Kampung Belukar, Mukim Pedu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Belukar
Kampong Belukar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°14′40″N 100°42′59″E / 6.24437°N 100.71648°E / 6.24437; 100.71648Koordinat: 6°14′40″N 100°42′59″E / 6.24437°N 100.71648°E / 6.24437; 100.71648
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
66 m (217 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Belukar (Jawi: كامڤوڠ بلوكر; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Belukar) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Kampung Belukar ialah 06300 Kuala Nerang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Belukar telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Belukar telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Belukar turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 45 dan garisan timuran 71 (rujukan grid RG4571, dengan paparan nama sebagai "Kg. Belukar").[2] Toponim kampung ini iaitu Kampung Belukar telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 8 April 2023. Pengenal pasti Kampung Belukar dalam GeoNames ialah 12522661.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Belukar secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2] Kampung Belukar diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Belukar ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 66 meter (216.5 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah anak sungai kepada Sungai Kesai. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian utara dan timur Kampung Belukar. Bukit Ular Selatan yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 104 meter (341.2 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 3.17 kilometer (2.0 bt) ke arah barat laut dari Kampung Belukar.[1] Anak sungai kepada Sungai Kesai yang tak bernama yang berkuala di Sungai Kesai di Kampung Tandop Baharu turut menelusuri Kampung Belukar.[2][3]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang dua buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Belukar. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Belukar ialah petempatan berkelompok di suatu kawasan. Terdapat beberapa rumah penduduk dibina di kaki-kaki bukit. Hampir guna tanah di Kampung Belukar ialah belukar. Terdapat juga padang ragut di bahagian utara Kampung Belukar. Di bahagian barat, terdapat kawasan pertanian, yang di mana ditanam sepanjang lembah anak sungai Sungai Kesai yang tak bernama. Di lembah sungai itu, penduduk mengunakan tanah itu sebagai kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang). Di timur kampung ini, terdapat sebuah kawasan perladangan berhampiran dengan lereng bukit yang tak bernama.[2]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Belukar, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[4] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, tanah di kawasan perkampungan Kampung Belukar dilitupi dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[4][5]

Kejiranan serantau[sunting | sunting sumber]

Kampung Belukar merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Belukar dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Belukar adalah seperti berikut.[1][2]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di kawasan perkampungan Kampung Belukar ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di Kampung Belukar untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Belukar dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Belukar ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[7][8] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Belukar, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e f Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/15 (2 ed.). Kedah, Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  3. ^ Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (November 1928) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  5. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Peel, M. C.; Finlayson, B. L.; McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen−Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.