Leo Moggie Anak Irok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi ahli politik Malaysia dengan nama Leo, lihat Leo Michael Toyad.
YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.)
Leo Moggie
PSM; SSAP (Pah); DA (Swk)
Pengerusi
Tenaga Nasional Berhad
Memegang jawatan
April 2004
Didahului olehAhmad Tajuddin Ali
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehLim Keng Yaik
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
1989–1995
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehSamy Vellu
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
Dalam jawatan
1978–1989
Didahului olehV. Manikavasagam
Digantikan olehSamy Vellu
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kanowit, Sarawak
Dalam jawatan
1978–2004
Didahului olehJoseph Unting Umang
Digantikan olehAaron Ago Dagang
Butiran peribadi
LahirLeo Moggie anak Irok
(1941-10-01) 1 Oktober 1941 (umur 78)
Kanowit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak, Empayar British (kini Sarawak, Malaysia)
Parti politikSNAP; PBDS
PasanganPuan Sri Elizabeth Moggie

Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie anak Irok (lahir 1 Oktober 1941) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Sarawak dan mantan presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) di Malaysia. PBDS adalah parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan krisis 1983. Selepas berehat di dalam dunia politik pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad sejak 2004 hingga sekarang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1941 di Kanowit, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanjung Lobang, Miri dan Sekolah St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Latihan Perguruan Batu Lintang, Miri.

Seterusnya beliau mendapat kelulusan Sarjana dalam bidang sejarah daripada Universiti Otago pada tahun 1965 dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Pennsylvania.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973); Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politiknya bermula apabila bertanding dan menang kawasan parlimen Kanowit, negeri Sarawak 1974 hingga 2004. Beliau bertanding atas tiket parti PBDS-Barisan Nasional. Pada tahun 1978, Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn telah melantik beliau memegang portfolio Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Beliau meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Kabinet dibawah pimpinan Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Jawatan dalam perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Menteri Kabinet di Negeri Sarawak (1976-1978)
  • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1989)
  • Menteri Kerja Raya (1989-1995)
  • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1995-1998)
  • Menteri Tenaga , Komunikasi dan Multimedia (1998-2004)

Selepas bersara politik[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak April 2004.[1] Kontrak beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif TNB dilanjutkan selama setahun berkuat kuasa 12 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2020.[2][3][4][5]
  • Pengerusi Lembaga Pengarah untuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pro-Canselornya dari tahun 2004 hingga sekarang.
  • Pengarah Kapar Energy Ventures Sdn Bhd dari tahun 2004 hingga sekarang.
  • Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sejak Mac 2005 hingga sekarang.
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan di DiGi Telecommunications Sdn Bhd sejak tahun 2005 hingga 2013.[6]
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Asia Plantations Limited sehingga 2014.
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif New Straits Times Press sehingga 2008.

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Otago, New Zealand pada tahun 2000 dan Kehormat Doktor Sains dari Universiti Multimedia, Malaysia pada tahun 2003.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia :
    • Order of Loyalty to the Crown of Malaysia - PSM.svg Panglima Perintah Kesetiaan kepada Mahkota Malaysia (PSM) - Tan Sri (2005)[7]
  •  Pahang :
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Kesatria Utama Perintah Sultan Ahmad Shah dari Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2007)[8]
  •  Sarawak :
    • MY-SAR Order of the Star of the Hornbill (Bintang Kenyalang) - 2. Knight Commander (DA).svg Komander Kesatria Perintah Bintang Kenyalang Sarawak (DA) - Datuk Amar (1999)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengerusi TNB, beliau menerima pengiktirafan daripada Persatuan Tenaga Profesional Malaysia (MEPA) atas sumbangan meluas beliau kepada industri utiliti elektrik negara, yang menjangkau lebih empat dekad. Berita Harian (21 November 2018). Dicapai pada 11 April 2019.
  2. ^ Shahizam Tazali (21 Februari 2019). TNB lanjut perkhidmatan Leo Moggie Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  3. ^ TNB extends Leo Moggie contract until March 2020 The Star Online (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  4. ^ TNB extends Leo Moggie's chairmanship New Straits Times (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  5. ^ Billy Toh (18 Februari 2019). TNB to extend Leo Moggie’s term The Edge Markets). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ DiGi.com Berhad directorship
  7. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  8. ^ "Pahang Sultan awards for 182". The Star. 13 December 2007. Dicapai pada 9 September 2018.