Arbaiyah binti Abdul Manan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Abby Abadi" dilencongkan di sini.
Abby Abadi
Abby.jpg
Kelahiran Arbaiyah binti Abdul Manan
(1977-12-01) 1 Disember 1977 (umur 41)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 1995-kini
Terkenal kerana Kumpulan ELITE
Inspektor Aleeza - Gerak Khas
Pasangan Norman Hakim (k. 2002; c. 2008)
Muhammad Noor Farhan (2013; dibatalkan)
Muhammad Faizal Zakari (2015-kini)

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977 bersamaan 20 Zulhijjah 1397) merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Elite. Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim.

Beliau berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di RTM - TV2.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Catwalk (Elite) 1996
  • Tamparan Wanita (Elite) 1998
  • Idola (Elite) 1999
  • Merbahaya (Elite) 2000
  • Soundtrack Gerak Khas

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000 Pasrah Fiza
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Aleza
2002 Gerak Khas The Movie II
2005 Gerak Khas The Movie 3
Sembilu 2005
2009 Skrip 7707
2010 Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Egois
1999-2011 Gerak Khas ASP Aleza TV2
1999 Merentas Pelangi
2000 Kesatria 7
Maria Mariana The Series Maria Zakaria TV3
2003 Garisan Terakhir
2005 Labuna Labuni
Menantu Mak Dara
2007 Manjalara Zaza Abdullah TV3
2008-10 Hikayat Putera Shazlan Mak Som Astro Ceria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1998 Roda Impian Pengacara bersama Halim Othman Astro Ria

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2000
  2. Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2001
  3. Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2002
  4. Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2003

Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Malangnya pada 2009 mereka telah disahkan bercerai. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.

Politik PAS[sunting | sunting sumber]

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.[1] Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'.[2] Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.

Kontroversi Abby Abadi Dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Abby Abadi pasca-hijrah aktif bergiat dalam aktiviti politik dan dalam pada masa yang sama mendalami Islam. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog. Kenyataan beliau yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang."[3]

Gerakan Bersenjata Pemuda PAS Ke Gaza[sunting | sunting sumber]

Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan penyokong-penyokong PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112). Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka [4]

Isu-isu lain[sunting | sunting sumber]

Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, beliau mendapat banyak jemputan dari parti politik PAS ke majlis-majlis mereka. Itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah beliau menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi. Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama. Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya ya. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz.[5]

Pada awal tahun 2017, Abby Abadi telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyokong perjuangan Pakatan Harapan.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi Harakahdaily. 24 Jun 2012.
  2. ^ Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan
  3. ^ Utusan, Malaysia. [http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121026/re_05/Abby,-ibadah-korban-dan-bank-propembangkang#ixzz2LNQ9CsYZ © Utusan Melayu (M) Bhd "Abby, ibadah korban dan bank propembangkang"], Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 16 Oktober 2012. Retrieved 20 February 2013.
  4. ^ Norutul,Ilham. "Abby Abadi teruja mahu sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat", Keadilan Daily, Kuala Lumpur, 10 januari 2013. Retrieved on 20 Februari 2013.
  5. ^ Harakah, Daily. "Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?" Harakah Daily, Kuala Lumpur, 15 Ogos 2013, Retrieved on 20 February 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]