Anjing Serra de Aires
Nama lain | Anjing gembala Portugis | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | anjing monyet | |||||||
Negara asal | Portugal | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Serra de Aires[a] atau anjing gembala Portugis[b] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana daripada jenis anjing gembala dan merupakan salah satu baka anjing asli rantauan dari Portugal. Nama aslinya merujuk Serra de Aires, banjaran dekat dengan Monforte di rantau Alentejo (kadang-kadang dikelirukan dengan "Serra d'Aire", sebanjar bukit atau gunung yang menandakan sempadan di antara Ribatejo dengan Oeste, di utara Sungai Tagus). Baka ini diberi nama gelaran "cão macaco" ("anjing monyet", merujuk macaque atau monyet) kerana muka berbulunya dan sikap bersemangatnya.[1]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Portugis ialah anjing bersaiz sederhana yang berdiri setinggi 45–55 cm (18–22 in) pada paras kelasa untuk jantan (betina lebih kecil sedikit) dan berukuran seberat 17–27 kg (37–60 lb). Tubuh anjing ini panjang dan mempunyai lapis bulu panjang tanpa lapis bulu bawah dengan ketebalan sederhana dan diperihalkan mempunyai tekstur "mirip kambing".[2][3][Penjelasan diperlukan] Kekurangan lapis bulu bawah menyebabkan anjing ini kurang tahan terhadap cuaca ekstrem sebagai [[anjing pekerja.[perlu rujukan] Warna lapis bulu tipikal termasuk kuning, perang berangan, kelabu, perang kekuning-kuningan, kelabu serigala (fulvo atau lobeiro), dan hitam, dengan tanda-tanda sawo matang. Helaian bulu putih mungkin bercampur dengan lapis bulu, tetapi tidak patut ada tompok-tompok putih besar.
Ekornya patut panjang, dan ekor kontot semula jadi ialah syarat penyingkiran di bawah piawaian baka yang bermakna bahawa pemilik tidak digalakkan daripada membiakbakakan anjing tidak tipikal sedemikian dan anjing tanpa ekor tidak boleh bertanding untuk kejohanan baka. Ekor tidak patut langsung dipotong. Telinga labuh (tergantung) terletak tinggi-tinggi dan rapat dengan kepala. Perihal terperinci bagi semua perkadaran dan warna unggul tersenarai dalam piawaian baka asli, serta kecacatan yang merupakan aspek tidak tipikal untuk baka berkenaan atau yang merupakan masalah struktur.[2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Leluhur kepada baka moden secara tradisional digunakan untuk penggembalaan lembu, biri-biri, kambing, kuda, dan juga babi[4] di Serra de Aires dan di Alentejo.[5] Seperti baka-baka lain yang berasal daripada anjing pekerja tanpa tercatat, "... data adalah jarang atau tidak wujud ... kebanyakan baka penjaga dan gembala tidak mempunyai catatan sebelum tahun 1900".[6] Anjing ini diiktiraf sebagai salah satu jenis anjing gembala gaya lama Eropah, yang dipercayai berkait rapat dengan anjing gembala Pyrénées dan anjing gembala Catalonia.[7] Ia juga dipercayai diturunkan daripada anjing gembala Brie yang diimport ke Portugal pada awal tahun 1900-an oleh Conde de Castro Guimarães dari Cascais dan disilangkan dengan anjing gembala Pyrénées.[3] Landskap Serra de Aires adalah tandus dan mencabar dan baka ini telah diperhatikan menghadapi masa sukar untuk menyesuaikan diri dengan iklim di sana.[8]
Piawaian baka pertama ditulis oleh Antonio Cabral dan Felipe Morgado Romeiros dan diterima oleh Clube Português de Canicultura. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa pada tahun 1996 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa di bawah nama "Portuguese Sheepdog" ("anjing gembala Portugis") dalam bahasa Inggeris. Baka ini telah dieksport ke negara lain dan telah menjadi pendamping dan anjing peliharaan yang popular di Eropah. Di Amerika Syarikat, baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club dalam kumpulan gembalanya pada tahun 2006, juga di bawah nama "Portuguese Sheepdog". Ia juga diiktiraf dan disenaraikan di bawah nama aslinya atau pelbagai terjemahan oleh kelab kenel kecil, kelab khusus, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.
Baka Portugis berkaitan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Portugis ialah baka gembala rantauan dan, di kawasan lain di negara tersebut, fila São Miguel, anjing Pergunungan Estrela, anjing Castro Laboreiro, dan anjing kacuk Alentejo secara tradisional melakukan kerja serupa dalam penggembalaan haiwan ternakan di kawasan pergunungan lain di negara tersebut. Kini, kebanyakannya dibela sebagai haiwan peliharaan.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Tiada masalah kesihatan berulang atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Ia terdedah kepada erlikiosis yang ditransmisi oleh sengkenit. Tumor abdomen patut dijangkakan pada anjing senior, maka ekogram nalar dinasihatkan selepas tahun kelapan hayatnya.
Perangai
[sunting | sunting sumber]Piawaian baka FCI menyatakan bahawa anjing gembala Portugis unggul adalah "amat pintar dan sangat bersemangat".[3]
Kegiatan
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Portugis dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Portugis yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[9][halaman diperlukan]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Serra de Aires |
- ^ Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 42. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.
- ^ a b Piawaian asli daripada Clube Português de Canicultura: Estalão Do Cão Da Serra De Aires (dalam bahasa Portugis) Diarkibkan 1 Mei 2012 di Wayback Machine
- ^ a b c d "FCI-Standard N° 93 CÃO DA SERRA DE AIRES (Portuguese Sheepdog)" [Piawaian FCI No. 93 Anjing Serra de Aires (Anjing Gembala Portugis)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Clube Português de Canicultura. Disemak oleh Raymond Triquet, Jennifer Mulholland, dan Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 30 Mac 2009. Dicapai pada 29 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ Piawaian baka beranotasi (dalam bahasa Portugis) Diarkibkan 19 Julai 2004 di Wayback Machine
- ^ United Kennel Club breed standard (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 12 April 2009 di Wayback Machine
- ^ Sejarah Anjing Castro Laboreiro (dalam bahasa Portugis) Diarkibkan 8 April 2015 di Wayback Machine Dicapai pada 29 Januari 2024.
- ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 169. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ Asal usul baka daripada Clube Português de Canicultura (dalam bahasa Portugis) Diarkibkan 29 Oktober 2008 di Wayback Machine
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- Rencana dengan sumber bahasa Portugis (pt)
- Rencana Wikipedia yang memerlukan penjelasan dari April 2017
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari April 2017
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari Februari 2020
- Baka anjing
- Baka anjing berasal dari Portugal
- Baka FCI
- Anjing gembala