Kool (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Kool)
Jump to navigation Jump to search
Kool
Kumpulan kool.jpg
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNew Jack Swing, Hip Hop
PekerjaanVokal / Pemuzik
InstrumenNA
Tahun aktif1990-an
Syarikat rakaman
Sony Music
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Kool.html
AhliHairie ("Mohd Khairi Yaacob")
Riot ("Shaiful Azri Mohd Ariffin")
Bekas ahliJay ("Jalani Shuib")
Pat ("Taufik Ibrahim")
Zack ("Zulkifli Mohamad")

Kumpulan Kool merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Nama kumpulan KOOL merupakan singkatan bagi Kami orang-orang lama kerana sebelum bergabung sebagai satu kumpulan mereka telah pun menceburi dunia seni.

Hairee pernah mempunyai sebuah album solo, Riot pula pernah mendapat gelaran 'Michael Jackson Malaysia' manakala Jay dan Zack pula pernah menjadi penari. KOOL pernah melahirkan 3 buah album berjudul Bebas, Satu Arah dan Fantasi bersama Sony Music Malaysia.

Mereka mula dikenali apabila menggantikan Ning Baizura untuk lagu 'Kau dan Aku' dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock pada tahun 1995. Ning Baizura ketika itu tidak lagi bersama Sony Music yang menyebabkan penyertaan lagu tersebut perlu digantikan dengan artis Sony Music lain.

KOOL berjaya ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 1995 dan memenangi kategori Pop Rock mengalahkan 3 calon lain dalam kategori yang sama.

KOOL turut memenangi kategori yang sama dalam Anugerah Juara Lagu 1996 menerusi lagu Bebas. Pada ketika ini kumpulan ini telah mempunyai ahli baru iaitu Pat ("Taufik Ibrahim") Perancangan asal KOOL adalah untuk memiliki 5 orang anggota tetapi ia tidak kesampaian apabila Zack meninggalkan KOOL untuk menumpukan perhatian kepada pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan. KOOL kembali berempat semasa menyertai Juara Lagu 1996. Zack menggangotai kumpulan baru, V3 tidak lama kemudian.

Pada tahun 1997, Riot pula meninggalkan KOOL dan digantikan dengan Azwa dan Yan. Sama seperti Zack, Riot juga menubuhkan kumpulan baru, KGB yang popular dengan lagu Hadirlah Kasih.

KOOL berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 1997 melalui lagu Cemburu tetapi tidak berjaya memenangi kategori Pop Rock. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan A to Z menerusi lagu Itik Gembo-Gembo.

KOOL masih aktif sehingga 2012. [1]

Ahli Kumpulan Kool asal yang dianggotai oleh Riot, Jay, Hairie, dan Zack, juga telah bergabung dengan kumpulan Nico, kumpulan Shades dan kumpulan A To Z di bawah nama GX4 dan muncul dengan dua buah single berjudul Integriti dan Kerana Kasihmu serta dua buah lagu popular mereka iaitu Bebas dan Satu Arah.[2]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Kool terdiri dari 4 anggota asal

  1. Riot Kool ("Shaiful Azri Mohd Ariffin") [3]
  2. Hairee Kool ("Mohd Khairi Yaacob")
  3. Jay Kool ("Jalani Shuib")
  4. Zack Kool ("Zulkifli Mohamad")

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. KOOL (1995)
  2. Fantasi (1997)
  3. Satu Arah (1998)

Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. The Essential (2011)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

KOOL[sunting | sunting sumber]

Bukan Aku Membenci

Kau Dan Aku

Aku Tak Pasti

Bebas

Jessida

Kasih

Pertemuan Kita

Pudar

Satu Memori

Terimalah Asmaraku

FANTASI[sunting | sunting sumber]

Bersama Berdua

Pastinya Untukmu

Cemburu

Cinta Fantasi

Ingat

SATU ARAH[sunting | sunting sumber]

Orang Kota

Hilang Semua Impian

Bukakanlah Hatimu

Satu Arah

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Lagu 1995-Juara Pop Rock (Kau Dan Aku)
  • Anugerah Juara Lagu 1996-Juara Pop Rock (Bebas)
  • Anugerah Juara Lagu 1997-finalist Pop Rock (Cemburu)

Anugerah Industri Muzik (AIM)[sunting | sunting sumber]

AIM 1996[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  1. Mewakili Malaysia utk MTV Malaysia dan Jepun
  2. Mewakili Sony Music ke Shanghai Muzik Festival,China dan mendapat tempat 3
  3. AIM kumpulan baru terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]