Penunggang Agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Penunggang Agama
PengarahSyafiq Yusof
PenulisNazri M. Annuar
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
Muzik olehExtreme Music
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 25 Mac 2021 (Malaysia)
  • 15 April 2021 (Singapura)
Durasi tayangan
89 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2 juta

Penunggang Agama ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2021 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[1][2][3] Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus.[1][4][5] Berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman Syafiq sendiri, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali dan Azira Shafinaz. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.[1][6][7] Kesinambungannya, Penunggang Agama 2 ditayangkan pada 19 Oktober 2021.[8]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) telah mengalami gangguan makhluk halus.

Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan), iaitu bapa Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji (Nasir Bilal Khan). Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato' Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato' Hafsham pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penunggang Agama ialah filem ketiga terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw selepas dua filem terdahulu, Abang Long Fadil 2 (2017) dan Misteri Dilaila (2019).[6] Dalam temubual bersama Berita Harian, Syafiq Yusof memberitahu, filem ini berdasarkan dari satu kisah benar dan pengalaman beliau sendiri.[9] Idea untuk mengarahkan Penunggang Agama mula diutarakannya selepas filem Munafik arahan abangnya, Syamsul Yusof ditayangkan di pawagam.[9]

Untuk filem ini, beliau menyahut cabaran bapanya, Yusof Haslam untuk membuat sesuatu yang berlainan untuk Skop. Syafiq memilih genre Islamik kerana menyifatkan cabarannya amat berbeza. Menurutnya, beliau perlu membuat lebih banyak rujukan terutamanya penghasilan skrip dan adegan. Beliau bagaimanapun, merahsiakan kos pembikinan filem ini.[9]

"Saya hasilkan filem ini tanpa rancangan menayangkannya di pawagam, cukup hanya menyiarkannya di Astro First. Bajet yang dikeluarkan juga sesuai dengan keperluan dan spesifikasi filem ini [...] Saya zahirkan semua itu dalam bentuk fiksyen. Hakikatnya, isu 'penunggang agama' yang dilihat sensitif ini wujud di Malaysia. Ini termasuk situasi di mana orang mempercayai bomoh tidak bertauliah. Saya pernah bertemu lelaki berperwatakan alim, namun, hakikat sebenarnya adalah bertentangan,".[9]
—Syafiq mengulas mengenai pembikinan filem ini.

Zul Ariffin yang sebelum ini bekerja dengan Syafiq menerusi Misteri Dilaila, memegang watak sebagai Amir, seorang lulusan agama di luar negara yang bekerja sebagai pegawai kesihatan. Beliau mengakui bukan mengelak watak sedemikian, namun belum bersedia. Malah di lokasi penggambaran, beliau digelar Pencetus Ummah (PU) Zul oleh kru dan pelakon.[9][10]

Ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz yang terkenal dengan drama lakonannya termasuk Married Tapi Benci dan Mr. Donat Karamel, memegang watak sebagai Anna, isteri kepada Amir lakonan Zul. Untuk mempersiapkan diri, Azira meminta khidmat rakan karib Syafiq untuk membimbingnya membaca ayat suci al-Quran dengan tepat.[9][11][12] Filem ini ialah filem sulung lakonannya.[13] Ini merupakan gandingan pertama Zul dan Azira dalam tempoh 3 tahun sejak Seribu Rindu. Penggambaran dijalankan selama 16 hari di Cameron Highlands, Pahang.[9][14] Ini juga menandakan kali pertama Syafiq mengarahkan filem untuk tayangan di Astro First.[15]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Penunggang Agama dikeluarkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.[6] Majlis pratonton filem ini diadakan di E-Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 23 Mac.[1] Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 22 Mac dan telah meraih lebih daripada 70,000 tontonan.[16] Filem ini berjaya menduduki kedudukan pertama di carta filem 5 Teratas Astro First, dua hari selepas ditayangkan.[17] Filem ini mula ditayangkan di lapan pawagam di Singapura pada 15 April 2021.[18]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Penunggang Agama berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1 juta dalam tempoh 6 hari selepas tayangan perdana rasmi.[19] Dalam tempoh dua minggu sahaja, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta.[20][21]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Utusan Borneo berpendapat filem ini sebagai sebuah karya yang "lebih berani".[22] Menurut ulasan daripada majalah Remaja, Penunggang Agama "agak menarik dari segi jalan cerita serta sinematografi kerana ianya memaparkan realiti apa yang berlaku dalam masyarakat kita".[23] Portal web Getaran pula berpendapat jalan cerita filem ini "mudah dibaca".[24] Aimaswa Haji Che Ros dari Kashoorga dalam ulasan retrospektifnya mengenai filem ini berkata: "Dari segi jalan cerita memang menarik cuma kalau dari segi bacaan quran/ruqyah masih tak dapat lawan cerita Munafik. Lebih banyak ayat-ayat al-Quran dibaca dalam filem itu. Tapi apa pun memang terbaik".[25] Norden Mohamed, menulis untuk Sinar Harian berpendapat filem ini memiliki tajuk yang amat "menarik".[26]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem ini, Penunggang Agama 2 ditayangkan di Astro First pada 19 Oktober 2021, tujuh bulan selepas kejayaan filem pertama.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Nadia Azam (26 Mac 2021). "Penunggang Agama lahir dari pengalaman sebenar Syafiq Yusof". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  2. ^ "Penunggang Agama, sisi baru Syafiq Yusof". SYOK. 24 Mac 2021. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  3. ^ "Syafiq Yusof hasilkan Penunggang Agama, inspirasi kisah sebenar yang difiksyenkan". Kopiplanet. 25 Mac 2021. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  4. ^ Zulaikha Yusof (22 Mac 2021). "Syafiq Yusof sahut cabaran buat filem Penunggang Agama, harap mesej diterima ramai". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  5. ^ Nur Emira Saizali (31 Mac 2021). "Penunggang Agama percubaan Syafiq Yusof". Kosmo!. Dicapai pada 5 April 2021.
  6. ^ a b c Hasbullah Awang Chik (24 Mac 2021). "'Penunggang Agama' bukan sekadar seram, buka minda penonton kembali kepada Tuhan". Projek MM. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  7. ^ Khazalinah Kamaludin (25 Mac 2021). "Penunggang Agama, naskhah seram pertama Syafiq Yusof". Daily Express. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  8. ^ a b Azwa Rahman (13 Oktober 2021). "Konflik agama, dendam lama dan bisikan syaitan - Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton 19 Oktober ini". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  9. ^ a b c d e f g Zaidi Mohamad (25 Mac 2021). "'Sahut cabaran Papa'". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  10. ^ Zulaikha Yusof (25 Mac 2021). "Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin cakap 'yes' untuk filem Penunggang Agama - "Saya percaya dengan cara kerja dia"". Astro Gempak. Dicapai pada 5 April 2021.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Mac 2021). "Bawa watak ustazah, Azira Shafinaz pasang niat untuk berhijab – "Kena betulkan diri dulu, Insya-Allah, satu hari nanti bila sudah bersedia"". mStar Online. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  12. ^ Sudirman Mohd Tahir (2 April 2021). "Menggigil baca ayat suci". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  13. ^ Nadia Azam (23 Mac 2021). "Penunggang Agama ketuk hati Azira untuk berubah". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  14. ^ Zulaikha Yusof (28 Mac 2021). "Sebelum tonton filem penunggang Agama, ini 5 fakta yang wajib anda tahu". Astro Gempak. Dicapai pada 5 April 2021.
  15. ^ Khadijah Ibrahim (25 Mac 2021). "Filem Penunggang Agama penuh pengajaran". Bebas News. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  16. ^ "Penunggang Agama – Official Trailer". Astro Shaw. 22 Mac 2021. Dicapai pada 27 Mac 2021 – melalui YouTube.
  17. ^ Zulaikha Yusof (26 Mac 2021). "Boom! Baru dua hari ditayang, Penunggang Agama berada di tangga 1 carta filem Top 5 Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Mac 2021.
  18. ^ Wawann Mohd (13 April 2021). "Raih RM2 juta di Astro First, Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura". SinarPlus. Sinar Harian. Dicapai pada 18 April 2021.
  19. ^ Zulaikha Yusof (31 Mac 2021). "Perghh hebat!, filem Penunggang Agama kutip RM1 juta dalam tempoh 6 hari tayangan". Astro Gempak. Dicapai pada 18 April 2021.
  20. ^ Mohd Haikal Isa (12 April 2021). "Penunggang Agama raih RM2 juta, sedia 'sesatkan' pawagam Singapura". Kosmo!. Dicapai pada 18 April 2021.
  21. ^ RD Minion (15 April 2021). "Penunggang Agama rakes in RM2 milli8n at the box office and will debut in Singapore soon". Rojak Daily. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  22. ^ "Filem 'Penunggang Agama' lebih berani, kini di Astro First". Utusan Borneo. 26 Mac 2021. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  23. ^ Nana (24 Mac 2021). "Filem 'Penunggang Agama' selit mesej dakwah, pelakon buka cerita 'dikacau' sesuatu". Remaja. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  24. ^ "Meludah jubah agama, Penunggang Agama sindir siapa?". Getaran. 30 Mac 2021. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  25. ^ Aimaswa Haji Che Ros (6 April 2021). ""Jangan mudah percaya pada orang hanya pada pakaiannya" - Filem Penunggang Agama sarat pengajaran". Kashoorga. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  26. ^ Norden Mohamed (28 April 2021). "Siapa itu penunggang agama?". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]