K-Clique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
K-Clique
Berasal dariKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenreHip hop
InstrumenVokal
Tahun aktif2014-kini
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records (BHC)
Pengkarya berkait
Alif, MeerFly, Lil J, Alan D, Naim Daniel, Kidd Santhe, Axel, IYB Midnight (MassMusic)
AhliMK
Noki
Tuju
SoMean
KDeaf
FareedPF
Gnello
NastyNas

K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014.[1][2] Ahli kumpulan ini ialah seramai lapan orang, terdiri daripada MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, Nehemia Saliun, Ocon, Azrul Albert dan NastyNas.

Kumpulan ini sebenarnya sudah lama berkarya di negeri kelahiran mereka. Namun baru kini mereka dikenali dalam arena muzik Hip Hop yang semakin mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Selepas meraih populariti ke muzik arus perdana, mereka kini disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar, baik di pasaran muzik tempatan mahupun antarabangsa. Mereka kini bernaung sebagai artis pertama di bawah label Black Hat Cat Records, iaitu syarikat rakaman yang diterajui oleh penyanyi rap Alif yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Sleeq.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun nama kumpulan ini agak asing bagi sesetengah pihak, namun K-Clique sebenarnya sudah lama dikenali di kalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan. Mereka terlebih awal mencipta populariti di negeri Sabah, dengan bergerak secara ‘underground’ menerusi lagu-lagu hits seperti ‘Lane Lain Line’, ‘Sah Tu Satu’, ‘Licik’ dan ‘Warna’ yang sehingga kini sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.

Lazimnya, penyanyi yang memperjuangkan genre Hip Hop lewat ini berada di kalangan mereka yang berjuang secara solo, antaranya Altimet, Joe Flizzow, Caprice, Alif dan SonaOne. Jika ada yang pernah membabitkan diri secara berkumpulan sekalipun, hanya dianggotai secara duo dan trio, atau sejumlah anggaran lima orang. Bagaimanapun, K-Clique mencipta rekod sebagai penyanyi rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu sebanyak 8 orang. Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka kini merupakan artis rakaman syarikat Black Hat Records (BHC) milik penyanyi rap, Alif sebagai artis naungan pertama. Untuk info, BHC ditubuhkan sebagai usaha untuk mengangkat dan memperjuangkan genre 'urban music' di Malaysia.

Tiga anggota kumpulan ini iaitu Tuju, Somean dan MK terbabit dalam projek lagu berjudul 'Bossku’ hasil kolaborasi bersama MeerFly. Single ini sekaligus merancakkan lagi populariti K-Clique di mana video muziknya yang mula dilancarkan di Youtube sejak April lalu sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta.

Kini tampil dengan single pertama bersama syarikat BHC berjudul Mimpi, berduet dengan bintang rap ternama, Alif. Karya ini dikatakan berkisar pengalaman mereka dalam memburu impian bergelar bintang.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • MK
  • Noki
  • Tuju
  • SoMean
  • KDeaf
  • FareedPF
  • Gnello
  • NastyNas

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 MeleTOP Artis undangan Astro Ria
Unplugged Artis undangan

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Ahli
2018 "Lane Lain Line" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Sah Tu Satu" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Memorabilia" (feat. XNADS) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Licik" Tuju
2019 "Warna" Tuju, MK
"Mimpi" (feat. Alif) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Beg 2 Back" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Kamu Okay" Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf
2020 "Kitta Move" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Merais" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Pulang" (feat. AJ) MK, Gnello, SoMean

Sebagai artis undangan/kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul
2019 "BossKu" (MeerFly feat. Tuju, Somean & MK)
"Haa Tepok" (MeerFly feat. MK & Kidd Santhe)
"Noir" (FareedPF feat. Gnello, MK, AxelJonas & IYB Midnight)
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel feat. Tuju)
2020 "X Missing U" (Tuju bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & YonnyBoii)
"Gila" (Noki bersama Kaka Azraff & LOCA B)
"Hati" (AJ feat. Gnello & Noki)
"Peluang Kedua" (Nabila Razali feat. MK)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Muzik Digital Era 2019[4][5]
  • Lagu Featuring Hit - Mimpi (K-Clique feat Aliff)
  • Rappers Paling Onz

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (12 Julai 2019). Perkukuh empayar hip hop Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2020). K-Clique akui bergelut dengan populariti Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (5 Julai 2019). Berkolaborasi dengan Alif, K-Clique muncul dengan Mimpi Astro Gempak. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Januari 2020). EDMA 2019: K-Clique bolot 2 kategori Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  5. ^ #AWANIByte: EDMA: K-Clique Dominasi Muzik Digital, Donde Dinobatkan Lagu Paling Viral Astro Awani (20 Januari 2020). Dicapai pada 19 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]