Pertubuhan Kesihatan Sedunia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Kemas kini
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
'''Pertubuhan Kesihatan Sedunia''' ({{Jawi|'''ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا'''}}; , '''WHO''') merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.
{{Kotak info pertubuhan
| nama_jawi = ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا
| subsidiari = {{Senarai boleh lipat
| tajuk = {{nobold|Senarai}}
| {{#invoke:Wikidata|getValue|P355|FETCH_WIKIDATA}}
| koordinat = {{koord|46|13|57.94|N|6|8|3.66|E}}
}}
}}
'''Pertubuhan Kesihatan Sedunia''' ({{Jawi|'''ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا'''}}; {{lang-en|World Health Organisation}}, '''WHO''') merupakan agensi [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.


WHO bertanggungjawab untuk [[Laporan Kesihatan Sedunia]], Kajian Kesihatan Sedunia, dan [[Hari Kesihatan Sedunia]]. Ketua Pengarah WHO, [[Tedros Adhanom]], juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan [[Habsyah]] dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.<ref>{{cite web |url=http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2017/tedros-director-general/en/ |title=Dr Tedros takes office as WHO Director-General |date=1 Julai 2017 |publisher=Pertubuhan Kesihatan Sedunia}}</ref>
WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.


== Struktur Organisasi ==
== Struktur Organisasi ==

Semakan pada 23:10, 3 November 2023

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Jawi: ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا; , WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.

Struktur Organisasi

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Ketua Pegawai Eksekutif
Nr Ketua Pengarah Negara Masa Tempoh[1]
9 En. Tedros Adhanom  Habsyah 2017–kini ...
8 Pn. Margaret Chan  Hong Kong 2007–2017
7 En. Anders Nordström  Sweden 2006–2007, sementara
6 En. Lee Jong-wook  Korea Selatan 2003–2006 († 22/5/2006)
5 Pn. Gro Harlem Brundtland  Norway 1998–2003
4 En. Hiroshi Nakajima  Jepun 1988–1998
3 En. Halfdan T. Mahler  Denmark 1973–1988
2 En. Marcolino Gomes Candau  Brazil 1953–1973
1 En. Brock Chisholm  Kanada 1948–1953
WHO Executive Board (34 pengguna)
Masa Tempoh Afrika Eropah Timur
Mediterranean
Timur dan
Asia Selatan
Pasifik Barat Amerika
2017-2020
[2]

 Algeria
 Burundi

 Belanda
 Turki

 Libya

 Bahrain
 Bhutan

 Fiji
 Vietnam

 Colombia
 Jamaica
 Mexico

2015-2018
[3]

 Congo

 Perancis
 Sweden

 Jordan
 Malta
 Pakistan

 Kazakhstan

 New Zealand
 Filipina
 Thailand

 Kanada
 Republik Dominika

2014-2017

 RD Congo
 Gambia
 Liberia

 United Kingdom
 Rusia

 Eritrea
 Kuwait

   Nepal

 China

 Amerika Syarikat

2013-2016

 Namibia
 Afrika Selatan

 Albania
 Andorra

 Mesir

 Korea Utara
 Arab Saudi

 Jepun
 Korea Selatan

 Argentina
 Brazil
 Suriname

Keahlian

Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci (Kota Vatican) merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.

Peranan

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.

WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

Kewangan

WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.

Rujukan

  1. ^ WHO Presidents
  2. ^ WHO Executive Board members 2017. Diperolehi 15/04/2017.
  3. ^ WHO Executive Board members 2015 Diperolehi 15/11/2015.

Pautan luar