Mentor (musim 6)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mentor 6
PengacaraAlly Iskandar
Negara asalMalaysia
BahasaMalaysia
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 Mac 2012 – 10 Jun 2012
17 Jun 2012 (epilog)
MengikutiMentor 5
Diikuti olehMentor 7
Pautan luar
Laman sesawang

Musim keenam rancangan pencarian bakat, Mentor dianjurkan oleh TV3 untuk tahun 2012. Kali ini, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Ferhad, Ella dan Adam dipelawa sebagai mentor untuk membimbing anak didik (protege) masing-masing.

Mentor 6 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam, mulai rakaman ujibakat pada 4 Mac 2012. Seperti biasa, turut diwujudkan segmen Jurnal Mentor setiap Ahad, 7 malam, dan Jurnal Protégé, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam sepanjang pertandingan.

Mentor 6 dijuarai oleh Ella dengan protegenya, Puteri Caroline Mohd Kamel.

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Seperti musim yang lalu, ujibakat Mentor dimulakan dengan sesi khas di Sabah dan Sarawak dengan pihak penerbit sebagai juri, tetapi kali ini dilanjutkan daripada dua kepada empat lokasi. Mereka yang berjaya dalam uji bakat ini akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan uji bakat bersama mentor.

  • 13 Jan 2012 : Hotel Promenade, Tawau, Sabah
  • 15 Jan 2012 : Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah
  • 20 Jan 2012 : Hotel Imperial, Miri, Sarawak
  • 22 Jan 2012 : Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

Ujibakat bersama mentor dilangsungkan di Sri Pentas (stesen TV3) pada tarikh-tarikh yang berikut:[1]

  • Fauziah Ahmad Daud: 4 Februari
  • Faizal Tahir: 6 Februari
  • Ramlah Ram: 11 Februari
  • Ferhad: 12 Februari
  • Ella: 18 Febuari
  • Adam: 19 Februari

Peserta[sunting | sunting sumber]

Peserta Nama penuh Asal Mentor Kumpulan
Tishaa Shanorbiah Shamsir Alam[2] Kelantan Ferhad A
KJ Abdul Kadir Haji Unding Lana Kota Kinabalu, Sabah Adam B
Caroline Puteri Caroline Mohd Kamel Tanah Merah, Kelantan Ella B
Ana Ana Syuhada Noor Asram Shah Alam, Selangor Ramlah Ram A
Zatul Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin Bedong, Kedah Fauziah Ahmad Daud B
Anas Anas Ridzuan Perak Faizal Tahir A

↑a  Protege pilihan Ferhad pada asalnya ialah Salwani Sawi (Wanie) dari Labuan, yang sempat beraksi di Konsert Pengenalan. Bagaimanapun, atas sebab masalah kesihatan, Wanie terpaksa menarik diri lalu diganti dengan Tisha.[3] Tisha pernah menyertai rancangan realiti Audition pada tahun 2004 sebagai "Shanor".

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Wanie menghidap palsi pada sebelah kiri mukanya sewaktu berusia 12 tahun, menyebabkannya sukar untuk bertutur mahupun bernyanyi suatu ketika dahulu. Apapun, beliau dapat bertutur lagi setelah menyenamkan mukanya selama 18 bulan.[4]

KJ pernah menimba pengalaman di kaca TV sebagai peserta pertandingan tarian berkumpulan Showdown 2010 dan Showdown 2011, masing-masing sebagai ahli Borneo Soul Breakerz dan Borneo Crew.

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert Pengenalan (18 Mac 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Wanie – "Lagenda" (Sheila Majid)
  • KJ – "Izinku Pergi" (Kaer)
  • Caroline – "Price Tag" (Jessie J)
  • Ana – "Tanpa Kekasihku" (Agnes Monica)
  • Zatul – "Dokter Cinta" (Dewi Dewi)
  • Anas – "Illusi" (Adira)

Di akhir konsert ini, keenam-enam pasangan mentor dan protege dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Tetapi beberapa hari selepas itu, Wanie terpaksa menarik diri dan diganti dengan Tisha.[3]

Pusingan 1[sunting | sunting sumber]

Cabaran Mentor 6 bermula dengan menggunakan format pemarkahan yang sama seperti musim dahulu (50% juri profesional, 20% juri umum, 30% undian penonton). Satu lagi perbezaan dalam persembahan ialah setiap peserta naik pentas sekali untuk mempersembahkan rantaian lagu secara solo dan berduet dengan mentor masing-masing dalam satu giliran.

Pemenang setiap kumpulan dalam pusingan ini membawa pulang hadiah berupa Ixus sumbangan Canon.

Kumpulan A (25 Mac 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Ana
    • Solo: "Terbang ke Awan" (Ramlah Ram)
    • Duet bersama Ramlah Ram: "Diam-Diam Jatuh Cinta" (Ramlah Ram)
  • Anas
    • Solo: "Kau di Hatiku" (Zainal Abidin)
    • Duet bersama Faizal Tahir: "Insya-Allah" (Maher Zain)
  • Tisha
    • Duet bersama Ferhad: "Rindu Bayangan" (Carefree)
    • Solo: "Kaulah Segalanya" (Ruth Sahanaya)

Edry Abdul Halim mengambil tempat Datuk Ramli MS sebagai juri di samping Datin Sharifah Aini.

Keputusan
  1. Anas: 17 (juri awam) + 45 (juri profesional) + 17 (undian penonton) = 79
  2. Tisha: 14 + 33 + 8 = 55
  3. Ana: 19 + 27 + 5 = 51

Kumpulan B (1 April 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Zatul
    • Solo: "Ketulusan Hati" (Anuar Zain)
    • Duet bersama Fauziah Ahmad Daud: "Wajah Rahsia Hati" (Fauziah Ahmad Daud)
  • KJ
    • Solo: "One in a Million" (Ne-Yo)
    • Duet bersama Adam: "Break Down" (Kim Hyun Joong)
  • Caroline
    • Solo: "Cinta di Ujung Jalan" (Agnes Monica)
    • Duet bersama Ella: "Lagu Rindu" (Ella)
Keputusan
  1. Zatul: 18 + 32 + 4 = 54
  2. KJ: 14 + 25 + 13 = 52
  3. Caroline: 20 + 38 + 13 = 71

Mentor melangkau 8 April untuk membuka laluan kepada siaran langsung majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Pusingan 2[sunting | sunting sumber]

Para protege berduet dengan protege dari kumpulan yang lain. Pemenang setiap kumpulan membawa pulang fon telinga Monster Turbine.

Kumpulan A (15 April 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Anas
    • Solo: "Dewi" (Dewa 19)
    • Duet bersama Caroline: "Keliru" (Nurul dan Ajai)
  • Tisha
    • Solo: "Naluri Lelaki" (Samsons)
    • Duet bersama KJ: "Aku dan Dirimu" (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari)
  • Ana
    • Solo: "Patah Seribu" (Shila Amzah)
    • Duet bersama Zatul: "Someone Like You" (Adele)
Keputusan
  1. Anas: 19 + 33 + 12 = 64 (markah terkumpul: 143)
  2. Tisha: 13 + 22 + 9 = 44 (99)
  3. Ana: 13 + 19 + 9 = 41 (92)

Kumpulan B (22 April 2012)[sunting | sunting sumber]

  • KJ
    • Solo: Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
    • Duet bersama Anas: Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
  • Caroline
    • Solo: Engkau Laksana Bulan (P. Ramlee)
    • Duet bersama Ana: Rolling in the Deep (Adele)
  • Zatul
    • Solo: Anggapanmu (Ziana Zain)
    • Duet bersama Tisha: Awan Nano (Hafiz)
Keputusan
  1. KJ: 18 + 33 + 12 = 63 (115)
  2. Zatul: 17 + 38 + 7 = 62 (116)
  3. Caroline: 18 + 30 + 10 = 58 (129)

Pusingan 3[sunting | sunting sumber]

Para protege berduet dengan artis undangan. Pemenang setiap kumpulan membawa pulang fon telinga Beats.

Kumpulan A (29 April 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Tisha
    • Solo: Bertakhta di Hati (Faradhiya)
    • Duet bersama Aqasha: Obsesiku (Aqasha)
  • Ana
    • Duet bersama Aizat Amdan: Lagu Kita (Aizat)
    • Solo: Rindu (Agnes Monica)
  • Anas
    • Duet bersama Dayang Nurfaizah: Sempurna (Andra and the Backbone)
    • Solo: Love You Like a Love Song (Selena Gomez & the Scene)
Keputusan
  1. Anas: 19 + 39 + 10 = 68 (211)
  2. Ana: 17 + 33 + 12 = 62 (154)
  3. Tisha: 16 + 27 + 8 = 51 (150)

Kumpulan B (6 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

  • KJ
    • Duet bersama Forteen: Berdua Bersatu (Forteen)
    • Solo: Usah Lepaskan (Taufik Batisah)
  • Caroline
    • Solo: Sedetik Lebih (Anuar Zain) + Ku Ada Kamu (Adira)
    • Duet bersama Cliff Omar: Bohemian Rhapsody (Queen)
  • Zatul
    • Duet bersama Shima: Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
    • Solo: Samar Bayangan (Nicky Astria)
Keputusan
  1. Caroline: 16 + 39 + 12 = 67 (196)
  2. Zatul: 16 + 32 + 6 = 54 (170)
  3. KJ: 18 + 23 + 12 = 53 (169)

Pusingan 4[sunting | sunting sumber]

Para protege menyanyikan dua buah lagu (satu rancak, satu perlahan) secara solo sahaja. Ini merupakan pusingan penentuan sebelum peringkat separuh akhir yang mana seorang peserta dari setiap kumpulan tersingkir di akhirnya. Pemenang setiap kumpulan memenangi kamera Canon.

Kumpulan A (13 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Anas
    • Bonda (M. Nasir)
    • Sahabat Selamanya (Padi)
  • Ana
    • Ingkar (Bunga Cinta Lestari)
    • Tentang Rasa (Astrid)
  • Tisha
    • The Climb (Miley Cyrus)
    • Pilihlah Aku (Melly Goeslaw)
Keputusan
  1. Tisha: 18 + 39 + 13 + = 70 (220)
  2. Anas: 17 + 26 + 6 + = 49 (260)
  3. Ana: 15 + 21 + 11 + = 47 (201)

Anas dan Tisha layak ke separuh akhir, sementara Ana tersingkir.

Kumpulan B (20 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

  • Caroline
    • Aku Bukan Untukmu (Rossa)
    • Elang (Dewa 19)
  • Zatul
    • Tak Bisa Memilihmu (6ixth Sense)
    • Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
  • KJ
    • Ombak Rindu (Hafiz/Adira)
    • Sesal Mendua (Klangit)
Keputusan
  1. Zatul: 20 + 39 + 12 + = 71 (241)
  2. Caroline: 19 + 35 + 6 + = 60 (256)
  3. KJ: 15 + 22 + 11 + = 48 (216)

Caroline dan Zatul layak ke separuh akhir, sementara KJ tersingkir.

Separuh akhir[sunting | sunting sumber]

Minggu pertama (27 Mei)[sunting | sunting sumber]

  • Anas
    • Solo: Merisik Khabar (Sudirman)
    • Duet bersama Faizal Tahir: Pelita (A.P.I)
  • Tisha
    • Solo: Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
    • Duet bersama Ferhad: If I Ain't Got You (Alicia Keys)
  • Zatul
    • Duet bersama Fauziah Ahmad Daud: Terukir di Bintang (Yuna)
    • Solo: Sweet Child O' Mine (Guns n' Roses)
  • Caroline
    • Solo: Teruskanlah (Agnes Monica)
    • Duet bersmaa Ella: Don't Speak (No Doubt)
Keputusan

(Markah juri tetap tidak diumumkan, markah-markah ini dibawa ke minggu seterusnya)

  1. Caroline: 18 + 10 = 28
  2. Anas: 20 + 7 = 27
  3. Zatul: 18 + 9 = 27
  4. Tisha: 14 + 4 = 18

Minggu kedua (3 Jun)[sunting | sunting sumber]

  • Caroline
    • Gemilang (Ella)
    • Set Fire to the Rain (Adele)
  • Anas
    • One Thousand Years (Christina Perri)
    • Drama King (Meet Uncle Hussain)
  • Zatul
    • Opera Hidup (Wings)
    • Taman Rashidah Utama (Wings)
  • Tisha
    • Dikir Rambong (Kapilla)
    • Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)
Keputusan

(Markah-markah ini dicampur dengan minggu lepas)

  1. Caroline: 36 + 76 + 19 = 134
  2. Zatul: 37 + 73 + 17 = 127
  3. Anas: 37 + 70 + 15 = 122
  4. Tisha: 31 + 46 + 9 = 86

Maka Caroline, Zatul, Anas dan mentor masing-masing mara ke peringkat akhir, sementara Tisha dan Ferhad tersingkir.

Akhir (10 Jun)[sunting | sunting sumber]

Konsert akhir Mentor 6 membuka tirai dengan persembahan oleh kelima-lima mentor juara musim lalu (Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ziana Zain, Erra Fazira), diikuti oleh ketiga-tiga pasangan finalis protege dan mentor.

Malam konsert akhir terbahagi kepada tiga pusingan, yang mana setiap protege dikehendaki menyanyikan satu lagu lama secara solo, satu lagu lama dengan berduet dan satu lagu baru ciptaan penggubah terkenal. Barisan juri dibantu oleh Azmeer dan Amy Search.

Pusingan 1
  • Anas – Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  • Zatul – Pelesit Kota/Pawana (Search)
  • Caroline – My Love (Justin Timberlake)/I Don't Wanna Miss a Thing (Aerosmith)

Dalam selingan antara pusingan 1 dan 2, diadakannya pertandingan kecil buat peserta ujibakat yang tidak berjaya mengisi tempat protege. Dua finalis dipilih oleh undian penonton di Internet, iaitu Shaz dan Najua Nasir (cucu P. Ramlee). Penilaian akhir dibuat oleh juri sahaja, dan Najua menang dengan undian 3 lawan 1.

Pusingan 2
  • Anas dan Hazama – Selamat Malam (Faizal Tahir)
  • Zatul dan Ziana Zain – Nakal (Gigi)/Sedang Ingin Bercinta (Dewa)
  • Caroline dan Azlan (Typewriter) – Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza)
Pusingan 3
  • Anas – Hanya Dirimu (gubahan Omar K, Audi Mok; lirik oleh Faizal Tahir)
  • Zatul – Tinggalkan Yang Lalu (ciptaan Manusia Putih)
  • Caroline – Melawan Arus Cintamu (ciptaan Ajai)
Keputusan
  1. Caroline: 15 + 43 + 13 = 71
  2. Zatul: 17 + 34 + 9 = 60
  3. Anas: 16 + 26 + 8 = 50

Maka Ella dan Caroline menjuarai Mentor 6, sekaligus merangkul wang tunai sebanyak RM100,000, sementara Ogy dan Zatul selaku naib juara merangkul RM30,000.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ujibakat Mentor 6 Terima Sambutan Luar Biasa, gua.com.my, 6 Feb 2012. Dicapai pada 4 Mac 2012.
  2. ^ [ http://www.gua.com.my/berita-artis/Siapa_Tisha_Protege_Pengganti_Ferhad.html Siapa Tisha, Protege Pengganti Ferhad?], gua.com.my, 26 Mac 2012.
  3. ^ a b Protege Ferhad Terpaksa Tarik Diri!, gua.com.my, 23 Mac 2012.
  4. ^ Singing facial palsy away, DailyChilli.com, 14 Mac 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]