Penyu belimbing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penyu belimbing
Julat zaman: Holosen 0.012–0 Ma
Female, digging in the sand
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Dermochelyidae
Genus: Dermochelys
Blainville, 1816[2]
Spesies: D. coriacea
Nama binomial
Dermochelys coriacea
(Vandelli, 1761)[2]
Sinonim[3]

Penyu Belimbing (bahasa Inggeris: Leatherback Sea Turtle) mempunyai nama sains Dermochelys coriacea dan menjadi satu-satunya spesies dari keluarga Dermochelyidae. Penyu Belimbing tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Reptilia, order testudines, dari keluarga dermochelyidae, spesies Dermochelys coriacea.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Domenico Agostino Vandelli menamakan spesies ini sebagai Testudo coriacea pada tahun 1761 yang ditangkap di Ostia dan kemudiannya diserahkan kepada Universiti Padua.[4]

Nama saintifik keluarga Dermochelys berasal daripada dua perkataan Yunani "Greek" iaitu derma (kulit) and chelys (penyu). Nama spesies pula berasal daripada perkataan Yunani corium (kulit lembu "leather"). Oleh itu nama saintifik penyu Belimbing, Dermochelys coriacea bererti penyu berkulit seperti kulit lembu "leather".

Setiap negara mempunyai nama vernakular yang berbeza bagi penyu ini. Namun di Malaysia, penyu Belimbing mendapat namanya daripada bentuk cangkerang karapasnya yang berbentuk seakan-akan buah belimbing.

Penyu Belimbing gergasi (Dermochelys coriacea) merupakan satu daripada tujuh spesies penyu di dunia, dan merupakan yang terbesar. Penyu Belimbing selalunya memilih kawasan pantai yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur dan Rantau Abang, Malaysia merupakan salah satu daripada destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".

Ciri-ciri dan anatomi[sunting | sunting sumber]

Anak penyu belimbing menuju ke laut
Saiz Penyu belimbing berbanding manusia
Bentuk esofagus seekor penyu belimbing

Taburan dan Habitat[sunting | sunting sumber]

Bulatan kuning menunjukkan lokasi sarang kecil, manakala bulatan merah adalah lokasi sarang utama

Terdapat beberapa subpopulasi Penyu belimbing dari seluruh dunia iaitu;

Subpopulasi Lautan Atlantik[sunting | sunting sumber]

Subpopulasi Lautan Pasifik[sunting | sunting sumber]

Subpopulasi Laut China Selatan[sunting | sunting sumber]

Subpopulasi Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan rekod penandaan oleh Jabatan Perikanan di Rantau Abang, penyu ini tidak bertelur setiap tahun walaupun ia boleh bertelur sehingga sembilan kali setahun dengan purata empat hingga lima kali setahun.[5]

Penyu betina akan menghasilkan telur dan perlu mencari pasangannya untuk bersenyawa sebelum naik ke darat bagi melepaskan telur sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga minggu.[6]

Namun, jika kekurangan penyu belim­bing jantan, maka peluang penyu betina untuk bersenyawa amat tipis. Malah, apabila mencapai tempoh matang, penyu betina akan menghasilkan telur, namun jika tidak berlaku proses perse­nyawaan, embrio telur itu tidak akan berkembang untuk menetaskan anak penyu.[6]

Status pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Di beberapa negara, kehadiran penyu ini dieksploitasi bagi tujuan komersil termasuk untuk minyak, kulit dan dagingnya.[5] Pemburuan daging penyu oleh manusia menjadi faktor spesies tersebut di ambang kepupusan ekoran terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan daging penyu sebagai korban sajian ketika menjalankan upacara ritual keagamaan.[6]

Pembangunan di pesisir pantai menjejaskan pendaratan penyu ke pantai. Sebarang pancaran cahaya dari hotel atau resort mengganggu penyu betina yang memerlukan suasana sunyi, bersih dan gelap untuk bertelur.[6]

Program[sunting | sunting sumber]

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kepupusan Penyu belimbing yang mendarat di pantai. Antaranya ialah penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) oleh nelayan pukat tunda pada musim tengkujuh bagi operasi menangkap udang di kawasan Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor diharap dapat mengurangkan kadar kematian penyu. Pemasangan TED bertujuan membebaskan penyu yang terpe­rangkap dalam pukat tunda udang dengan berenang keluar melalui injap peranti tersebut dalam tempoh kira-kira tiga minit.[6]

Sebagai tambahan, pelbagai program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah serta Jabatan Perikanan Malaysia.[6]

Pada pertengahan 2007, Jabatan Perikanan Malaysia pernah merancang pelan untuk mengklon Penyu belimbing bagi mengatasi masalah kekurangan populasinya yang mendarat di pantai. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak diteruskan kerana saintis berpendapat bahawa proses pengklonan hanya berjaya terhadap haiwan mamalia seperti anjing, kambing, kucing dan lembu.[7]

Namun, pendaratan seekor penyu pada tahun 2017 mengujakan banyak pihak terutamanya pasukan penyelidik selepas kali terakhir spesies itu dilihat mendarat di Pantai Rantau Abang pada 8 Ogos 2010. Malangnya, 92 biji telur yang dikatakan dari penyu belimbing, yang ditemui di dalam sarang di Pantai Rhu Kubur pada 9 September dan 32 biji lagi di pantai Kampung Jambu Bongkok pada 20 September lalu adalah rosak dan tidak boleh disenyawakan.[6] Hal ini disebabkan telur yang dihasilkan penyu betina tersebut tidak sempat disenyawakan dengan penyu jantan.

Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Kehadiran haiwan ini di sepanjang pantai Terengganu merancakkan aktiviti pelancongan dan penjualan telur. Walaubagaimanapun, mulai tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu mengharamkan pemakanan telurnya.[5]

Haiwan ini dilin­dungi dan diwartakan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang mengganggu, mengambil, menangkap, memiliki, membunuh, memburu dan memperdagangkan sama ada telur atau anggota haiwan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.[6]

Malah, Kerajaan Negeri Terengganu juga melindungi haiwan ini melalui Enakmen Penyu Negeri Terengganu (pindaan) 1987.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:IUCN2013.2
  2. ^ a b Rhodin, A. G. J.; van Dijk, P. P.; Inverson, J. B.; Shaffer, H. B. (14 December 2010). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.xx. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 15 December 2010. 
  3. ^ Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 174–176. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012. 
  4. ^ "Testudo coriacea". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai 14 September 2007. 
  5. ^ a b c Sea Turtle Research Unit (8 Mei 2016). ""Jom kita kenali Penyu Belimbing"". UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Dicapai 24 September 2018. 
  6. ^ a b c d e f g h i Kamariah Khalidi (22 April 2018). "Survival penyu belimbing Rantau Abang". Kosmo Online. Dicapai 24 September 2018. 
  7. ^ Associated Press (7 Disember 2007). ""Malaysia mulls cloning rare turtles"". NBC News.com. Dicapai 24 September 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]