Anjing pemburu Småland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anjing pemburu Småland
Smaland-Stövare.jpg
Negara asal Sweden
Trait
TinggiJantan18–21 in (46–53 cm)
Betina17–20 in (43–51 cm)
WarnaHitam dan sawo matang, dengan atau tanpa tanda putih kecil pada dada dan jari kaki.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Småland (Bahasa Sweden: smålandsstövare; Bahasa Inggeris: Småland hound) ialah satu baka anjing yang berasal dari Sweden pada abad ke-16. Disangkakan merupakan baka anjing pemburu bau asli terlama di Sweden, ia pertama kali diiktiraf oleh Svenska Kennelklub pada 1921. Ia merupakan yang terkecil daripada baka hound Sweden, dan mempunyai tanda hitam dan sawo matang serupa dengan anjing Rottweil. Secara antarabangsa, ia diiktiraf oleh sebilangan kelab kenel dan pejabat pendaftaran termasuk Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan United Kennel Club. Ia dianggap jarang, di tanah airnya juga Sweden tempat hanya ada sekitar enam puluh ekor anak anjing didaftarkan pada setiap tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]