Fareez Fauzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Fareez Fauzi
Kelahiran
Muhammad Fareez Hazwan bin Mohd Fauzi

(1997-05-05) 5 Mei 1997 (umur 24)
Nama lainFareez Hazwan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
  • pelakon
Tahun aktif2016–kini
PasanganNurwathiqah Abd. Wahab (k. 2020)
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Qody Rany

Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi (lahir 5 Mei 1997) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula meraih perhatian menerusi rancangan realiti Mentor Milenia, memenanginya pada 2016.[3][4] Beliau ialah anak kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati.[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Fareez terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Mentor Milenia 2016 antara lain turut disertai oleh Qody Rany dan Haqiem Rusli. Beliau menjadi anak didik Hazama,[7] dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.[3][8][9] Selepas tamat Mentor Milenia 2016, beliau muncul dengan single sulungnya, "Lagu Radio" namun kurang mendapat sambutan. Beliau juga pernah bekerjasama dengan Haqiem menghasilkan lagu "Aku Yang Bersalah" nyanyian Usop.[10][11] Fareez melancarkan single keduanya, "Bersamamu" selepas dua tahun disekat.[12]

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Fareez juga berkecimpung dalam bidang lakonan,[13] dengan membuat penampilan sulungnya dalam filem seram psikologi Hospital (2017) arahan Azaromi Ghozali. Beliau juga pernah membuat penampilan khas dalam drama Cinta.[14] Seterusnya muncul dalam filem Badang arahan A. Razak Mohaideen, dibintangi oleh usahawan, Aliff Syukri Kamarzaman.[6] Beliau kemudian berlakon dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa dengan memegang watak sebagai Malek.

Mentor Milenia 2016[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Fareez dalam Mentor Milenia 2016:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Battle "Wanita Seluruh Dunia" Projek Pistol SELAMAT
Minggu 2 "Rindu Serindu-Rindunya" Spoon SELAMAT
Minggu 3 "Bila Tiba" Ungu SELAMAT
Minggu 4 "Karam" Zabarjad SELAMAT
Minggu 5 Separuh Akhir Duet bersama Eyza Bahra:
"Berhenti Berharap"
"Mentera Semerah Padi"
Sheila on 7
M. Nasir
SELAMAT
Minggu 6 Akhir "Drama King"
"Hilang Naluri"
Meet Uncle Hussain
Once Mekel
JUARA
Duet bersama Hazama:
"Apokalips"
"Aku Juga Manusia"
M. Nasir
Amir Jahari

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fareez ialah anak kedua pelakon, Fauzi Nawawi daripada perkahwinan pertama bapanya. Lisdawati ialah ibu tirinya.[15]

Beliau berkahwin dengan gadis pilihannya, Nurwathiqah Abd. Wahab pada 20 Disember 2020.[16][17] Pasangan ini bertunang pada 12 September, iaitu dua bulan sebelum berkahwin.[18] Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ibu kandung Fareez, iaitu bekas isteri Fauzi bagaimanapun tidak dapat hadir di majlis perkahwinan beliau kerana berada di Baling, Kedah.[19]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tajuk Tahun
"Lagu Radio" 2016
"Lebaran Kejayaan" (bersama Qody Rany)
"Bersamamu" 2017
"Sedar" 2019

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan Ruj.
2017 Hospital Filem seram arahan Azaromi Ghozali
2018 Badang Fareez Filem adiwira arahan A. Razak Mohaideen [6]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Cinta Dirinya sendiri Penampilan khas
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Malek Astro Ria
Kampung Kolestrol Jai TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Mentor Milenia 2016 TV3 Sebagai peserta
2021 Famili Duo Bersama bapanya, Fauzi Nawawi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (6 Mei 2019). "Fareez tak patah semangat". Berita Harian. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  2. ^ "Fareez sukar pahat nama". Media Permata. 31 Januari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  3. ^ a b Farhana Ab Rahman (6 Mac 2016). "Fareez muncul juara Mentor Milenia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  4. ^ "Fareez cepat memberontak". Berita Harian. 27 Januari 2020. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  5. ^ "Fareez tidak bertingkah dengan bapa". Berita Harian. 20 Mac 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  6. ^ a b c Mohd Al Qayum Azizi (21 Januari 2017). "Fareez Fauzi akur ibu bapa membantu kerjaya". mStar Online. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  7. ^ Budiey (18 Januari 2016). "Fareez, anak Fauzi Nawawi kini protege Hazama dalam Mentor Milenia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  8. ^ "Anak Fauzi Nawawi, Fareez diumum juara Mentor Milenia". mStar Online. 6 Mac 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  9. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Mac 2016). "Fareez juara Mentor Milenia". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  10. ^ Norhayati Nordin (10 Mac 2019). "Fareez tempuh onak liku". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  11. ^ Norhayati Nordin (11 Februari 2019). "Fareez tak ralat beri Usop lagu". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2019.
  12. ^ Ifqdar Rahman (17 Mei 2018). "Dua tahun disekat, Fareez Fauzi kembali dengan Bersamamu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  13. ^ Ashraf Nasser (26 Jun 2017). "Fareez Fauzi ikut jejak langkah ibu bapa". Cinema Online. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Jun 2017). "Fareez 'enjoy' berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  15. ^ Nor Eryani Yusop (20 Disember 2020). "Anak Fauzi Nawawi, penyanyi Fareez Fauzi selamat bernikah". Kosmo!. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  16. ^ Syafiqah Jalal (20 Disember 2020). "Penyanyi Fareez Hazwan, anak Fauzi Nawawi bernikah di usia 23 tahun". Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  17. ^ Wawann Mohd (20 Disember 2020). "Fareez Fauzi selamat bergelar suami". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  18. ^ Sudirman Mohd Tahir (20 September 2020). "Fareez Fauzi nikah November ini". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  19. ^ Sudirman Mohd Tahir (20 Disember 2020). "Fareez Fauzi selamat bernikah". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]