Puteri Caroline

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Caroline
Kelahiran
Puteri Caroline binti Mohd Kamel

(1992-05-29) 29 Mei 1992 (umur 31)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2012–kini (dalam pengunduran selama tidak terbatas)
SaudaraLady Cacabella (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, pop rock, balada
InstrumenVokal

Puteri Caroline Mohd Kamel (lahir 29 Mei 1992) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum menerusi rancangan TV realiti Mentor musim keenam, menyandang gelaran juara pada 2012.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Puteri Caroline mengambil bahagian dalam rancangan TV realiti, Mentor musim keenam, menjadi anak didik Ella.[4][5] Pada konsert minggu terakhir, beliau mempersembahkan lagu baru bertajuk "Melawan Arus Cintamu" hasil ciptaan Ajai. Persembahan beliau mencuri perhatian penonton yang menyaksikan persembahanya secara langsung, akhirnya dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.[6][7][8][9]

Mentor (musim 6)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan beliau di Mentor 6:

Persembahan dan keputusan Mentor 6
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Price Tag" Jessie J SELAMAT
Minggu 2 Battle Solo: "Cinta Di Ujung Jalan"
Duet: "Lagu Rindu" (bersama Ella)
Agnes Monica
Ella
SELAMAT
Minggu 3 Solo: "Engkau Laksana Bulan"
Duet: "Rolling in the Deep" (duet bersama Ana)
P. Ramlee
Adele
SELAMAT
Minggu 4 Solo: "Sedetik Lebih" dan "Ku Ada Kamu"
Duet: "Bohemian Rhapsody" (bersama Cliff Umar)
Anuar Zain dan Adira
Queen
SELAMAT
Minggu 5 Suku Akhir "Aku Bukan Untukmu"
"Elang"
Rossa
Dewa 19
SELAMAT
Minggu 6 Separuh Akhir "Teruskanlah"
"Don't Speak"
Agnes Monica
No Doubt
SELAMAT
Minggu 7 "Gemilang"
"Set Fire to the Rain"
Ella
Adele
SELAMAT
Minggu 8 Grand Finale "My Love"
"I Don't Wanna Miss A Thing"
Justin Timberlake
Aerosmith
JUARA
"Kau Kekasihku" (duet bersama Azlan & The Typewriter) Siti Nurhaliza
"Melawan Arus Cintamu" (lagu baru) Dirinya sendiri

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan. Adiknya, Lady Cacabella meninggal dunia pada Februari 2020 akibat dibunuh.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
  • "Melawan Arus Cintamu" (2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rozdan Mazalan (11 Jun 2012). "Puteri Caroline juara Mentor 6". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2012.
  2. ^ Budiey (11 Jun 2012). "Pememang juara Mentor 6 Caroline". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  3. ^ Rosli Manah (23 Mac 2012). "Caroline Mentor 6 dapat perhatian". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 27 Mac 2018.
  4. ^ "Ella dan Puteri Caroline kongsi kisah peribadi". Sabah Daily. 18 April 2012. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  5. ^ Wahiduzzaman (15 Mac 2012). "Sifat misteri Puteri Caroline pikat hati Ella". mStar Online. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  6. ^ "Juara Mentor 6 milik Puteri Caroline". Utusan Malaysia. 11 Jun 2012. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  7. ^ "Puteri Caroline dinobat juara Mentor 6". Kosmo!. 11 Jun 2012. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  8. ^ "Anak didik Ella, Puteri Caroline juara Mentor 6". Harian Metro. 11 Jun 2012. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (11 Jun 2012). "Caroline juara Mentor 6, bawa pulang RM100,000". mStar Online. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  10. ^ "Adik juara Mentor 6 Puteri Caroline ditemui mati, dipercayai ditikam teman lelaki". mStar Online. 5 Februari 2020. Dicapai pada 25 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]