nations Security Council". Lodi News-Sentinel.