ManifestaSITI2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ManifestaSITI2020
Album studio oleh
Dilancarkan pada3 Julai 2020
Dirakamkan pada2018–2020
GenrePop, R&B, balada
Panjang40:27
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)
PenerbitDato' Sri Siti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ezra Kong, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, Luca Sickta, Genervie Kam, John Jeevasingham, Omar K, Pown Hasril & Ryan Kyoto
Kronologi Siti Nurhaliza
SimetriSiti
(2017)
ManifestaSITI2020
(2020)
Legasi
(2021)
Single daripada ManifestaSITI2020
  1. "Anta Permana"
    Dikeluarkan: 21 September 2018
  2. "Kasihku Selamanya"
    Dikeluarkan: 10 Julai 2019
  3. "Terang"
    Dikeluarkan: 31 Oktober 2019
  4. "7 Nasihat"
    Dikeluarkan: 20 Februari 2020
  5. "Basyirah"
    Dikeluarkan: 5 Mei 2020
  6. "Aku Bidadari Syurgamu"
    Dikeluarkan: 2 Julai 2020
  7. "Siapa Tak Mahu"
    Dikeluarkan: 16 Oktober 2020
  8. "Kuasa Cintamu"
    Dikeluarkan: 1 Disember 2020
  9. "Takhta Dunia"
    Dikeluarkan: 8 Januari 2021
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

ManifestaSITI2020 ialah album studio ke-19 oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza. Album ini dikeluarkan pada 3 Julai 2020 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album SimetriSiti (2017). Seperti dua album Siti Nurhaliza yang terdahulu, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.[1]

Album ini mengandungi 11 buah lagu dengan sembilan daripadanya telah dikeluarkan sebagai single. Pra tempahan untuk pembelian album ini dibuka pada 28 Jun dan berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

ManifestaSITI2020 ialah album studio Siti ke-19.[2] Beliau mengumumkan tajuk album terbaharunya itu di laman media sosial miliknya.[3] Menurut Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak, konsep album ManifestaSITI2020 tidak lari daripada genre pop yang amat sinonim dengan Siti Nurhaliza.[3] Album ini merupakan terjemahan Siti berhubung perjalanan kerjayanya menuju tahun 2020.[3] Dalam temuramah dengan Astro Awani, beliau berkata: "Untuk album ini, kita masih mengekalkan konsep pop tetapi akan ada satu lagu lama yang akan diberi nafas baharu. Ini adalah manifestasi Siti Nurhaliza sendiri, apa yang dia nak, apa yang dia ingin suarakan, apa yang dia ingin zahirkan jadi album ini adalah keseluruhan manifestasi untuk tahun 2020,".[3]

Sebanyak 11 lagu dimuatkan dalam album ini, yang mana sembilan daripadanya telah dilancarkan sebagai single iaitu "Anta Permana",[4] "Kasihku Selamanya",[5] "Terang",[6] "7 Nasihat",[7] "Basyirah",[8][2] "Aku Bidadari Syurgamu", "Siapa Tak Mahu", "Kuasa Cintamu" dan "Takhta Dunia". Album ini turut memuatkan lagu "Teratai Menjelma" nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.[2] Antara tenaga kerja album ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslaw, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan ramai lagi.[2]

Album ini mengambil masa selama setengah tahun untuk disiapkan.[9] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Siti berkata: "Album penuh ini adalah azam dan kelangsungan untuk saya meneruskannya kerana inilah kepuasan seorang penyanyi. Alhamdulillah, syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions bekerjasama sekali lagi dengan Universal Music Malaysia untuk menerbitkan album baharu,".[10]

Salah satu lagu dalam ManifestaSITI2020, "Kuasa Cintamu" ciptaan Melly Goeslaw yang memiliki sentuhan peribadi untuk anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid. Dalam lagu itu, beliau meluahkan segala perasaan dan emosi sepanjang penantiannya untuk menantikan kehadiran Aafiyah.[11] Ippo Hafiz menyumbangkan lagu ciptaanya, "Aku Bidadari Syurgamu" dalam album ini, beliau berkata: "Siapa tak pernah tertawan mendengar lenggok lantunan Siti. Saya sudah lama menyimpan hasrat mencipta lagu untuk beliau. Ia akhirnya jadi kenyataan biarpun hampir 10 tahun menunggu". Ia menjadi runut bunyi drama 7 Hari Mencintaiku 2.[12]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Siapa Tak Mahu" (OST Shah Alam 40000) John Jeevasingham, Omar K, Ikhwan FatannaJohn Jeevasingham, Omar K2:59
2."Aku Bidadari Syurgamu" (OST 7 Hari Mencintaiku 2) Ippo Hafiz, Siti RosmizahIppo Hafiz3:55
3."Kasihku Selamanya" (OST Dendam Pontianak) Aubrey Suwito, Ad SamadAubrey Suwito4:24
4."Tertulis Nama Kita"Siti Nurhaliza, RozisangdewiGenervie Kam3:27
5."7 Nasihat" (duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta) Kmy Kmo, Luca SicktaLuca Sickta3:40
6."Kuasa Cintamu"Melly Goeslaw, Siti NurhalizaAubrey Suwito4:07
7."Takhta Dunia"Ryan KyotoRyan Kyoto3:15
8."Teratai Menjelma" (nyanyian asal Sudirman) Raja KobatPown Hasril3:44
9."Basyirah"Hafiz Hamidun, Ahmad Fedtri YahyaHafiz Hamidun3:31
10."Terang"Aubrey Suwito, Shah ShamshiriAubrey Suwito3:53
11."Anta Permana" (Trek Bonus) Ezra Kong, Hael HusainiEzra Kong3:40
Jumlah masa: 40:27


Karya seni[sunting | sunting sumber]

Kulit album ManifestaSITI2020 memperlihatkan Siti Nurhaliza menggayakan busana berwarna mustard dan berlatar belakangkan bangunan di ibukota melambangkan kebebasan. Berbeza dengan album terdahulu, Siti memilih untuk membuat penggambaran di luar studio kerana beliau mahukan sesuatu yang kelihatan bebas. Beliau menyifatkan kulit album ini lebih berkonsepkan gaya hidup.[13]

Keluaran dan promosi[sunting | sunting sumber]

Sebelum keluaran rasmi, ManifestaSITI2020 telah habis dijual sebanyak 2,000 unit sehari selepas pra-tempahan dibuka.[14] Jumlah itu ialah untuk tempahan bagi keluaran pertama dan untuk keluaran kedua akan dibuka.[2] Menurut Siti: "Kami juga yakin dengan adanya Affiliate SNP atau ejen SNP yang menjual album ini, angka jualan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana pembelian pra-tempahan juga memberangsangkan,".[2][15]

ManifestaSITI2020 pada asalnya dijadualkan untuk keluaran pada April 2020, sempena ulang tahun ke-25 kerjaya muzik Siti namun ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.[9][16] Album ini dilancarkan secara rasmi pada 3 Julai 2020[17] di The Sphere, Bangsar South, Bangsar, Kuala Lumpur.[18][19] Pada majlis pelancaran album terbarunya, Siti turut mengumumkan bahawa muzik video "7 Nasihat", duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta akan dilancarkan di saluran YouTube rasmi beliau pada 7 Julai 2020 jam 7.07 malam.[17]

Bagi mempromosikan album ini, sebuah konsert interaktif dikenali sebagai Manifestival Siti Nurhaliza x HotKool diadakan secara maya pada 21 Ogos 2020.[20]

Sehingga Oktober 2020, ManifestaSITI2020 telah terjual sebanyak 5,000 unit dan telah menerima pensijilan Emas.[21]

Menulis untuk Malaysiakini, Hania Rafei menyifatkan ManifestaSITI2020 "hadir sebagai naskhah fizikal dan digital yang penulis anggap relevan walaupun industri muzik dan cetak sekarang ini turun naik".[22]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album ManifestaSITI2020.[23]

  • Siti Nurhaliza - vokal, penulis lirik, penerbit eksekutif
  • Kenny Ong - penerbit eksekutif
  • Aubrey Suwito - penerbit, pengurus projek
  • Omar K - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Ippo Hafiz - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Genervie Kam - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Kmy Kmo - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Luca Sickta - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Ryan Kyoto - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Pown Hasril - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Hafiz Hamidun - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Ezra Kong - komposer, penulis lirik, penerbit
  • John Jeevasingham - komposer, penulis lirik, penerbit
  • Ikhwan Fatanna - komposer, penulis lirik
  • Melly Goeslaw - komposer, penulis lirik
  • Raja Kobat - komposer, penulis lirik
  • Hael Husaini - komposer, penulis lirik
  • Shah Shamsiri - penulis lirik
  • Ahmad Fedtri Yahya - penulis lirik
  • Siti Rosmizah Semail - penulis lirik
  • Bryan Wong - unit promosi (Universal Music)
  • Tiffany Haruka Teh - unit promosi (Universal Music)
  • Tee Tze Mien - unit promosi (Universal Music)
  • Phoebe Heng - unit promosi (Universal Music)
  • Nicholas Han - unit promosi (Universal Music)
  • Minni Gan - unit promosi (Universal Music)
  • Emily Fong - unit promosi (Universal Music)
  • Rozi Abdul Razak - penulis lirik, urusan A&R, unit promosi (SNP)
  • Aisyah Wong Mei Chen - urusan A&R, unit promosi
  • Siti Fairuz Ibrahim - unit promosi (SNP)
  • Saida - unit promosi (SNP)
  • Aiman - unit promosi (SNP)
  • Alud - unit promosi (SNP)
  • Rauna Jud @ UrbanAd Sdn. Bhd. - Konsep kulit album, rekasenik rekabentuk
  • Epie Temerloh - solekan
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Shanell Harun - busana
  • Farah Diana - penata gaya
  • Galeri Ariani - tudung

Pensijilan[sunting | sunting sumber]

Negara Pensijilan Jualan/Pengedaran
Malaysia Emas[24] 5,000[21]

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 3 Julai 2020[17] CD, Muat turun digital,[25] media penstriman[26] Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryani Ismail (1 Julai 2020). "Isi hati Siti dalam 'ManifestaSITI2020'". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  2. ^ a b c d e f g Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  3. ^ a b c d Asyraf Roslan (23 Jun 2020). "Siti Nurhaliza rakam semula lagu Teratai Menjelma nyanyian Sudirman dalam ManifestaSITI2020". Astro Awani. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 September 2018). "Anta Permana Siti Nurhaliza 'meletup'". HM Online. Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
  5. ^ Mohd Haikal Isa (10 Julai 2019). "Lagu baharu Siti, Kasihku Selamanya duduki carta pertama iTunes". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2019.
  6. ^ "Terang terjemah aspirasi kasih sayang Siti Nurhaliza". Astro Awani. 6 November 2019. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (20 Februari 2020). 7 Nasihat sarat kemelayuan Harian Metro. Dicapai pada 23 Februari 2020.
  8. ^ Farihad Shalla Mahmud (9 Mei 2020). Doa, harapan Siti dalam Basyirah Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  9. ^ a b Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Penantian tiga tahun bernoktah". Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Jun 2020). Siti ada album setiap dekad sejak 1996 Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  11. ^ Najiy Jefri (6 Julai 2020). Sentuhan peribadi kuasa cintamu Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  12. ^ Zaidi Mohamad (9 Julai 2020). Sepuluh tahun menanti Siti Nurhaliza Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  13. ^ Amri Hassan (4 Julai 2020). "Kulit Album Siti Ada Maksud Sendiri!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  14. ^ "Tempahan awal album ManifestaSITI2020 laris dalam sehari". Berita Harian Singapura. 1 Julai 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  15. ^ Aref Omar (30 Jun 2020). "#Showbiz: Siti's new album sells like hot cakes". New Straits Times. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  16. ^ Asyraf Roslan (4 Julai 2020). Berbaloikah pengeluaran ManifestaSITI2020 saat pandemik COVID-19? Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  17. ^ a b c "Pelancaran tertunda sejak April, akhirnya ManifestaSITI2020 dilancar". Astro Awani. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  18. ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Siti Nurhaliza lega ManifestaSITI2020 lancar selepas tiga bulan tertangguh - "Hikmahnya saya dapat rakam sampai puas hati"". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  19. ^ Nadia Azam (3 Julai 2020). "Manifesta Siti undang rasa sebak Siti Nurhaliza". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  20. ^ Watch Siti Nurhaliza's Manifestival Siti Nurhaliza x Hotkool live concert online The Sun Daily. 17 Ogos 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  21. ^ a b Kenneth Chaw (8 Oktober 2020). Siti Nurhaliza sells 5,000 album units despite pandemic The Star Online. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  22. ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  23. ^ ManifestaSITI2020 (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2020.CS1 maint: others (link)
  24. ^ "ManifestaSITI2020 raih Anugerah Emas". Kosmo!. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  25. ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  26. ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]