Bantuan:Pengenalan/Semua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia dihasilkan oleh orang ramai seperti anda!

Laman ini akan membawa anda melalui tutorial dikhususkan kepada pemula jati yang berminat dalam menyumbang. Ia merangkumi semua asas menyunting diperlukan sebagai pandu arah, memberi komen, dan menyunting atau menulis rencana Wikipedia. Kami alu-alukan kehadiran anda — berseronoklah dalam perjalanan menjadi Wikipediawan jati!

Pengenalan permulaan

Wikipedia ialah ensiklopedia bebas yang ditulis dengan kerjasama orang yang menggunakannya. Sejak tahun 2001, ensiklopedia ini berkembang cepat, dan menjadi laman sesawang rujukan terbesar di dunia, dengan 372.7 ribu rencana dalam bahasa Melayu serta menarik berjuta-juta bacaan setiap bulan. Bagi keterangan yang lebih terperinci mengenai projek ini, lihat Perihal Wikipedia.

Cara anda boleh menyumbang

A 3D-printed Wikipedia globe dipegang pada tangan seseorang

Jangan takut menyuntingSiapa-siapa boleh menyunting hampir setiap laman; cari sahaja sesuatu yang boleh ditambah baik dan jadikannya lebih baik! Anda boleh menambah kandungan (menggunakan rujukan untuk menyokong dakwaan anda), memuat naik imej yang bebas diguna, membetulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa, membaiki penulisan untuk menjadikannya lebih selesa dibaca, atau membantu dalam tugasan-tugasan lain. Para penyunting baharu, mungkin berasa terbeban dengan dasar-dasar kami, tetapi usah risau kalau anda tidak dapat faham semuanya pada awal-awal; gunakan saja kewajaran akal ketika menyunting, dan jika anda tersalah, penyunting lain boleh saja membaiki atau menambah baiknya nanti. Jadi, pergilah menyunting satu rencana dan bantu jadikan Wikipedia sebagai sumber keilmuan terbaik di dunia!

Cadangkan penambahbaikan – Setiap rencana juga mempunyai laman "Perbincangan" yang merupakan tempat anda boleh mencadangkan penambahbaikan dan pembetulan untuk rencana.

Derma – Wikipedia adalah bebas, dan disunting sepenuhnya oleh sukarelawan. Akan tetapi, Wikipedia bergantung kepada derma untuk memastikan pelayan kekal beroperasi. Anda dialu-alukan untuk menderma untuk membiayai penyelenggaraan dan pembangunan projek ini.

Kenali sebilangan ahli komuniti Wikipedia.

Daftar akaun

Anda boleh sahaja menyunting tanpa membuka akaun, namun, terdapat banyak manfaat mendaftarkan akaun. Cepat dan percuma!

Buka akaun

Jom cuba sunting!

Anda boleh menguji macam mana rasanya menyunting di salah satu daripada laman ujian "kotak pasir" di bawah:

Sunting secara visual atau dengan teks wiki saya/Laman sampel&veaction=edit&preload=Bantuan:Pengenalan/kotak_pasir_utama&summary=Cipta%20kotak%20pasir Sunting secara visual atau saya/Laman sampel&veaction=edit&preload=Bantuan:Pengenalan/kotak_pasir_utama/preload/editintro dengan teks wiki

Taipkan saja suatu teks, dan klik di butang ⧼Terbit rencana⧽ apabila kamu rasa sudah siap. Jangan risau tentang merosakkan sesuatu; laman-laman ini ialah ruang terbuka bagi tujuan pengujian.

Di sebalik tabir

Selain rencana, Wikipedia juga memiliki laman-laman komuniti.

Laman bantuan – Sokongan dan nasihat
Masyarakat – Pusat bagi para penyunting


Dasar dan garis panduan

Wikipedia memiliki beberapa peraturan tegas, tetapi secara amnya berdasarkan lima prinsip asas. Dasar dan garis panduan Wikipedia dibangunkan oleh komuniti wiki untuk memperincikan prinsip-prinsip ini, dan menghuraikan cara terbaik untuk mengamalkannya, menyelesaikan konflik, dan membangunkan lagi matlamat kita untuk membina satu ensiklopedia yang bebas dan boleh dipercayai.

Dasar menghuraikan prinsip asas Wikipedia secara terpeinci, manakala garis panduan menghuraikan carauntuk mengamalkan dasar-dasar ini, dan cara untuk membentuk satu penyelarasan am merentasi rencana. Dasar dan garis panduan formal memiliki notis di atas laman, dan awalan "Wikipedia:" atau "WP:" sebelum nama laman.

Meskipun ada dasar dan garis panduan bagi hampir semua isu yang dapat difikirkan, yang pasti ialah tiada siapa yang tahu kesemuanya, tetapi jangan risau! Ada beberapa dasar yang menjadi asas terhadap dasar-dasar lain. Seksyen berikutnya akan menghuraikan dasar-dasar terpenting yang mewakili perihal am peraturan Wikipedia. Pengetahuan asas-asas ini akan memudahkan dan melancarkan perbincangan dan suntingan kelak.

Content

Suntingan

Berkenaan suntingan di peranti mudah alih: Kebanyakan Wikipediawan lebih gemar menyunting dengan komputer kerana antaramuka suntingan adalah lebih baik di sana. Walau bagaimanapun, anda boleh saja menyuntind dengan peranti mudah alih. Lihat bagi maklumat lanjut.

Tulisan suntingan Wikipedia menggunakan formatnya tersendiri bernama teks wiki, ataupun penanda wiki (wiki mark-up). Asasnya agak mudah untuk dipelajari.

Anda boleh memilih satu daripada dua antaramuka penyuntingan; "suntingan sumber" menggunakan teks wiki.

Selain itu, anda boleh menggunakan VisualEditor, antaramuka penyuntingan yang berfungsi seperti perisian tulisan dokumen. VisualEditor agak lebih ringkas untuk digunakan, tetapi suntingan sumber kadangkala lebih cekap bagi tugasan tertentu, serta menjadi satu-satunya yang dapat dipakai dalam laman perbincangan. Di tempat lain, anda dengan mudah boleh menukar antara antaramuka ini ketika menyunting seperti dalam imej di kanan.

Jangan takut mengeklik butang sunting!

Untuk melihat dan menyunting laman dengan teks wiki, klik Sunting atau Sunting sumber di bahagian atas mana-mana laman. Ini akan membenarkan kamu untuk menaip teks yang ingin ditambah, menggunakan penanda wiki untuk memformatkan tulisan anda, dan menambah ciri-ciri lain seperti imej dan jadual yang yang diajar lanjut dalam tutorial ini.

Teks wiki pada mula-mulanya nampak mengelirukan (terutamanya petikan rujukan), tetapi ia hanya memiliki beberapa peraturan agar dapat difahami dan digunakan. Peraturan ini disenaraikan dalam Bantuan  di atas paparan suntingan sumber, dan anda akan cepat fahaminya! Anda boleh menguji teknik yang anda baru belajar di "kotak pasir" peribadi anda.


Pemformatan

Kebanyakan rencana sebenarnya memerlukan hanya sedikit pemformatan teks.

Semua pemformatan dapat dibuat dengan menaip simbol di kedua-dua belah teks sasaran. Anda boleh menaip penanda tersebut secara sendiri atau dengan bar peralatan di atas kawasan suntingan.

Judul dan subjudul boleh ditambah dengan mengeklik  Maju, dan kemudiannya Judul  di kiri bar peralatan tambahan yang kini muncul.

Pemilihan "Aras 2" akan memformatkan teks sebagai judul utama, subbahagian laman yang paling lazim digunakan.
"Aras 3" membentuk subjudul bagi judul Aras 2, dan begitu juga seterusnya.
Untuk membentuk judul tanpa bar peralatan, letakkan teks di antara tanda =; bilangan tanda = di kedua-dua belah teks menandakan aras judul:
==Judul== (Aras 2)
===Subjudul=== (Aras 3)

Teks boleh dijadikan tebal atau condong dengan butang A dan A di bar peralatan.
Untuk membentuk teks tebal atau condong tanpa menggunakan bar peralatan, letakkan teks di antara tanda petik tunggal, '; tiga di kedua-dua belah bagi teks tebal, dan dua pula bagi teks condong.
'''tebal'''
''condong''
Subjek rencana sentiasa ditulis dengan teks tebal pada kali pertama ia disebut, tetapi tidak bagi yang seterusnya. Bagi maklumat lanjut tentang penggunaan teks tebal dan condong, lihat Manual Gaya Penulisan bagi pemformatan teks tebal dan condong.

Pautan dan pautan wiki

Tutorial video berkenaan asas teks wiki, termasuk penerapan pautan.

Pautan wiki adalah antara komponen-komponen penting Wikipedia. Pautan wiki menghubungkan sesama laman, sekaligus menghubungkan keseluruhan ensiklopedia.

Secara am, pautan wiki perlu ditambah bagi sebutan pertama konsep atau benda penting atau yang tidak lazim difahami dalam satu-satu rencana.

Biasanya, pautan wiki menggunakan tanda kurung bersegi seperti ini: [[laman sasaran]]. Anda juga boleh menambah pautan wiki dengan mengeklik ikon Chain icon.

Jika anda ingin menambah satu pautan wiki, tetapi ingin memaparkan teks lain (selain nama tajuk laman sasaran), anda boleh gunakan pembahagi bar menegak | ( Shift+\):
[[laman sasaran|teks paparan]]

Anda juga boleh memberi pautan lebih khusus terhadap satu seksyen dalam rencana dengan tanda pagar, #:
[[laman sasaran#Seksyen sasaran|teks paparan]]

Ini ialah beberapa contoh:

Anda juga akan menjumpai templat yang membenarkan unsur-unsur yang lazim dipakai dimasukkan dalam banyak laman. Ini ditulis dengan menggunakan tanda kurung berombak: {{nama templat|parameter}}

Sebagai contoh, untuk memasukkan teg [perlu rujukan], anda boleh menaip kod ini: {{perlu rujukan|date=April 2024}}. Selain itu, ikon Puzzle piece icon juga boleh dipakai.

Menyimpan perubahan

Ringkasan (Nyatakan dengan ringkas perubahan yang anda lakukan)

 

Suntingan kecil.   Pantau laman ini

Dengan menyimpan perubahan, anda bersetuju dengan Syarat-Syarat Penggunaan, dan bersetuju tanpa keupayaan menarik balik, untuk melepaskan sumbangan anda di bawah Lesen CC BY-SA 4.0 serta GFDL. Anda bersetuju bahawa sebuah pautan hiper atau URL ialah pengiktirafan yang memadai di bawah lesen Creative Commons.

Terbit perubahan Paparkan pralihat Lihat perubahan Batal

 

Apabila anda rasa anda bersedia untuk menerbitkan (menyimpan) suntingan anda, ada beberapa perkara yang perlu dibuat terlebih dahulu.

Anda perlu menyemak semula perubahan dibuat untuk memastikan suntingan yang dibuat adalah yang anda inginkan dengan mengeklik butang Paparkan pralihat. Kita semua buat silap, jadi langkah ini membantu anda mengesannya sebelum rencana diterbitkan.

Berikan satu rignkasan suntingan pendek di kotak "Ringkasan suntingan" untuk membantu penyunting lain memahami apa perubahan yang anda buat, dan kenapa anda berbuat demikian. Boleh saja keterangan anda pendek-pendek. Sebagai contoh, kalau anda membetulkan ejaan, anda boleh tulis seperti "baiki ejaan" saja.

Jikan anda melakukan suntingan perubahan kecil yang sepatutnya tidak menimbulkan kontroversi seperti pembetulan ejaan atau tatabahasa, anda boleh menanda kotak "☑ Suntingan kecil". Suntingan kecil merujuk kepada suntingan yang tidak mengubah kandungan secara ketara atau mungkin dipertikai oleh penyunting lain.

Untuk menambah satu-satu laman ke dalam senarai pantau untuk memperoleh notifkasi tentang apa-apa perubahan lanjutan, tanda kotak "☑ Pantau laman ini". Anda juga boleh memasukkan laman ke dalam senarai pantau dengan mengeklik bintang di atas kanan (sebelah kotak carian di paparan komputer).

Sudah semak semula laman? Sudah tulis ringkasan? Akhirnya, anda sudah bersedia bagi langkah terakhir: Klik butang Terbit perubahan, dan suntingan anda akan dimuat naik serta-merta ke Wikipedia!

Mencipta rencana baharu

Wikipedia bahasa Melayu kini ada 372.7 ribu rencana, dan kebiasaannya, anda akan mengemas kini dan menambah baik rencana-rencana sedia ada. Akan tetapi, anda mungkin perlu mencipta satu rencana baharu! Sebelum itu, ada tiga kriteria yang perlu anda ketahui:

Kelayakan

Adakah topik yang ingin ditulis berkelayakan? Suatu topik perlu dinilai sebagai penting untuk dimasukkan ke dalam. Ini bermakan topik tersebut telah memperoleh liputan ketara dalam sumber-sumber bebas daripada topik, termasuk dalam akhbar, majalah, rencana jurnal ilmiah dan buku.

Cuba kuiz tentang kelayakan!

Sumber dipercayai

Adakah topik tersebut disokong oleh sumber yang boleh dipercayai dan disahkan? Sebelum anda mula menulis rencana, anda perlu mengumpul sekumpulan bahan yang bebas, dipercayai dan disahkan untuk dipetik sebagai rujukan. Bahan-bahan ini adalah penting untuk memastikan kandungan Wikipedia kekal tepat, dapat disahkan dan boleh dipercayai.

Percanggahan kepentingan

Adakah anda mempunyai percanggahan kepentingan? Dalam hal ini, amat tidak digalakkan untuk menulis tentang diri anda, syarikat/pertubuhan anda atau seseorang yang anda kenal secara peribadi. Hal ini kerana ia sukar untuk mengelakkan bias dan mencapai dasar pandangan berkecuali dalam keadaan sebegini. Walaupun anda tidak boleh menulis satus-satu rencana secara sendiri, anda boleh saja memohon agar orang lain menulisnya, dan memberikan mereka dengan sumber-sumber berkenaan untuk digunakan.

Di mana untuk mencipta laman

Biasanya, rencana baharu seelok-eloknya dicipta sebagai draf terlebih dahulu (cth. "Draf:Contoh"). Ini membenarkan anda untuk menulis dan mengembangkan rencana anda sebelum ia dipindahkan ke "ruangan utama" Wikipedia.

Penciptaan rencana bestari

Laman penciptaan rencana bestari akan membawa anda merentasi langkah-langkah menghasilkan satu draf baharu, dan akan memberi notifikasi kepada para penyunting berpengalaman untuk menyemak semula rencana dan memberi maklum balas.


Perujukan

Pengesahan

Kartun ceramah politik, dengan seseorang dalam khalayak memegang kain rentang bertulis "[Citation needed]" (Rujukan diperlukan)
"Wikipedian protester" oleh Randall Munroe, xkcd. Para Wikipediawan selalu inginkan petikan rujukan bagi fakta!

Satu daripada dasar-dasar utama Wikipedia ialah kesemua kandungan rencan mesti dapat disahkan. Ini bermakna bahawa sumber dipercayai mesti dapat menyokong kandungan disampaikan. Semua petikan, apa-apa bahan dengan pengesahan yang telah atau dapat dicabar, atau kandungan berkontroversi (sama ada negatif, positif atau neutral) tentang orang hidup mesti disertai dengan petikan dalam baris terhadap satu sumber yang mendukung fakta berkenaan secara terus. Ini juga bermakna Wikipedia bukan tempat bagi penyelidikan asli, dapatan arkib yang tidak diterbitkan atau bukti daripada apa-apa sumber yang belum diterbitkan lagi.

Dalam menambah kandungan baharu, anda bertanggungjawab untuk menambah sumber maklumat bersama-samanya. Kandungan tanpa sumber jauh lebih cenderung untuk dipadam daripada sesebuah rencana. Kadangkala, ia akan diteg terlebih dahulu dengan templat "perlu rujukan" untuk memberi peluang kepada para penyunting untuk mencari dan menambah sumber, tetapi lazimnya, para penyunting hanya memadamnya kerana kesahihannya dipersoalkan.

Tutorial ini akan membawa anda cara menambah petikan dalam baris, dan secara ringkas menghuraikan apa yang disifatkan Wikipedia sebagai satu sumber dipercayai.

Petikan dalam baris

Petikan dalam barisan biasanya berupakan nota kaki kecil dan bernombor seperti di hujung ayat ini.[1] Ia lazimnya ditambah sama ada sejurus selepas fakta yang didukung atau di akhir ayat yang didukung, selepas apa-apa tanda baca. Apabila ia diklik, ia membawa pembaca ke bahagian rujukan di bahagian bawah rencana.

Ketika menyunting laman dengan gaya nota kaki paling biasa, anda akan melihat petikan dalam baris dipapar di antara tag <ref>...</ref>.

Sekiranya anda sedang mencipta laman baharu atau menambah rujukan di halaman yang masih tiada rujukan, jangan lupa untuk tambahkan bahagian Rujukan seperti di bawah, hampir di akhir rencana:

== Rujukan ==
{{reflist}}

Nota: Ini ialah gaya petikan dalam baris paling lazim, tetapi anda kadangkala akan jumpa gaya lain yang digunakan. Ini masih dibolehkan, dan anda tidak perlu mengubahnya atau mencampuradukkan gaya pemetikan. Untuk menambah rujukan baharu, salin dan ubah suai sahaja rujukan sedia ada.

Rujukan
  1. ^ Wales, Jimmy (2024). Apa itu petikan dalam baris?. Wikiterbit. m/s. 6.

RefToolbar

PERINGATAN: Abaikan bahagian ini buat sekarang; Wikipedia bahasa Melayu masih tiada lagi RefToolbar. Ini akan diselesaikan nanti. Buat sekarang, kenali templat-templat rujukan yang tersenarai di bawah terlebih dahulu dengan pergi ke laman-laman templat berkenaan.

Video ini memaparkan cara menggunakan RefTools.

Penambahan rujukan secara manual boleh menjadi perlahan dan rumi. Anda bernasib baik; ada satu alat bernama "RefToolbar" yang dipasang dalam tetingkap suntingan Wikipedia, dan ini jadikan penambahan jauh lebih mudah.

Untuk menggunakannya, tekan butang  Cite di atas tetingkap suntingan, ketika anda telah tetapkan ??? selepas ayat atau fakta yang ingin anda dukungknan. Kemudian, pilih satu 'Templat' daripada menu turunan yang paling sesuai berdasarkan jenis rujukan anda. Templat-templat ini ialah:

Suatu tetingkap templat kemudian akan muncul, di mana anda dapat mengisi sebanyak mana maklumat yang anda ada berkenaan rujukan anda, dan memberikan nama khas bagi setiap rujukan dalam ruangan "Ref name". Klik butang "Insert" yang akan menambah teks wiki berkenaan dalam tetingkap suntingan. Kalau anda berkenan, anda juga boleh "Pralihat" macam mana rujukan anda akan terpapar.

Beberapa ruangan (seperti pautan web, juga dikenali sebagai URL) akan ada ikon di sebelahnya. Selepas mengisi ruangan ini, anda boleh tekan butang itu, dan ruangan lain akan terisi secara automatik! Akan tetapi, ia taklah selalu berkesan setiap kali, jadi semak sekali lagi.

Lazimnya, anda akan menggunakan sumber yang sama untuk mendukung berbilang fakta. Dalam hal ini, anda boleh klik Rujukan bernama   dalam bar alatan itu, dan pilih sumber yang telah ditambah sebelumnya untuk digunakan semula.

Sumber dipercayai

Rencana Wikipedia memerlukan sumber dipercayai dan diterbitkan yang menyokong secara terus maklumat yang terdapat dalam rencana. Kini, anda tahu cara menambah sumber ke dalam rencana, tetapi sumber apa yang patut anda pakai?

"Sumber" dalam Wikipedia ada tiga maksud: bahan karya itu sendiri (cth. dokumen, rencana, penulisan atau buku), pengkarya (cth. penulis), dan penerbit karya (cth. Dewan Bahasa dan Pustaka). Semua faktor ini dapat memberi kesan terhadap kebolehpercayaan sumber.

Abstract graphic depicting referencing

Sumber yang dipercayai merujuk kepada sumber dengan semakan kesahihan dan ketepatan yang baik. Sumber-sumber ini biasanya memiliki proses editorial tegas yang melibatkan semakan karya oleh pelbagai pihak sebelum diterbitkan. Sumber-sumber dengan darjat kebolehpercayaan tertinggi ialah bahan akademik dengan semakan bersama. Sumber-sumber sebegini yang lain termasuk buku teks universiti, buku terbitan syarikat penerbit dengan reputasi baik, majalah, jurnal, dan laporan berita (bukan pendapat) dari akhbar arus perdana.

Media terbitan sendiri, di mana penulis dan penerbit merupakan orang sama lazimnya tidak diterima sebagai sumber. Ini termasuk suratan berita, laman peribadi, sidang media, paten, wiki terbuka, blog peribadi atau kumpulan dan tulisan media sosial. Walau bagaimanapun, jika satu-satu penulis ialah seorang pakar berkelayakan dengan rekod terbitan pihak ketiga dalam satu-satu topik, karya swaterbitan mereka mungkin dapat disifatkan sebagai boleh dipercayai bagi topik tersebut.

Kebolehpercayaan sumber juga bergantung kepada konteks. Bahan yang boleh dipercayai dalam satu hal mungkin tidak boleh digunakan dalam keadaan lain. Sebagai contoh, bahan terbitan sendiri yang biasanya tidak boleh digunakan sebenarnya boleh dipakai bagi menyokong maklumat tak berkontroversi tentang diri mereka. Anda sebaiknya cuba untuk menggunakan bahan yang terbaik, terutamanya ketika menulis tentang orang yang masih hidup.

Ini ialah garis panduan dasar, tetapi perihal sumber dipercayai adalah rumit, dan mustahil untuk dihuraikan secara penuh di sini. Anda boleh melihat Wikipedia:Pengesahan dan Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai bagi maklumat lanjut.


Imej

Generic rendered image of sailboat

Untuk menggunakan imej (atau video serta audio) dalam Wikipedia, ia mula-mula perlu dimuat naik. Namun begitu, ada beberapa peraturan penting berkenaan apa bahan yang boleh dimuat naik. Tutorial ini akan mengajar anda berkenaan peraturan dan garis panduan berkaitan.

Untuk memuat naik imej, anda mesti membuka akaun terlebih dahulu. Ia cepat dan percuma, dan ada banyak manfaatnya.



Moga-moganya imej anda dapat menambah baik satu rencana nanti!

Memuat naik imej

Wikimedia Commons logo

Tempat terbaik untuk memuat naik imej ialah Wikimedia Commons, di mana ia akan menjadi sebahagian koleksi yang dapat digunakan dalam Wikipedia di semua jenis bahasa, projek-projek saudara Wikipedia serta orang awam di luar Wikipedia.

Anda boleh memuat naik imej ke Commons dengan alat Commons Upload Wizard yang akan membimbing anda melalui proses-proses yang perlu anda lakukan.

Akan tetapi, ada satu batas yang penting: Commons hanya membenarkan imej berlesen bebas. Ini bermakna anda tidak boleh memuat naik kebanyakan imej yang anda jumpa di Internet kerana rata-ratanya tidak bebas lesennya.

PERINGATAN: Ciri di bawah tidak ada di Wikipedia bahasa Melayu buat sekarang.

Namun begitu, ada beberapa keadaan di mana Wikipedia boleh menggunakan imej tidak bebas atau kegunaan adil. Keadaan ini termasuk ketika imej berkenaan secara ketara meningkatkan pemahaman pembaca terhadap topik, tiada alternatif bebas yang ada, dan tidak memberi kesan buruk terhadap kepentingan komersial pemiliknya. Contoh-contoh utama termasuk poster filem, logo korporat dan gambar halaman laman-laman web.

Untuk memuat naik imej tidak bebas, gunakan File Upload Wizard yang akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Pautan ke ciri itu dapat dijumpai di bawah "Alatan" di kiri skrin.

Menggunakan imej

Pemandangan Sungai Tembeling di Taman Negara Malaysia.

Apabila imej anda telah dimuat naik ke Commons atau Wikipedia, anda mungkin ingin gunakannya di dalam sebuah rencana. Tekan sahaja Sunting di rencana berkenaan, dan tambahkan tulisan berikut di tempat anda ingin letakkan imej:

[[Fail:Nama imej.jpg|thumb|Kapsyen (keterangan) imej.]]

Sebagai contoh:

[[Fail:Taman_Negara_Sungai_Tembeling.JPG|thumb|Pemandangan [[Sungai Tembeling]] di [[Taman Negara Malaysia]].|alt=Sebatang sungai dilihat dari atas pokok]]

Butang Image icon juga dapat digunakan. Ambil perhatian bahawa kapsyen juga boleh diletakkan pautan.

Lihat kapsyen
Koloseum di Rom.

Secara lalai, imej akan terpapar di belah kanan rencana. Anda boleh tetapkan agar imej berada di belah kiri dengan memasukkan |left:

[[File:Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg|thumb|left|[[Koloseum]] di Rom.]]

Lihat en:Wikipedia:Extended image syntax bagi maklumat lanjut berkenaan pengubahsuaian tetapan imej, termasuk saiz imej.


Jadual

Enhanced editing toolbar with table button highlighted
Enhanced editing toolbar with table button highlighted

Jadual ialah satu gaya lazim untuk mempamerkan data. Tutorial ini memberikan panduan cara untuk membina sebuah jadual baharu, dan menyunting jadual sedia ada.

Cara termudah memasukkan jadual baharu ialah menggunakan bar alatan penyuntingan yang muncul ketika menyunting (lihat imej di atas). Tekan butang Ikon jadual, dan satu kotak dialog akan muncul, dan anda boleh menetapkan ciri-ciri jadual yang anda ingini. Selepas anda memilih bilangan lajur dan baris, teks penanda wiki bagi jadual akan dimasukkan ke dalam rencana. Anda kemudiannya boleh menggantikan teks "Contoh" dengan apa-apa maklumat yang anda mahukan.

Jadual dalam Wikipedia, terutamanya yang besar-besar, mula-mula nampak menggerunkan untuk disunting, tetapi cara ia berfungsi adalah mudah saja.

Menyunting jadual

Sama ada anda baru saja memasukkan jadual baharu ataupun sedang menyunting jadual sedia ada, pengubahan teks dalam sel-sel jadual menentukan macam mana jadual dilihat dari mata pembaca. Namun begitu, anda boleh mengubah ciri-ciri selain teks jadual semata-mata.

Sebuah jadual terdiri daripada unsur-unsur asas berikut yang anda boleh ubah suai:

{| Mula Selain memulakan jadual, ini juga di mana "kelas" (class, jenis) jadual ditakrifkan – sebagai contoh, class="wikitable". Kelas jadual menerapkan format piawai Wikipedia terhadap jadual itu. Dua kelas yang paling lazim dipakai ialah "wikitable" dan "wikitable sortable"; jenis kedua membolehkan pembaca untuk menyusun maklumat jadual dengan mengeklik pengepala mana-mana lajur.
|+ Kapsyen Diperlukan bagi tujuan ketercapaian dalam jadual data, dan hanya diletakkan di antara mula jadual dan baris pertama.
! Sel pengepala Pilihan. Setiap sel pengepala bermula dengan baris baharu dan tanda seru (!) tunggal, dan berbilang sel pengepala boleh diletakkan bersama-sama di baris sama, dipisahkan dengan tanda seru berganda (!!).
|- Baris baharu Untuk memulakan baris sel baharu, guna tanda bar menegak tunggal diikuti dengan tanda sempang (|-).
| Sel baharu
dalam baris
Untuk menambah sel bajaru dalam baris, mulakan setiap sel baharu dengan bar menegak tunggal (|), dan berbilang sel boleh diletakkan bersama-sama di baris sema, dipisahkan dengan bar menegak berganda (||).
|} Akhir Untuk tamatkan jadual, taip bar menegak tunggal diikuti dengan tanda kurung bengkok (|}) di baris baharu.

Ruang-ruang kosong di awal dan akhir sel diabaikan.

Tatasusunan

Apabila anda meyunting sebuah jadual sedia ada, anda mungkin dapat melihat satu daripada dua gaya lazim sesebuah jadual disusun:

Data disusun seperti jadual[sunting | sunting sumber]

Ini adalah berguna jika jalur tidak banyak dan kandungan sel adalah pendek (cth. hanya nombor). Ini ialah jenis tatasusunan yang akan terbentuk melalui butang .

{| class="wikitable"
|+ Kapsyen
|-
! Pengepala L1 !! Pengepala L2 !! Pengepala L3
|-
| B1L1      || B1L2      || B1L3
|-
| B2L1      || B2L2      || B2L3
|}

Sel disusun menegak[sunting | sunting sumber]

Apabila ada banyak jalur atau kandungan sel adalah panjang, penyusunan setiap sel di baris tersendiri boleh menambah baik kebolehbacaan tulisan teks wiki.

{| class="wikitable"
|+ Kapsyen
|-
! Pengepala L1
! Pengepala L2
! Pengepala L3
|-
| B1L1
| B1L2
| B1L3
|-
| B2L1
| B2L2
| B2L3
|}

Namun begitu, di mata pembaca, kedua-dua susunan akan membentuk hasil yang sama:

Kapsyen
Pengepala L1 Pengepala L2 Pengepala L3
B1L1 B1L2 B1L3
B2L1 B2L2 B2L3

Membesarkan jadual

Biasanya, suntingan terhadap jadual hanya melibatkan penambahan jalur atau baris baharu.

Menambah baris

Untuk menambah baris baharu ke dalam jadual, anda perlu memasukkan pemotong baris baharu dan bilangan sel sama seperti baris-baris lain.

Cara termudah ialah sekadar salin-tampal baris sedia ada, dan kemudiannya menyunting kandungan sel. Pastikan anda kekalkan penanda akhir jadual, |}, di bawah baris terakhir jadual.

Menambah jalur

Untuk menambah jalur baharu, anda hanya perlu menambah sel baharu di kedudukan sama di setiap baris.

Pralihat suntingan

Pralihat suntingan adalah begitu penting bagi jadual; biasanya, mudah sahaja penyunting menghasilkan ralat kecil yang merosakkan pemformatan jadual.


Laman perbincangan


Ketika menambah baik Wikipedia, ketika anda ada soalan, masalah atau komen berkaitan satu-satu rencana, anda boleh tulis satu perihal di ' rencana tersebut.

Circled location of the talk tab

Ketika memulakan satu topik perbincangan, tuliskannya di kawasan bawah laman perbincanagan. Cara terbaik ialah klik di butang "Tambah topik" di atas halaman. Ini membenarkan anda untuk membentuk satu pengepala seksyen baharu serta komen anda.

Sekiranya anda ingin membalas tulisan penyunting lain pula, tuliskan komen anda di bawah tulisannya. Ini dapat dibuat dengan klik pada butang pautan [balas] selepas tulisannya. Guna butang ikon Ikon rantai untuk memberi pautan, dan ikon Tambah pengguna untuk memanggil pengguna lain.

Komen anda akan ditandatangani dengan alamat IP (nombor mewakili hubungan Internet)nama pengguna anda, dan pautan ke laman perbincangan peribadi anda, dengan masa anda menyimpan halaman perbincangan. Jika anda mencipta akaun, nama pengguna anda akan menjadi tandatangan anda dan anda boleh .Jika mahu, anda boleh .


Laman perbincangan pengguna

Setiap pengguna memiliki laman perbincangan pengguna mereka. Di halaman ini, sesiapa boleh menghantar mesej kepada anda. Para penyunting serta orang ramai boleh menanyakan soalan atau memberi nasihat. Ada juga akaun bot bersifat automatik yang boleh memberi mesej berguna.

Pengguna tak berakaun dalam jaringan Internet berkongsian seperti jaringan rumah atau sekolah, memiliki laman pengguna yang dikongsikan. Sekiranya seseorang memberikan mesej, anda akan memperoleh satu pemberitahuan di atas halaman yang kini anda berada: When you receive a message, you'll get a notification at the top of your screen:

Anda boleh membalas dengan cara sama seperti dalam laman perbincangan rencana: klik pautan [balas] selepas komen mereka, dan panggil mereka dengan ikon Add user icon untuk memberi notifikasi.

Secara am, anda boleh mencari laman perbincangan seseorang penyunting dengan mengikut pautan berlabel "bincang" di tandatangan mereka di akhir mesej. Anda boleh pergi ke laman perbincangan pengguna mereka dengan klik di nama mereka di tandatangan, dan kemudiannya mengeklik butang "Perbincangan" di atas halaman seperti bagi laman rencana. Anda juga boleh mencapainya dengan menaip "Perbincangan pengguna:", diikuti dengan nama pengguna di bar carian.

Menarik perhatian

Bukan semua laman pengguna diselia oleh pengguna lain, terutamanya bagi topik-topik terpencil dengan rencana yang kurang dibangunkan, dan boleh memiliki aktiviti yang amat sedikit dalam laman perbincangan berkait.

Sekiranya anda ingin menyunting suatu rencana terpencil dan berasa yakin, beranikan diri dan sunting saja! Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin membincangkan satu usul perubahan untuk memperoleh bantuan atau pandangan penyunting lain, anda boleh memulakan perbincangan di laman perbincangan lalu memberikan notis di laman yang lebih dikenali.

Untuk melakukan ini, mula-mula, cari mana-mana WikiProjek yang mungkin ada di bahagian atas laman perbincangan. Sekiranya ia aktif, hantarkan jemputan di laman perbincangan mereka agar mereka dapat menyertai perbincangan. Anda boleh gunakan {{subst:kunjungi|Perbincangan:Nama laman#Nama seksyen}} bagi hal ini atau sekadar menuliskannya, tetapi jangan mulakan perbincangan sama di pelbagai tempat. Jika tiada WikiProjek atau WikiProjek yang tersenarai tidak aktif mahupun tidak ada balasan, anda boleh juga meminta bantuan di Meja Bantuan.

Laman perbincangan digunakan bagi pelbagai jenis perbincangan, termasuk usul penggabungan, pemisahan dan pemindahan tajuk rencana. Sesetengah perbincangan dilakukan di papan kenyataan seperti Kedai Kopi atau Permohonan memadam laman.


Pandu arah

Footprints graphic

Wikipedia ialah sebuah tempat yang besar!

Kini, terdapat 372.7 ribu rencana, dan kalau dicetak, ia akan mengisi kira-kira 75 jilid buku, dan secara kasar akan berupa begini.

Selain itu, terdapat juga 710.1 ribu laman penyokong yang membantu dalam Wikipedia ini.

Tutorial ini akan membantu anda memahami kedudukan anda di Wikipedia, mengajar macam mana untuk mencari apa yang anda inginkan, dan memperkenalkan anda terhadap antara laman-laman paling penting.

Ruang nama

Laman-laman Wikipedia dibahagikan kepada ruang-ruang nama. Stiap ruang nama (kecuali ruang rencana lazim) memiliki awalan yang diikuti dengan tanda dua titik di permulaan nama. Ini ialah beberapa ruang nama yang anda boleh jumpa, termasuk huraian dan contoh:

Ruang nama Tujuan Contoh
Utama/Rencana
tiada awalan
Rencana Gajah
Laman nyahkekaburan untuk membantu pengguna mencari rencana yang sepatutnya Abang (nyahkekaburan)
Wikipedia:
juga "Projek"
Dasar dan garis panduan Wikipedia:Pandangan berkecuali
Wikipedia:Manual gaya penulisan
Laman proses Wikipedia:Penciptaan rencana bestari
Forum perbincangan dan papan kenyataan Wikipedia:Kedai Kopi
Komuniti WikiProjek yang berfokus ke topik tertentu Wikipedia:WikiProjek Perubatan
Pengguna: Laman profil pengguna peribadi Pengguna:Jimbo Wales
Laman kotak pasir dan draf peribadi Pengguna:Contoh/kotak pasir
Bantuan: Laman bantuan Bantuan:Kandungan
Templat: Templat yang boleh dimasukkan atau digantikan dalam laman lain Templat:Perlu rujukan
Templat:Kotak info album
Kategori: Kumpulan kategori yang dikumpulan berdasarkan kesamaan Kategori:Haiwan
Kategori:Penyelenggaraan Wikipedia
Fail: Imej dan fail lain yang disimpan dan diterangkan Fail:Wiki.png
Portal: Laman yang memaparkan kandungan Wikipedia berdasarkan topik khusus Portal:Hal semasa
Portal:Sains
Khas: Laman sebahagian daripada perisian Khas:Perubahan terkini
Khas:Keutamaan

Setiap laman dalam ruang nama ini, kecuali Khas, juga memiliki laman perbincangan sebagai ruangan perbincangan. Jadi, sebagai contoh, anda boleh berbincang tentang rencana gajah di Perbincangan:Gajah, atau berkata-kata tentang Wikipedia:Pandangan berkecuali di Perbincangan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Anda boleh pergi antara laman asal dengan laman perbincangan dengan pautan di atas kiri.


Manual gaya penulisan

Bookshelf with full set of Encyclopaedia Britannica volumes
MGP ialah sebuah panduan yang besar ... tetapi jangan risau.

Manual gaya penulisan (MGP) ialah manual gaya penulisan terperinci yang terpakai dalam rencana Wikipedia. Penurutan MGP membolehkan ensiklopedia bersifat bersih, konsisten dan stabil.

Cara termudah ialah mencari sebuah rencana yang ditulis baik dan tiru formatnya. Walau bagaimanapun, jika anda ingin maklumat lanjut, MGP mungkin ada cadangan (anda boleh melayari kandungannya di sini).

Ingat, MGP ialah sebuah garis panduan; anda tak perlu hafal semua benda! Ia dibentuk untuk membimbing anda jika anda tidak tahu cara terbaik untuk memaparkan maklumat, dan mengurangkan konflik jika ada penyunting lain yang tak bersetuju dengan gaya pemformatan anda.

Kandungan lebih penting berbanding pemformatan, dan para penyunting lain boleh membantu anda kalau anda was-was (di samping itu, bersangka baiklah jika penyunting lain datang membantu membaiki format anda).

Bahagian rencana

Sebuah rencana dengan kotak laman kandungan dan imej di permulaan rencana, dan beberapa bahagian selepasnya

Sebuah rencana sepatutnya bermula dengan pengenalan berupakan rumusan ringkas topik, dan kemudiannya bahagian-bahagian yang menerangkan topik secara lebih terperinci, dengan bahagian dibahagikan dengan menggunakan judul.

Permulaan

Bahagian permulaan ialah bahagian pertama rencana yang muncul sebelum kotak kandungan (dalam antaramuka Wikipedia lama) dan apa-apa judul bahagian. Ayat pertama permulaan biasanya memiliki takrifan ringkas dan memberi kewajaran kelayakan topik. Kandungan selebihnya sepatutnya menceritakan konteks dan rumusan isi-isi penting rencana.

Bahagian permulaan seeloknya satu atau empat perenggan panjang, dan bertindak sebagai rumusan ringkas rencana keseluruhan. Penekanan yang diberi dalam setiap kenyataan dalam bahagian permulaan sepatutnya mencerminkan kepentingan maklumat itu bagi topik secara kasar. Kenyataan perlu diberi rujukan secara berhati-hati sekiranya ia tidak diberi rujukan dalam bahagian rencana selanjutnya, dan perlu ditulis dalam gaya yang jelas dan tercapai untuk menggalakkan pembaca membaca rencana secara penuh. Bahagian rencana selebihnya akan memberi huraian kepada pembaca yang inginkan maklumat lanjut.

Bahagian dan judul

Rencana disusun menjadi bahagian dan subbahagian, dengan setiap satu bermula dengan judul kecil yang akan terpapar dalam isi kandungan. Secara amnya, panjang satu bahagian sebaik-baiknya ialah satu hingga empat perenggan.

Dalam judul, hanya perkataan pertama sahaja yang diawali huruf besar seperti dalam sebuah ayat lazim (cth. "Pengangkutan rel", bukan "Pengangkutan Rel").

Judul 1 ialah tajuk rencana itu sendiri, dan dibentuk secara automatik. Judul-judul bahagian dalam rencana bermula pada peringkat kedua (==Judul 2==), diikuti dengan subbahagian peringkat ketiga (===Judul 3===), dan seterusnya. Bahagian tidak boleh melangkau peringkat-peringkat ini (cth. bahagian peringkat kedua tidak boleh diikuti dengan subbahagian peringkat keempat).

Lihat juga

Imej dan rujukan

Imej perlu mendukung kandungan rencana tanpa bersaing dengannya, dan rujukan mesti diberikan terhadap maklumat yang bersifat kontroversi atau cenderung untuk dipertikai.

Imej

Imej membantu pembaca untuk memahami rencana, dan bukan sekadar menjadi hiasan. Hanya tambah atau gantikan imej jika ia lebih baik daripada imej sedia ada atau ia dapat memberi nilai tambah terhadap rencana. Apabila mencipta atau memuat naik imej, ia perlulah dalam resolusi yang baik serta dalam format fail yang betul.

Imej perlu disebarkan secara sekata di seluruh rencana, berkait dengan bahagian di mana imej diletakkan, dan memiliki kapsyen. Imej dalam tetapan asal akan terpapar sebagai imej kecil di belah kanan untuk mengekalkan penyelarasan visual laman. Jika perlu, format lain dapat digunakan seperti tetapan belah kiri, galeri dan panorama.

Jangan meletakkan terlalu banyak imej di satu bahagian, terutamanya bahagian pendek; imej-imej akan melimpah ke bahagian seterusnya, dan mengganggu kebolehbacaan.

Lihat juga

Perujukan

lefteless
lefteless
  • Jangan gunakan petikan daripada rujukan secara berlebihan; rencana perlu mengolah semula dan merumuskan apa yang dikatakan oleh rujukan secara am.
  • Gunakan sumber dipercayai.
  • Gunakan gaya perujukan yang sedia ada dipakai dalam rencana, dengan senarai rujukan di bawah rencana.

Sumber mesti dipetik apabila menambah maklumat berkontroversi atau cenderung untuk dicabar, apabila memetik kata-kata seseorang, semasa menambah maklumat tentang biografi orang masih hidup, dan semasa memuat naik imej. Walaupun anda sebaiknya perlu cuba memformat petikan dengan betul, perkara yang penting ialah berikan maklumat yang mencukupi agar pembaca mengenal pasti sumbernya; penyunting lain boleh menambah baik pemformatan jika perlu.

Sama seperti imej, terdapat gaya rujukan tetapan asal, tetapi kadangkala, format alternatif digunakan. Apabila menambah rujukan baharu, gunakan gaya yang telahpun digunakan dalam rencana atau dapatkan persetujuan di halaman perbincangan sebelum menukarnya. Rujukan dalam baris yang anda tambah ke dalam rencana akan ditambahkan secara automatik pada bahagian "Rujukan" di penghujung rencana (yang sepatutnya diletakkan di bawah bahagian "Lihat juga" dan di atas bahagian "Pautan luar" jika salah satu atau kedua-duanya hadir).

Lihat juga

Pemautan

Pautan

Abstract graphic depicting wikilinks

Pemautan dengan hiperpautan adalah penting dalam Wikipedia. Pautan dalaman ("pautan wiki") menyatukan Wikipedia bersama-sama menjadi satu projek bersepadu. Pautan memberikan laluan terus ke rencana-rencana dalam Wikipedia yang dapat meningkatkan pemahaman pembaca tentang satu-satu topik. Sepatutnya, anda telah belajar cara menambahkannya dalam bahagian pengenalan suntingan di tutorial ini.

Untuk menentukan berapa banyak pautan dalaman yang perlu disertakan dalam artikel, tanya diri anda, "Adakah pembaca berminat dengan rencana lain ini? Adakah ia membantu menjelaskan konsep yang hanya diterangkan secara ringkas dalam artikel ini, atau yang mungkin tidak dikenali pembaca?". Lazimnya, sebutan pertama (dan bukan lagi sebutan seterusnya) bagi frasa/konsep penting mesti dipautkan dengan rencana berkaitan topik tersebut. Berhati-hati untuk tidak memasukkan terlalu banyak pautan hingga menjejaskan kebolehbacaan.

Pautan luar (ke laman web luar Wikipedia) boleh ditambah dalam bahagian "Pautan luar", bersama-sama penerangan ringkas. Pautan luar boleh disertakan hanya jika ia sangat relevan atau memberikan lebih perincian daripada apa yang mampu dalam batasan rencana. Laman web yang digunakan sebagai rujukan untuk menyokong kandungan rencana seeloknya diletakkan di bahagian "Rujukan".

Lihat juga


Penyelarasan

MGP memiliki garis panduan meluas berkenaan pelbagai jenis penggayaan penulisan. Ini ialah antara senarai yang lazim terpakai.

Bahasa

Elakkan menggunakan kata ganti nama pertama dan kedua seperti saya, kita dan anda kecuali dalam petikan dan kata nama khas.

Elakkan frasa seperti ambil perhatian dan ingat bahawa (yang mengandaikan "anda" kepada pembaca); dan elakkan perkataan seperti sudah tentu, terang-terangan dan sebagainya.

Tarikh dan nombor

Elakkan frasa masa yang boleh menjadi lapuk seperti baru-baru ini dan pada minggu depan.

Jangan tulis #1; sebaliknya, tulis nombor satu; perihal buku komik ialah keadaan yang dikecualikan.

Pemecah nombor bulat piawai Wikipedia bahasa Melayu ialah koma (cth. 12,000); dengan itu, pemecah nombor perpuluhan ialah tanda titik seperti 3.14.


Bagi nombor 1 hingga 9, guna perkataan penuh: satu, dua, tiga, ..., lapan, sembilan dalam teks rencana normal, bukan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 (namun begitu, ada banyak pengecualian).

Huruf besar

Nama haiwan/tumbuhan umum (cth. periuk kera) tidak ditulis dengan huruf besar. Pengecualian diberi kepada nama saintifik (Felis catus) dan kata-kata nama khas yang mungkin disertakan dengan nama umum.

Nama-nama kitab suci ditulis kata besar (cth. Al-Qur'an dan Alkitab). Tulis Tuhan dengan huruf besar ketika merujuk kepada satu tuhan secara khusus.

Singkatan

Tulis singkatan tanpa titik, contohnya: AS berbanding A.S..

Gunakan "dan" berbanding simbol "&" kecuali dalam jadual, kotak info dan nama rasmi seperti AT&T.

Tanda baca

Gunakan tanda petik lurus, " dan ', seperti yang ada pada papan kekunci piawai, dan bukannya alternatif seperti “ ” dan ‘ ’.


Ruang bukan pemisah

Pemisahan baris boleh dielakkan dengan menambah ruang bukan pemisah berbanding ruang biasa dengan kod &nbsp; atau {{nbsp}}. Ini mengelakkan pemisahan baris dalam ekspresi-ekspresi tertentu seperti 17 kg, 565 SM, £11 bilion, April 2024, 5° 24′ 21.12″ U, Boeing 747, and Perang Dunia II.

<--Cuba kuiz manual gaya penulisan!-->


Rumusan

MGP ialah sumber yang bagus, tetapi anda tak perlu baca kesemuanya! Ini ialah hal-hal utama untuk anda ingati:

  1. Penyelarasan – Pastikan gaya dan pemformatan sekata dalam dan antara rencana kalau boleh.
  2. Kestabilan – Elakkan tukar satu gaya ke gaya lain dalam satu-satu rencana tanpa sebab munasabah.
  3. Kejelasan – Pastikan rencana dapat dibaca sejelas mungkin (cth. perkataan, susun atur, pemformatan, rajah).
  4. Perujukan – Pastikan pembaca dapat mengesan balik maklumat dalam rencana ke sumber dipercayai.

MGP penuh dengan bimbingan lanjut tentang segala-galanya, daripada tanda baca sehingga unit ukuran serta perihal trivia. Anda boleh mencari nasihat tentang isu khusus menggunakan kotak carian MGP di belah kanan. Apabila ragu-ragu, salin pemformatan rencana sedia ada (sebaik-baiknya rencana pilihan) dengan subjek yang serupa. Walaupun menuruti MGP adalah penting jika boleh, kandungan yang boleh disahkan adalah lebih penting daripada pemformatan!

Maklumat lanjut

Uji apa yang anda belajar di kotak pasir Uji apa yang anda belajar di kotak pasir

Kesimpulan

Tahniah, anda kini seorang Wikipediawan! Jadi, majulah dengan berani, dan jom sunting!
Cartoon of people working to construct a Wikipedia globe

Meminta bantuan

Anda boleh mencari laman bantuan dengan awalan "Bantuan:" dalam kotak carian atau melawat laman portal kandungan.

Anda juga boleh pergi ke Meja bantuan, di mana para penyunting berpengalaman dapat membantu anda.

Mencari tugasan

Anda boleh pergi ke Gotong-Royong yang memaparkan cara-cara anda boleh bantu. Pilihlah mana yang anda berkenan dan sertailah!

Belajar lebih lanjut

Tutorial ini telah menjelaskan semua perkara sebagai permulaan – cara terbaik untuk belajar sekarang ialah menyunting!


Hadiah kecil

Penamatan siri tutorial ini memberikan anda kebolehan untuk memaparkan sebuah kotak pengguna di laman pengguna anda! Untuk tambahkan kotak tersebut, hanya klik sini dan tekan Terbitkan.

Semoga berjaya, dan bercerialah!
Anda dialu-alukan memberikan maklum balas.