P. Ramasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
Prof Dr. P. Ramasamy
பேராசிரியர் ராமசாமி

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Penyandang
Tempoh jawatan 
Mac 2008

Ahli Parlimen Malaysia
untuk P46 Batu Kawan, Pulau Pinang
Tempoh jawatan
8 Mac 2008 – Mei 2013
Didahului oleh Huan Cheng Guan (BN)
Majoriti 9,381

Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008

Parti politik DAP-100px.jpg DAP
Pekerjaan Ahli Parlimen, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang
Agama Hindu

Prof Dr. Ramasamy Palanisamy Tamil: பேராசிரியர் ராமசாமி) dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan Timbalan Ketua Menteri bagi negeri Pulau Pinang dan Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP. Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ramaswamy lahir pada 10 Mei 1949 . Ayahnya Palaniyammal Palanichany dan ibunya bekerja di ladang-ladang Malaya pada tahun 1920 dan berhijrah dari Tamil Nadu. Beliau mempunyai enam beradik . Ramaswami bersekolah di Sekolah Rendah Anglo-China pada akhir 1950-an.

Beliau mendapat pendidikan awal di Teluk Intan, Perak seterusnya mendapat Ijazah Pertama dalam bidang Kewartawanan di New Zealand kemudian menyambung pelajaran dalam bidang Sains Politik di Indian University Amerika Syarikat (1977) dan di peringkat Ijazah Sarjana di McGill Unversity, Kanada (1980) seterusnya mendapat PhD di Universiti Malaya pada tahun 1991. Mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1981 sehingga 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains Politik

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Prof Pelawat Universiti Castle Singapura dalam bidang Pendidikan Politik Asia Tenggara. Sejak awal lagi beliau telah terlibat sebagai aktivis yang memperjuangkan isu-isu buruh bermula tahun 1980an menerusi INSAN (Institut Analisa Sosial) Kuala Lumpur.

Beliau berpengalaman selama 25 tahun sebagai pensyarah sains politik , pernah menjadi penasihat dan perunding keamanan kepada beberapa usaha damai antarabangsa seperti di Acheh, Sri Lanka, Filipina dan Colombia .Ramasamy pernah bertugas sebagai penasihat kepada Global Labour University Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) selama setahun pada 2004.[1][2]

Dipecat tanpa sebab[sunting | sunting sumber]

Ramasamy aktif sebagai aktivis yang memperjuangkan nasib minoriti di Sri Langka dan Acheh Merdeka. Kedua-dua pihak yang bertelingkah di Acheh akhirnya setuju menandatangani perjanjian damai pada 5 Ogos 2005. Pada 26 Ogos 2005 beliau dipecat dari UKM tanpa sebarang sebab. Selepas itu beliau mengajar di Jerman dan Singapura dan mula terlibat dengan aktiviti DAP.

Mula menyertai DAP secara rasmi pada September 2005. Menulis beberapa buah buku dan banyak artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau berjaya menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Tan Sri Koh Tsu Koon bagi Parlimen Batu Kawan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang N16 Perai. Dalam tahun 2008, itu kerajaan BN tumbang kepada PR kerana DAP mendapat 19 kerusi , PKR 9 kerusi dan PAS hanya 1 kerusi. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan merupakan orang India pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam barisan exco kerajaan Pulau Pinang, beliau bertanggungjawab mengenai perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi dan inovasi.[3]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saman 10 juta terhadap The Star[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Februari 2012, P Ramasamy memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap wartawan The Star . Saman itu didaftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan A Sivanesan & Co dan menamakan wartawan, Ian McIntyre dan Star Publications (M) Bhd sebagai defendan. Artikel bertajuk "Distress in DAP continues" pada 23 Disember 2011, dan "What Ramasamy said in the interview with The Star" pada 27 Disember 2011.Makna semulajadinya membawa maksud beliau adalah pemimpin DAP yang mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan jawatan serta tidak berwibawa. McIntyre mengadakan satu wawancara di pejabatnya di Pulau Pinang dan artikel itu diterbitkan pada 23 Disember. [4]

Anak mengundi di Semenyih[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2013, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan anak Ramasamy bernama Sri Vaitheki didaftarkan di daerah mengundi Kampung Tanjung, DUN Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat oleh penolong pendaftar pemilih sebuah parti politik. Sebenarnya wakil parti politik pun SPR lantik jadi penolong pendaftar pemilih. Sebelum itu P Ramasamy menuduh pendaftaran anak perempuannya sebagai pemilih di Semenyih pada 2011 sebagai satu lagi projek pendaftaran pengundi palsu di bandar.

Ramasamy mula sedar perkara itu ketika pulang ke rumah keluarganya di Kajang dan mendapati ada sepucuk surat bertemakan 'Sayangi Selangor' yang didakwa daripada Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Vaitheki, namun anaknya kemudian mengaku tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. Sri Vaitheki, 25, yang sambung belajar peringkat PhD di London mendaftar menggunakan Borang A SPR pada 21 Februari 2011 dengan mengemukakan kad pengenalan beralamat di Kg Tanjung, Semenyih.[5]

Tidak gentar 13 Mei berulang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Julai 2014, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan. Beliau patut didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan ucapan tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang . Ucapan itu sebagai reaksi daripada amaran peringatan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin turut melihat kenyataan Ramasamy dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara. Beliau membuat laporan polis di laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya lebih tegas.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]