Bendera dan jata Kelantan
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Kelantan sahaja.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1923 |
Rekaan | Latar warna merah bersama Bulan sabit dan bintang, Tombak dan Keris yang bertema putih. |
Jata Negeri Kelantan | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Flag or coat of arms (en) |
Diterima pakai | 1924 |
Gencana | Mahkota Kedaulatan Sultan. |
Jabaran | Bulang Sabit, Anak Bintang, Tombak, Keris serta Meriam. |
Penopang/ penyokong | Dua ekor kijang di setiap sisi. |
Cogan kata | Berserah kepada Tuhan kerajaan Kelantan/ برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن |
sunting · sunting di Wikidata |
Bendera Negeri Kelantan
[sunting | sunting sumber]Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejak kurun ke-18 hingga tahun 1912, Kelantan menggunakan bendera putih. Bendera ini menyerupai bendera negeri Terengganu.
Selepas Kelantan menerima kehadiran penasihat British pada tahun 1909 (disebabkan Perjanjian Bangkok 1909). Pada tahun 1910 hingga 1923, Kelantan menggunakan bendera yang berlainan. Bendera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV[2].
Bendera ini direkabentuk daripada kaligrafi ayat Quran yang membentuk seperti gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda Ashabul Kahfi, ada juga yang mengatakan ianya adalah bentuk seekor harimau . Dari selidikan yang dibuat, panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 Surah As-Saff
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (١٣)-Maksudnya: Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Selepas pemansuhan bendera 1912-1923, Kelantan mula menggunakan bendera warna merah-putih baharu pada tahun 1924 semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Bendera ini digunakan secara rasminya hingga kini.
Bendera Diraja dan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bendera Diraja
[sunting | sunting sumber]Kerabat diraja Kelantan mengibarkan panji-panji untuk anggota yang dihormati. Ahli berpangkat tinggi ditetapkan bendera mereka sendiri, manakala yang lain dikumpulkan untuk mengibarkan mana-mana satu daripada tiga bendera. Bendera berbeza mengikut reka bentuk, tetapi biasanya direka sebagai sama ada bendera biasa atau bendera dengan angkat suku panjang.
-
Bendera Tubuh D'Raja Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V)
-
Bendera Tubuh D'Raja Sultan (sebelum Sultan Muhammad V)
-
Bendera Tubuh D'Raja Raja Perempuan
-
Bendera Tubuh D'Raja Tengku Mahkota
-
Bendera Tubuh D'Raja Pemangku Raja
Bendera pentadbiran
[sunting | sunting sumber]-
Bendera tubuh negeri
-
Bendera istiadat
-
Bendera Bendahara
-
Bendera Temenggong
-
Bendera Menteri Besar
-
Bendera Timbalan Menteri Besar
-
Bendera Mufti
-
Bendera Ahli Dewan Undangan Negeri
-
Bendera Setiausaha Kerajaan Negeri
-
Bendera Setiausaha Sulit Sultan
-
Bendera Ketua Istiadat D'Raja
-
Bendera Adikong (Pembantu Peribadi) Sultan
-
Bendera Dato' Bergelar Jawatan
-
Bendera Dato' Bergelar
-
Bendera Kerabat Bergelar Jawatan
-
Bendera Kerabat Bergelar
-
Bendera Kerabat Ampuni
-
Bendera tetunggal negeri dan perang
-
Bendera tetunggal awam
Bendera Jajahan
[sunting | sunting sumber]Jajahan | Bendera | Simbol | Warna | Remarks |
---|---|---|---|---|
Kota Bharu | | Hitam | Ibu negeri | |
Tumpat | Biru Gelap/Biru Tua | Terminus of the KTM East Coast Line. | ||
Pasir Mas | Ungu | |||
Bachok | Biru Cerah | |||
Pasir Puteh | Kelabu | |||
Machang | Hijau | |||
Tanah Merah | Kuning | |||
Jeli | Jingga | |||
Kuala Krai | Hijau Tua | |||
Gua Musang | Merah Jambu | |||
Lojing | Tiada bendera | Hijau Epal |
Jata Negeri Kelantan
[sunting | sunting sumber]Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Bulan sabit dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.
Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
Jata Versi Lain
[sunting | sunting sumber]Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm Klik pautan untuk ke laman asal imej
- ^ Kaligram singa Ali di Kelantan tanda penghormatan keluarga Saidina Ali