Pija Yasin
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Pija Yasin | |
---|---|
Nama lahir | Norafizah binti Mohd Yasin |
Kelahiran | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2005–2010 |
Pengkarya berkait | Naufara Yasin |
Norafizah "Pija" Mohd Yasin ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau ialah juara Mentor musim pertama dan adik kepada Naufara Yasin.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2005, Pija menjadi salah seorang peserta Mentor musim pertama di TV3, menjadi anak didik Zainal Abidin.[2] Beliau dinobatkan sebagai juara sulung rancangan itu.[3][4] Selepas tamat Mentor, Pija melancarkan EP sulungnya bertajuk Luka di bawah label Sony Music Malaysia. EP ini mengandungi 3 lagu, termasuk lagu bertajuk sama yang dikeluarkan sebagai single. Pada tahun 2008, beliau dan kakaknya, Naufara muncul dengan album duet bertajuk Posh.[5][6]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Datu Anwar Datu Amir Kahar pada 21 Mac 2014.[7]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
EP[sunting | sunting sumber]
- Luka (2005)
Single[sunting | sunting sumber]
- "Luka" (2005)
- "Posh" (2008)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 September 2005). "Pija impak Mentor". Berita Harian. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ Abdul Azis Itar (29 September 2005). "Pija tidak kecil hati dengan Zainal Abidin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ "Pija juara sulung Mentor". Utusan Malaysia. 25 Ogos 2005. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ "Adik Naufara dinobat juara Mentor". Berita Harian. 25 Ogos 2005. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ Wahida Asrani (1 Disember 2008). "Pija & Fara nekad teruskan perjuangan menerusi Posh". mStar Online. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ "Pija Mentor dan Naufara muncul kembali dengan album single". Kosmo!. 26 Disember 2008. Dicapai pada 26 Disember 2013.
- ^ "Pija Mentor hamil empat bulan". Berita Harian. 12 Oktober 2014. Dicapai pada 26 Disember 2014.