Chong Kah Kiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chong Kah Kiat

PSM; SPDK, PGDK (Sabah); JSM
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Tanjong Kapor
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehTeo Chee Kang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kudat
Dalam jawatan
2001–2004
Didahului olehKong Fo Min @ Kong Hong Ming
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Dalam jawatan
1981–1985
Didahului olehYong Sze Kiun
Digantikan olehWong Phin Chung
Ketua Menteri Sabah ke-13
Dalam jawatan
2001–2003
Didahului olehDatuk Seri Panglima Osu Sukam
Digantikan olehDatuk Seri Musa Aman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehBernard Giluk Dompok
Digantikan olehBernard Giluk Dompok
Butiran peribadi
Lahir (1948-06-02) 2 Jun 1948 (umur 75)
Sabah Kudat, Sabah
Parti politikLDP-GRS
PasanganPuan Sri Datin Ivy Fam
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Tan Sri Chong Kah Kiat (Cina:章家杰, lahir pada 2 Jun 1948) merupakan Ketua Menteri Sabah ke-13 , Sabah , Malaysia . Beliau juga adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) iaitu salah satu parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau memegang jawatan dalam Kabinet negeri Sabah selama lapan tahun termasuk dua tahun sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sejarah dalam politik[sunting | sunting sumber]

Chong Kah Kiat dilahirkan di Kudat. Beliau graduan Victoria University of Wellington New Zealand , mendapat ijazah sarjana undang-undang Sarjana (kepujian kelas pertama LLM) pada tahun 1975.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding dan memenangi kawasan Kudat atas tiket parti Berjaya/Barisan Nasional dalam Pilihan raya negeri Sabah pada Mac 1981 .Kemudian dilantik menjadi pembantu menteri kepada ketua menteri pada tahun berikutnya. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga April 1985 apabila beliau hilang kerusi kepada Datuk Wong Phin Chung - Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pada bulan Mac 1987, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Berjaya tetapi kemudian meninggalkan parti apabila kehilangan penyokong akar umbi.

Ekoran itu, Chong dan beberapa pemimpin Cina mengasaskan LDP pada tahun 1989 dan telah dibuat Protem Setiausaha Agung . Kemudian pada 1991, beliau menjadi presiden parti itu . Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya 1994 negeri Sabah tetapi setahun kemudian telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara , dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kabinet persekutuan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri -. Dia berhenti jawatan menteri persekutuan Mac 1999 untuk bertanding dalam pemilihan negeri. Kali ini, beliau memenangi kembali kubu tradisional Kudat, dan telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi negeri Sabah.

Chong menjadi Ketua Menteri Sabah ke-13 pada tahun 2001 bagi mewakili masyarakat Cina dalam sistem penggiliran yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pada tahun 1994.


Apabila Datuk Seri Musa Aman dari (UMNO) mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri pada tahun 2003, Chong dilantik timbalan ketua menteri serta orang yang menjaga portfolio pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar. Kemudian sistem penggiliran telah dibatalkan oleh Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2007, Chong meletak jawatan secara mengejut dari jawatan Timbalan Ketua Menteri di bawah kabinet Datuk Musa Aman atas sebab perkara-perkara prinsip. [1]Hal itu diumumkan semasa Chong tidsak berada di Sabah . Beliau membantah tindakan membatalkan pembinaan patung Ma Tzu di Kudat.Beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada 13 April 2007. Surat perletakan jawatan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Jawatan Presiden LDP diserahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Liew Vui Keong setelah menyandangnya selama 17 tahun.[2]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Patung Ma Tzu[sunting | sunting sumber]

Semasa Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah , beliau meluluskan projek mendirikan patung dewa laut atau Ma Tzu, 10 tingkat dengan ketinggian 14 meter itu dikeluarkan kepada Yayasan Kebajikan Thean Hou Kudat yang diketuai oleh Kah Kiat pada 8 Februari 2007. Kebenaran daripada Lembaga Bandar Kudat itu ditarik balik pada 15 November 2007 berikutan lokasi yang tidak sesuai. Patung itu hampir 95% siap.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, pada 27 Disember 2007, Kah Kiat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu meminta supaya Lembaga Perbandaran Kudat menarik balik keputusan membatalkan pembinaan patung itu. Chong telah melantik peguam Ansari Abdullah sebagai peguam bela. Ansari adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

Pada 16 Disember 2007, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan Chong Kah Kiat melantik peguam dari pembangkang dalam kes saman projek patung dewa laut di Kudat sebagai bertentangan dengan etika BN.Amaran bertulis atau memecat Kah Kiat selaku Adun Tanjung Kapor hendaklah diambil.

Pada 27 Julai 2010, Chong Kah Kiat diperintah membayar RM100,000 kepada empat responden . Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff. Empat responden itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ujang Sulani; serta Lembaga Bandar Kudat. Hakim-hakim yang terlibat ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Peguam Raja Aziz Addruse mewakili Chobng Kah Kiat di Mahkamah Rayuan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili empat defendan.

Antara alasan hakim ialah beliau tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk merayu kerana yayasan yang dipengerusikannya itu tidak didaftarkan secara sah.Kah Kiat tidak memenuhi kriteria di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman yang membolehkannya mendapat kebenaran merayu.[3].[4]

Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah mencadangkan lokasi lain patung itu. Pembinaan patung besar itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Belia Intelek Kudat dan UMNO Bahagian Kudat sendiri. Kerajaan negeri sedia membayar ganti rugi kos pembinaan tetapi ditolak. Sebaliknya Kah Kiat menuduh beliau menghasut pemimpin dan ahli UMNO serta komuniti Islam di daerah Kudat untuk menentang pembinaan patung tersebut. Pembinaan itu tidak dibincangkan dan mendapat persetujuan penduduk setempat. Kelulusan tanah itu pula diberi kepada sebuah syarikat untuk tujuan industri perkapalan dan bukannya bagi pembinaan patung. Kes ini tidak sama dengan patung di Kelantan kerana majoriti penduduk adalah keturunan Siam beragama Buddha. Chong Kah Kiat mendedahkan bahawa antara punca beliau meletak jawatan adalah kerana dihalang membina patung Ma Tzu tertinggi di dunia, 10 tinggkat di Kudat . [5] Lokasi patung itu juga hampir dengan Masjid Daerah Kudat dan boleh melindungi pemandangan masjid apabila siap dibina. Malah perkara tersebut tidak dibawa ke Kabinet Sabah mengikut cara yang betul. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Musa tiada masalah dengan Kah Kiat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 2012-08-04.
  2. ^ "Kah Kiat letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-08-04.
  3. ^ BN didesak ambil tindakan terhadap Chong Kah Kiat
  4. ^ Kah Kiat diperintah bayar RM100,000
  5. ^ "Ketua Menteri perjelas isu patung Ma Tzu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-08-04.
  6. ^ Yahya bidas kenyataan Kah Kiat[pautan mati kekal]