Kampung Pedu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pedu
Kampong Pedu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°13′14″N 100°43′08″E / 6.22061°N 100.71878°E / 6.22061; 100.71878Koordinat: 6°13′14″N 100°43′08″E / 6.22061°N 100.71878°E / 6.22061; 100.71878
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
68 m (223 ft)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Pedu (Jawi: كامڤوڠ ڤدو; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Pedu) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Pedu ialah 06300 Kuala Nerang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Pedu telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Pedu telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Pedu turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 69 (rujukan grid RG4469, dengan paparan nama sebagai "Kg. Pedu").[3] Toponim kampung ini iaitu Kampung Pedu telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames. Pengenal pasti Kampung Pedu dalam GeoNames ialah 1765838.[1]

Kedudukan koordinat geografi mengenai Kampung Pedu pula direkodkan dalam gazetir yang bernama, Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada tahun 1944. Gazetir ini telah diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Hydrographic Office, United States Department Of The Navy). Dalam gazetir tersebut, kedudukan koordinat geografi bagi Kampung Pedu terletak di 6°14′N 100°43′E / 6.233°N 100.717°E / 6.233; 100.717.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Pedu secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[3] Kampung Pedu diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Pedu ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 68 meter (223.1 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah Sungai Pedu. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian timur dan tenggara Kampung Pedu. Bukit Bendang Seberang yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 168 meter (551.2 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit yang mempunyai namanya sendiri, terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 3.73 kilometer (2.3 bt) ke arah timur laut dari Kampung Pedu.[1][3][4] Antara saliran yang terletak berhampiran dengan Kampung Pedu ialah Sungai Lajak, Charok Jek atau Charok Chek dan Sungai Pedu. Sungai Lajak dan Charok Jek merupakan anak sungai kepada Sungai Pedu yang berkuala di tenggara Kampung Pedu, berdekatan dengan Bukit Kolam.[3][4]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang dua buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Pedu. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Pedu ialah petempatan berkelompok. Kesemua kediaman manusia di Kampung Pedu dibina di kawasan lembah Sungai Pedu yang pamah. Hampir guna tanah di Kampung Pedu ialah belukar. Terdapat juga tanah di Kampung Pedu yang digunakan untuk aktiviti pertanian. Antara jenis ladang untuk kegiatan pertanian yang terdapat di Kampung Pedu ialah buah-buahan dan kelapa sawit. Terdapat juga kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang) di sekitar lembah-lembah sungai Pedu.[3]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Pedu, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[5] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Kampung Pedu dilitupi dengan tanah yang dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk pembangunan kediaman manusia, tanah pertanian, dan tanah semula jadi, yang sentiasa diairi dengan air hujan.[5][6]

Kejiranan serantau[sunting | sunting sumber]

Kampung Pedu merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Pedu dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Pedu adalah seperti berikut.[1][3]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di kawasan perkampungan Kampung Pedu ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[7] Purata suhu di Kampung Pedu untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Pedu dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Pedu ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[8][9] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Pedu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) – Negeri-negeri Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: United States Goverment Printing Office. m/s. 1–205. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malaya 1:63,360 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/15 (2 ed.). Kedah, Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  4. ^ a b Geographical Section, War Office (1942) (dalam bahasa Inggeris) (Peta). 1:126,720. GSGS 4254: Syit 2. United Kingdom. Dicapai pada 29 Oktober 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Peel, M. C.; Finlayson, B. L.; McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen−Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606.
  8. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  9. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.