Kampung Gua, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Gua
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°E / 6.317; 100.717Koordinat: 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°E / 6.317; 100.717[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli Parlimen (Padang Terap)Nurul Amin Hamid (PN)
Aras
62 m (203 ft)
Penduduk
 • Jumlah0 orang
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Gua (Jawi: كامڤوڠ ڬوا), juga dikenali sebagai Kampong Gua merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kanan, di utara Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Gua ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Gua telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Gua telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Gua" turut dipaparkan dan didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 81 (rujukan grid RG4481, dengan nama Kg. Gua).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Gua pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°E / 6.317; 100.717.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Gua secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kanan, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[3][4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bentuk muka bumi kawasan setempat, Kampung Gua terletak di kawasan tanah pamah, di ketinggian dari atas min aras laut mencecah 62 meter (203.4 ka).[2] Perkampungan kecil ini terletak berhampiran dengan kawasan perhutanan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Padang Terap. Terdapat ciri-ciri pandang darat budaya seperti sungai dan bukit yang berhampiran dengan Kampung Gua. Titik tertinggi di persekitaran Kampung Gua ialah terletak di timurnya, yang dikenali sebagai Bukit Gua, dengan ketinggian mencecah 307 meter (1,007.2 ka) dari aras laut. Selain itu, Genting Sempit, merupakan genting yang terletak berhampiran dengan Kampung Gua. Charok Bukit Gua dan Charok Inning (atau Charok Ining) merupakan sungai yang berpunca di Bukit Gua, yang mengalir dari pergerakan timur ke barat, di sepanjang kawasan Kampung Gua.[3][4]

Kampung Gua terletak di bahagian timur laut Daerah Padang Terap dalam bahagian barat Mukim Batang Tunggang Kanan. Petempatan yang terdekat dengan Kampung Gua iaitu, Kampung Jering, Kampung Tabuan, dan Kampung Baroh Tok Bujang di bahagian utara, Kampung Kah Ing di bahagian timur laut, Kampung Surau Seberang, Kampung Surau dan Kampung Padang Kempas di bahagian selatan, Kampung Banggol, Kampung Tandop Tok Smat, Kampung Bukit Ular, Kampung KEDA Bukit Ular di bahagian barat daya, Kampung Kubang Palas di bahagian barat, dan Kampung Ulu dan Kampung Seberang di bahagian barat laut. Pekan yang berhampiran dengan Kampung Gua ialah Pekan Padang Sanai, yang terletak di bahagian barat laut.[2][3][4]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Gua ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Gua untuk tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[5][6]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 10 buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Gua, dengan pola petempatan berjenis petempatan berpusat, dalam peta F.M.S Survery. Disebabkan terletak di kawasan lembah sungai Charok Inning dan terletak di muara Charok Bukit Gua, terdapat beberapa kawasan dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) yang ditanam oleh penduduk setempat.[3][4] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Gua perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7][8] Kawasan perkampungan Kampung Gua kini dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan kelapa sawit, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[9][10]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kampung Gua dahulunya dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 70. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b c "Kampung Gua, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  3. ^ a b c d e f Survey Department, Federated Malay States (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c d e f Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (Mac 1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net – Kampung Ulu, Kedah, Malaysia". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  6. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  9. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  10. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)