Afif Bahardin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Afif Bahardin

ADUN; MD
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Seberang Jaya
Memegang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehBarisan Nasional.png Arif Shah Omar Shah (UMNO)
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
9 Mei 2014 – 4 Mei 2020
Didahului olehLaw Choo Kiang
Digantikan olehNorlela Ariffin
Timbalan Ketua Pemuda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 15 November 2018
Didahului olehKhairul Anuar Ahmad Zainuddin
Digantikan olehHilman Idham
Butiran peribadi
Lahir (1985-05-13) 13 Mei 1985 (umur 36)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Parti politikLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg BERSATU (2020-)
Pakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg PKR (-2020)
PasanganMardhiah Zakaria
Anak-anakAaina Sofea Afif
Ar-Rayyan Afif
Alma materUniversiti Teknologi Mara
PekerjaanAhli Politik dan Pegawai Khas kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri
ProfesionDoktor
Laman web rasmiwww.afifbahardin.com

Dr. Afif Bahardin (lahir 13 Mei 1985 di Selangor, Malaysia) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak dan pendidikan universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan.

Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada bulan Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Afif dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding kerusi DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013. Dr. Afif berjaya memenanginya dengan majoriti 2,459 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional, Mohammad Nasir Abdullah dan calon bebas, Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar.

Pada 9 Mei 2013, Dr. Afif dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang (Exco) untuk Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan menggantikan Law Choo Kiang yang dilantik sebagai Speaker baru Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]

Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2014, Dr. Afif dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda.[2]

Pada Pemilihan Parti KEADILAN 2018, beliau telah bertanding dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Namun begitu tewas di tangan YB Akmal Nasir.

Pembentukan Pemuda Negara[sunting | sunting sumber]

YB Dr. Afif Bahardin telah mengikut langkah Azmin Ali untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, telah menubuhkan sebuah NGO yang bernama Pemuda Negara. NGO ini berhasrat untuk menjadi wadah bagi suara anak muda daripada pelbagai bangsa berdasarkan prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama. [3]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang: N10 Seberang Jaya[4]
Tahun Konstituensi Kerajaan Undian % Pembangkang Undian % Jumlah mengundi Majoriti Keluar mengundi Nota
2013 N10 Seberang Jaya Afif Bahardin (PKR) 14,148 54.23% Mohammad Nasir Abdullah (UMNO) 11,689 44.81% 26,362 2,459 88.20% [perlu rujukan]
Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar (Independent) 251 0.96%
2018 Afif Bahardin (PKR) 16,014 53.12% Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (UMNO) 8,593 28.50% 30,496 7,421 85.8% [perlu rujukan]
Ahmad Rafaei Rashid (PAS) 5,540 18.38%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 2015-06-08.
  2. ^ http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Analysis/Profile/Articles/2014/05/06/Azmin-starts-to-flex-his-muscles/
  3. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/17/a-new-ngo-emerges-said-to-be-front-for-azmins-faction-to-gain-support-from/1857624/
  4. ^ "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada 12 May 2013. Percentage figures based on total turnout.