Anzalna Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anzalna Nasir
Anzalna Nasir.jpg
Kelahiran Nur Anzalna Bte Md Nasir [1]
(1988-01-09) 9 Januari 1988 (umur 29)
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikan Brooks High School, Launceston
Launceston College, Tasmania
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2010 – kini
Pasangan Hanif Zaki (berkahwin 2016)
Ibu bapa Md Nasir Ibrahim (bapa)
Saudara Mia Nasir (adik)
Afifah Nasir (adik)

Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir [2] (lahir 9 Januari 1988) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Punjabi, Anzalna dibesarkan di beberapa tempat. Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya melanjutkan pelajarannya di McGill University, Kanada. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.

Selepas bapanya menamatkan pelajaran, Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia. Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anzalna membuat penampilan pertamanya sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, beliau kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2011.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. [3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Pengarah Penerbit
2011 Suria di Cordoba berlakon bersama Adi Putra, Fahrin Ahmad, dan Sari Yanti Astro Prima Feroz Kadir Global Station
Ramadan Terakhir Sebagai Rossa, berlakon bersama Adi Putra dan Fazlina Ahmad Daud TV3

(Samarinda)

Ungku Ismail Global Station
2012 Gemersik Kalbu berlakon bersama Aqasha dan Ayu Raudhah TV3

(Akasia)

Heykal Hanifah Global Station
24 Hari Sebelum Jatuh Cinta berlakon bersama Marsha Milan Londoh dan Ryzal Jaafar RTM TV1 Excellent Pictures
Sirrun Berlakon sebagai Surina bersama dengan Zarina Zainoordin TV9 Michael Ang Pena Creative
Indera Joned Berlakon sebagai Dr. Sara bersama dengan Aiman Hakim Ridza (Epul & Indera Joned), dan

Puteri Sarah Liyana (Rina)

TV3 Fairuz Loy Grand Brilliance
2013 Maskara Berlakon sebagai Hani bersama dengan Lisa Surihani, Nasha Aziz, dan Adrea Abdullah RTM TV1 Nizam Abdullah KRU
Love You Mr. Arrogant Berlakon sebagai Farizah bersama dengan Zara Zya, Azlee Khairi dan Keith Foo TV3

(Akasia)

Eoon Shuhaini Primeworks Studios
Tentang Hati Berlakon bersama Aaron Aziz, Fasha Sandha, dan Rusdi Ramli RTM TV2 Mohamed Feroz Kader Global Station
Buletin Cinta Berlakon bersama dengan Jep Sepahtu dan Saiful Apek TV3 - -
Orang Gaji IQ Berlakon sebagai Shahira/Erni Wibowo bersama dengan Sharifah Sakinah RTM TV2 Sharul Ezad Global Station
2014 Aku Isterinya Berlakon bersama Izzue Islam TV3
Jauh Dari Cinta Astro Prima
2016 Memori Cinta Suraya Berlakon sebagai Suraya bersama dengan Hisham Hamid Astro Bella & Astro Mustika HD
2017 Arluna Berlakon sebagai Nia Arluna bersama dengan Saharul Ridzwan Astro Prima& Astro Maya HD

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Pengarah Produksi
2012 Cik Paris Diva Kampung Kemunculan khas bersama adiknya, Mia Nasir dan Liyana Jasmay. TV9 Ghaz Abu Bakar Mermaid Studio
Bulan dan Bintang - - - -
Ajaibnya Cinta Berlakon bersama Johan As'ari, Umie Aida, Qi Razali TV3 Erma Fatima Grand Brilliance
2 Dalam 1 Sebagai Mia. Berlakon bersama Anas Ridzuan TV3 Tengku Shahilawati Tengku Jehori Primeworks Studios
2013 Salahkah Aku Sebagai Allysa, bersama Syed Hussein, Ifa Raziah, Arash Mohamad, dan Raja Ilya TV3 (Cerekarama) Along Kamaluddin & Kyoll Hamzah Layar Ceritera
Destinasi Cinta Sara Berlakon sebagai Liza, bersama Remy Ishak dan Nadiya Nisaa. Astro Ria Khalid Nazri Orangetree Productions
Cinta dari Syurga Sebagai Nurul Hannan. Berlakon bersama Fauziah Ghous dan Azlee Khairi TV3 Raja Ahmad Alauddin Primeworks Studios
Jauh Berlakon bersama Fauziah Ghous TV3 Raja Ahmad Alauddin Primeworks Studios
Sayang Harissa Berlakon bersama Fauzi Nawawi dan Reen Rahim RTM TV1

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Produksi
2012 Sepah The Movie Ayu Sofea PTV Film Productions
Kahwin 5 Farra KRU Production
Tyickoouns KRU Production

Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012/2013 Karoot Komedia Artis Undangan Astro Mustika
Kilauan Emas Artis Undangan Astro Prima

Komersial[sunting | sunting sumber]

  • Trenz (Indonesia TV)
  • Celcom
  • Franch Oil
  • Ecpi
  • Safi Balqis
  • Qu Puteh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]