Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Baris 305: Baris 305:


==Perbezaan antara perdebatan dan pengundian==
==Perbezaan antara perdebatan dan pengundian==
Saya mendapati bahawa terdapat setakat kekeliruan terhadap pemahaman antara '''perdebatan''' dan '''pengundian''' apabila Yosri berkata: "Kalau jelas seperti : Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point"."

Dari segi '''pengundian''', seseorang yang berlayak mengundi hanya diperlukan memberi pendiriannya tanpa mengemukakan sebarang alasan. Mungkin alasan-alasan yang mendasari pendiriannya itu munasabah atau tidak, tetapi itu tidak mustahak. Selain itu, perasaan peribadi serta sikap berat sebelah juga boleh diterima untuk mencapai keputusan.

Sebaliknya, '''perdebatan''' juga bertujuan untuk mencapai pemahaman, selain daripada keputusan. Kekadangnya, keputusan tidak sepenting dengan pengundian. Seseorang mungkin membantah sesuatu pendirian pada mula-mulanya kerana pendiriannya berdasarkan fakta-fakta yang salah ataupun tidak lengkap. Maka dengan mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh para peserta yang lain, seseorang mungkin akan mengubah pendiriannya yang asal. Umpamanya, Jay mengubah pendiriannya terhadap pelucutan jawatan Ychmatematik selepas mendengar alasan-alasan yang saya kemukakan di halaman [[Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan Ychmatematik untuk sysop 23 Mac 2007#Undian#Sokongan|Wikipedia: Penyelia]], walaupun itu merupakan suatu pengundian dan bukannya suatu perdebatan. Kalau dia tidak mengubah pendiriannya selepas menyedari "kesilapan"nya, dia tidak salah juga kerana itu hanya merupakan sebuah pengundian.

Walaupun demikian, saya harus berkata bahawa perubahan pendirian bukannya sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan setakat rendah hati yang banyak orang tidak mempunyai. Banyaknya yang akan menekan minyak sahaja walaupun mereka sedar akan kesilapan mereka. Mereka tidak akan mengaku salah kerana keangguhan. Keangguhan adalah sesuatu yang tidak dapat diatasi dengan mudah. Dalam suatu perdebatan di USM, adik Lim Chong Yu (namanya saya terlupa tetapi dia seorang arkitek) dengan angkuhnya berkata: "''I agree with you only because you agree with me'' ".  Mungkin kenyataannya itu bertujuan untuk dijadikan suatu jenaka tetapi jika demikian, dia kelihatan gagal dengan begitu teruk kerana wajahnya mengesahkan keangkuhannya. Tetapi peserta-perserta semacam ini memang licik. Jika dituduh, dia memang akan bercakap bahawa dia hanya berjenaka dan kamu terlalu peka, sebagaimana dengan salah seorang penyelia di portal ini yang kini mungkin akan mengalami takdir yang dialami oleh Ychmatematik. Oleh itu, Jay ialah salah satu spesies yang amat luar biasa.

Berdasarkan pengalaman saya dalam forum-forum internet, saya benar-benar tidak pernah menemui seorang seperti Jay. Ini bukan cakap bohong. Umpamanya, tahukah anda tentang perdebatan yang begitu hebat pada pertengahan tahun 2006 (atau sekitarnya) terhadap hak cipta gambar akhbar yang ditentang dengan begitu hebat oleh John MK Lee dan Yosri. Adakah mereka pernah mengaku kesilapan pendirian mereka setakat ini, walaupun halaman [[Istimewa:Upload|Muat Naik]] kini nyata merangkumi banyak pilihan, termasuknya "Kegunaan adil" yang membenarkan gambar akhbar digunakan, dan bukannya Perlesenan GNDL sahaja. Saya bukannya cakap bohong kerana adanya Nixon files di Arkib Kedai Kopi yang dapat membuktikan apa yang saya kata.

Selain itu dalam sesuatu perdebatan, perasaan serta sikap berat sebelah tidak boleh ditunaikan. Semua pendirian harus berdasarkan fakta dan alasan. Tanpa fakta atau alasan yang munasabah, sesuatu pendirian akan ditewaskan dengan begitu teruk. Inilah perbezaan yang paling besar antara perdebatan dan pengundian. Oleh sebab itu, tajuk seperti: "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak)" tidak boleh digunakan untuk perdebatan, hanya untuk pengundian.

Tambahan pula, seseorang penganjur yang memulakan sesuatu perdebatan mungkin juga akan mengubah pendiriannya selepas mendengar alasan-alasan dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh para peserta. Kekadang juga, suatu keputusan yang lebih baik akan muncul daripada perdebatan itu yang awal-awal tidak pernah difikir oleh sebarang penyerta, termasuk penganjur pada dirinya. Inilah manfaat perdebatan, bukannya untuk mengukuhkan keangkuhan atau pendirian peribadi. — [[Pengguna: PM Poon|PM Poon]] 22:18, 6 April 2007 (UTC)

Semakan pada 22:18, 6 April 2007

  
    سلامت داتڠ ککداي کوڤي ويکيڤيديا بهاس ملايو


   Selamat datang ke Kedai Kopi
Wikipedia Bahasa Melayu


Lihat juga >> Tetamu · Penyelia · Soalan

Seperti namanya, Kedai kopi, halaman ini ialah tempat untuk para ahli Wikipedia berkumpul dan berbincang tentang isu-isu dasar, teknikal dan pengendalian Wikipedia. Selain itu, ia juga menjadi laman untuk ahli menyatakan cadangan, meminda atau memansuhkan dasar Wikipedia Bahasa Melayu melalui proses pengundian. Kedai Kopi dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kedai kopi (dasar), kedai kopi (cadangan), kedai kopi (teknikal) dan kedai kopi (lain-lain). Setiap bahagian mempunyai fungsi perbincangannya. Ahli dinasihatkan untuk berbincang pada bahagian yang telah ditetapkan itu.

Walau bagaimanapun, diingatkan:

  • Untuk komen-komen tentang sesebuah rencana, sila gunakan pautan "Perbincangan" pada laman rencana tersebut.
  • Wikipedia bukanlah sebuah syarikat. Penyumbang Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Mereka ialah sukarelawan yang bebas menyumbang di Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, sebaliknya sumbangan anda bagi tabung penyelenggaraan amat dihargai.
  • Wikipedia bukan tempat iklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
  • Perbincangan yang tidak berkaitan akan dipadam.
  • Sila tinggalkan tandatangan dan tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dengan cap waktu pada bar peralatan penyuntingan).

Catatan: Jika perkara yang anda hendak sampaikan berkenaan hal InterWiki, sila ke Kedutaan.

Bahagian Kedai Kopi
Bincangkan mengenai dasar-dasar yang sedia ada atau yang diusulkan di sini
Bincangkan mengenai dasar-dasar yang sedia ada atau yang diusulkan di sini

Dasar

Memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat
Memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat

Cadangan

Bincangkan mengenai isu-isu teknikal di sini
Bincangkan mengenai isu-isu teknikal di sini

Teknikal

Bincangkan mengenai topik-topik yang tidak berkaitan dengan kategori lain
Bincangkan mengenai topik-topik yang tidak berkaitan dengan kategori lain

Lain-lain

Kembali ke muka utama Kedai Kopi


Penamaan Rasmi

Mengikut saranan Pengguna:Yamahaboy81, nama-nama rencana berikut perlu ditukar. Berikut adalah diskusi di Laman perbualan beliau. Saya ingin mendapatkan pandangan lebih ramai pihak. Sila beri komen/


Kalau anda mempunyai masa lapang, bolehkah anda menukar nama:

  • Kuala Lumpur Sentral kepada Stesen Sentral Kuala Lumpur (nama rasmi stesen) atau KL Sentral.
    • tidak setuju kerana Kuala Lumpur Sentral[1] (nama rasmi) adalah merujuk kepada kompleksnya yang termasuk KL CAT, Stesen Sentral Kuala Lumpur (LRT+komuter+antarabandar), kompleks membeli-belah , bangunan pejabat, dan apartment (ketiga-tiga masih tidak dibina lagi).
    • Kekal. ...Aurora...
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Lapangan Terbang Antarabangsa KL (nama rasmi).
    • Baru saya menyedari akan keadaan ini. Saya setuju.
    • Tukar. ...Aurora...
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (nama rasmi).
    • Bila ya mereka tukarkan kepada Penang International Airport. sigh. Saya setuju pertukarannya
    • Tukar. ...Aurora...
    • Saya ini anak jati orang sana, Penang. Tak taulah pulak airport yang saya dok naik tu sudah ditukar namanya pule. Tak perasan kot. Tapi takpelah kalau dah ditukar nak buat macam mana. Tapi kami mewakili orang utara sudah mesra dengan panggilan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Maaflah ye kalau ada yang tak faham dengan loghat ni tapi loghat ini bukannya dibuat-buat tapi 'slangnya' bagi orang utara memang macam inilah disebut tapi mungkin bahasa saya tak 'pekat' sangat macam orang utara asli. Apapun mungkin sebutan loghatnya tidak disahkan dalam kamus DBP. hehehe.-Didie 09:17, 6 April 2007 (UTC)[balas]
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail

Nama rasmi lapangan terbang di Malaysia boleh dirujuk di laman sawang Malaysia Airports Holdings Berhad. I think we should get it right and standardize the name.

Trimas n salam.Yamahaboy81 10:25, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya akan ajukan saranan anda di Kedai Kopi. Ini kerana hal ini menyentuh hal-hal yang mungkin kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Terima kasih. --Zack2007 11:22, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ok then. Thanks. However that ms wiki article is confusing... "Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) atau Sentral Kuala Lumpur merupakan stesen kereta api utama di Kuala Lumpur yang dibuka pada 16 April 2001 untuk menggantikan Stesen Keretapi Kuala Lumpur" ... merupakan stesen kereta api utama??? lebih mudah difahami jika... Kuala Lumpur Sentral adalah projek pembangunan hartanah bersepadu yang merangkumi Stesen Sentral Kuala Lumpur blah blah blah n pot pet pot pet. Anyway, hotel, beberapa bangunan pejabat n kondominum (Suasana Sentral) already completed.

Jika anda baca About Us laman sawang Senai Airport... i'm quote "Sultan Ismail International Airport also known as Senai International Airport". No need to argue... it's their official name. Jadi apa kegunaan redirect n etc? It's not about popular or not. Star LRT/Putra LRT terma yang popular dikalangan umum. Jarang orang KL guna "saya pergi ke kerja dengan Aliran Kelana Jaya"... most of them akan cakap "naik putra or lrt". same goes to ERL.

Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang digunapakai sejak lapangan terbang tersebut siap dinaik taraf bagi mengantikan nama Lapangan Terbang Bayan Lepas. Semua nama lapangan terbang antarabangsa di Malaysia menggunakan nama tempat/bandar kecuali Sultan Ismail, JB yang baru diberi gelaran antarabangsa.Yamahaboy81 11:57, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]


Sila komen di bawah subheading rencana yang dipersoalkan itu. Terima kasih. --Zack2007 03:20, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

Hak Istimewa Orang Melayu/Bumiputra

Saya perlu bantuan, terutama kepada orang yang mempunyai sumber yang sahih, melihat kepada keadaan sekarang orang sedang giat menentang dan menukar fakta, kalau kita tak sertai dan menulis artikel ini mungkin fakta akan berubah.

Saya akan mengutarakan isi kandungan yang saya miliki, saya perlukan isi yang banyak oleh itu bantulah saya memperkayakan maklumat ini. Hasilnya akan diterjemah kedalam Bahasa Inggeris.

Saya hanya mempunyai satu buku lama, tentang pemerintahan Tanah Melayu/Malaya sebelum Malaysia.

Hak-hak Istimewa orang Melayu di Tanah Melayu

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(?bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.
  2. Jawaran dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tolong Saya perlukan penambahan. Satu lagi persoalan, adakah hak-hak ini sama sehingga sekarang? adakah terdapat perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Malaysia.

Rujukan

  • Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

towaru --60.52.52.165 15:25, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

Wikipedia bukanlah medan untuk perdebatan. Ia hanya melapurkan fakta berasaskan sumber lain yang telah disahihkan. Oleh itu sila bezakan antara pendapat dengan fakta menurut turutan rencana yang bersesuaian. Sila berikan rujukan sekiranya membuat dakwaan yang kurang diketahui ramai. Bagaimanapun telah terdapat beberapa pindaan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah parti Barisan Nasional, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, antaranya akta pengambilan tanah (kerajaan berhak mengambil tanah sekiranya ditakrifkan sebagai kepentingan umum), pengurangan hak istimewa (kekebalan) raja-raja. Sila rujuk lapuran akhbar dan rekod arkib untuk rekod yang lengkap sekiranya berminat. Mungkin ada yang berminat menulis rencana tersebut. Yosri 10:02, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]

terima kasih, mungkin saya akan cuba, tapi kalau apa-apa pun, kalau ada sesiapa yang berminat dan mempunyai sumber yang sahih boleh merujuk dan mengisi disini Hak-hak istimewa orang Melayu.

Minta tukar fakta Tok Guru Pulau Ubi, tokoh Ulama' nusantara

Salam..


Saya adalah cicit kepada Tok Guru Pulau Ubi, Tuan Guru Hj. Yusuf Abd. Rahman.Moyang saya tersenarai dalam bahagian tokoh islam - ulama' nusantara.

Saya dukacita apabila di pemulaan pengenalan kepada moyang saya ditulis "tokoh yang mengembangkan SYIAH ISLAM...". Amat besar sekali perbezaan ini kerana setakat yang diketahui daripada sejarah hidup juga keilmuannya, tidak pernah moyang saya menganut atau mengamal apa-apa ajaran SYIAH. Saya percaya perkataan asal yang berhak ditulis ialah SYIAR. Saya amat berharap pihak pengendali dapat membetulkan fakta ini dengan kadar seberapa segera.

Wallau a'lam.

Kami memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan. Di masa akan datang, anda boleh membantu dengan membaiki laman tersebut secara langsung. Yosri 04:35, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ada sesiapa yang tahu ke mana pergi logo kita. Ni hot ni.. Yosri 11:07, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya berjaya muat naik gambar Perigi Hang Li Poh tetapi versi saiz kecil tidak dapat dipaparkan dalam rencana. Kalau mengikut perisian Wikimedia peribadi saya, perisian ImageMagick harus dilarikan semula. — PM Poon 17:28, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]
Bukan ke Hang Li Po ke? (tanpa h)--Zack2007 04:36, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Yelah Yosri, logo di ms.wiki ini telah hilang. Logo ini hilang ke mana. Saya rasa patut kita check perisian MS.Wikipedia ini dan lihat ada pencerobohankah? Harap tindakan diambil segera. MUSTAHAK BETUL!!!!!-Didie 05:15, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Bukan saja logo, ada sesetengah image juga tak keluar. Saya periksa dalam WIKI english, image yang sama pun tak keluar. Pada mulanya, saya ingat saya seorang saja yang mengalami masalah dengan sesetengah image. - Jay 05:32, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]
Saya tak rasa ada pencerobohan, tetapi masaalah perisiannya. Ini kerana sesetengah gambar yang baru muat naikpun tak nampak. Yosri 06:43, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Kemungkinan masalah pada server wikimedia. — Master2841 07:36, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]


Hai Zack, sebenarnya saya juga berpendapat bahawa ejaan yang betul ialah Hang Li Po. Tetapi saya tidak berani menukarkan ejaan Perigi Hang Li Poh kerana sejauh yang saya tahu, dia tidak ada nama Inggeris, hehehe. Entah orang Melaka panggil dia apa.... Hang Ipoh atau apa.

Dari halaman rawak, saya mencapai rencana itu dan mendapati bahawa gambarnya terlalu kecil. Apabila saya menggandakan saiznya, saya mendapati bahawa gambar itu tidak dapat dipaparkan jika saiznya dikecilkan. — PM Poon 05:54, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia

Saya mendapati bahawa Polar baru-baru ini telah memadamkan banyak rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia ke portal ini. Perkara ini sekali lagi membuat saya tertanya-tanya. Adakah Bahasa Indonesia suatu kelainan bahasa Melayu atau tidak. Jika ya, rencana-rencana itu patut diterima, sebagaimana dengan Wikipedia bahasa Inggeris yang menerima kedua-dua kelainan bahasa Inggeris Amerika serta bahasa Inggeris Inggeris. Tambahan pula, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia juga dapat saling difahami, berbanding dengan contohnya, bahasa Jawa.

Apa yang mungkin boleh dibuat ialah untuk membubuh teg yang sesuai (bukan teg sekarang yang menolak bahasa Indonesia) untuk rencana yang disalin daripada Wikipedia bahasa Indonesia, dengan teg tersebut dihapuskan ketika terdapat pengguna yang menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu Malaysia.

Saya pernah menterjemahkan beberapa rencana bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu dan mendapati bahawa apa yang perlu diubah biasanya tidak melebihi 10-20% daripada isi kandungan. Terdapat banyak juga perkataan yang jarang digunakan di Malaysia tetapi adalah perkataan Melayu yang sah dan yang telah diterima oleh Dewan Bahasa dalam Kamus Dewan.

Saya berasa bahawa berbanding dengan hanya menolak rencana-rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia, kita harus mempertimbangkan perkara ini dengan sungguh-sungguh supaya dapat memperkembangkan portal ini dengan lebih pesat. Berdasarkan pengalaman saya di portal ini sejak November 2005, saya berasa Malaysia (atau dunia Melayu sebagaimana yang diterima oleh sesetengah pengguna Wikipedia bahasa Melayu) tidak mempunyai banyak orang yang sudi menulis rencana. Selain daripada sebilangan tahi ayam, yang paling tekal dalam penulisan rencana di kalangan pengguna lama ialah Yosri dan Polar. Aurora serta Master2841 memang rajin menjalankan tugas pentadbiran tetapi mereka jarang menulis.

Jika bahasa Melayu Malaysia sanggup menyerap perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang asing, saya tidak faham mengapa bahasa saudara Indonesia tidak boleh diterima. Kan rencana Bahasa Melayu dalam portal ini menyatakan:

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

Jika portal ini dipanggil Wikipedia bahasa Malaysia, memang bahasa Indonesia tidak boleh diterima. Akan tetapi portal ini bukannya Wikipedia bahasa Malaysia, tetapi Wikipedia bahasa Melayu. Dengan ini, saya berharap bahawa perkara ini dapat diberikan pertimbangan yang wajar agar matlamat Yosri untuk menambahkan lagi banyak rencana (jika bukan 100,000 buah) dalam portal ini dapat direalisasikan melalui menunggang kuda Wikipedia Indonesia, hehehe. — PM Poon 04:53, 3 April 2007 (UTC)[balas]

(P/S: Saya bukanlah pengguna yang memasukkan rencana bahasa Indonesia yang dipadamkan oleh Polar dan oleh itu, tidak terdapat sebarang konflik kepentingan.)


Sejak kebelakangan ini banyak rencana yang tidak diterjemah dibuat. Bahkan ada rencana-rencana tersebut langsung tidak diterjemah. Seperti saudara PM Poon di atas, saya tiada bantahan terhadap rencana-rencana daripada Wikipedia Indonesia sekiranya penulis rencana berkenaan meletakkan templat {{BM}}. Tetapi sekiranya penulis rencana mengambil rencana daripada Wikipedia Inggeris dan tidak menterjemahnya, apa yang boleh dibuat? Sekat, tegur, atau biarkan sahaja? — Master2841 08:05, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Kalau disalin 100%, ia akan dihapuskan. Kalau tidak, (dalam kes ini) akan jadi cermin Wikipedia bahasa Indonesia. ...Aurora... 14:31, 3 April 2007 (UTC)[balas]
Ini adalah wikipedia bahasa melayu dan bukan wikipedia bahasa indonesia/inggeris. Saya sendiri ada tinggalkan banyak "teg" untuk penyelia memadam rencana-rencana berbahasa indonesia/inggeris samada campuran 50% ataupun 100%. Saya setuju sangat untuk rencana-rencana tersebut dipadamkan - buat menyemak dan merosakkan bahasa melayu sahaja. Saya nak usulkan agar para penyelia membuat "undang-undang yang tegas" untuk rencana bahasa campuran dipadamkan. Kenapa kita nak tiru rencana orang lain? Bukankan "plagarism" tidak dibenarkan sama sekali dalam wikipedia? Tambahan pula, tak ke malu kita nak tiru kerja orang lain? Terjemahan boleh diterima tetapi meniru bulat-bulat atau meniru 50% dianggap tidak wajar sama sekali. Kalau kita nak menambahkan rencana dengan meniru Wikipedia Indonesia, lebih baik kita semua berhenti tulis/terjemah rencana tetapi duduk mengadap komputer dengan menekan butang "COPY" dan "PASTE" dari semua rencana indonesia. Lepas itu, tengok muka kita di cermin dan fikirkan.. bangga atau malu? Kalau tak terasa apa-apa, saya tak ada komen. Ulasan saya mungkin dianggap kasar tapi, bagi saya berbaloi untuk berkata begini untuk orang yang suka ceduk kerja orang lain. Saya sokong polar 100% untuk memadam rencana-rencana campuran bahasa, walaupun ianya bahasa indonesia - Jay 14:43, 3 April 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih Jay kerana sokongan anda. Dengan ini, saya ingin membawa kembali usul saudara PM Poon yang agak tidak bersetuju akan rencana yang disalin daripada bahasa Indonesia untuk dipadam. Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa rencana yang dipadam (oleh saya) adalah salinan 100% sehingga pautan "imej" masih tertulis "gambar" dan pautan ke bahasa Indonesia masih tiada. Sangat jelas ia salinan 100%. Lagi satu, sebab saya memadamkannya ialah rencana tersebut dilakukan oleh pengguna yang paling jarang menterjemahkan rencana yang dimulakannya. Malah, pengguna ini pernah meletakkan rencana dalam bahasa yang sangat asing (tak tahu sama ada Jerman atau apa, saya tak belajar bahasa tersebut) dan meletakkan templat terjemahan pada rencana yang lebih 60% masih belum diterjemah. Seperti yang kita maklum, dalam templat pernterjemahan, kita meminta orang membantu menterjemahkan bagi seperenggan dua, bukan semuka dua atau lebih. Jika ini dibiarkan, rencana bahasa Melayu akan menjadi cermin atau bahan salinan dari wikipedia lain. Ramai di sini hendak menyunting, bukan menterjemah rencana orang. Saya lakukan ini untuk meningkatkan piawaian Wikipedia Melayu. Saya tak mahu rojak terlalu banyak di sini. Mungkin masih terdapat beratus lagi rencana bahasa Indonesia yang masih belum ditukar dan belum diletakkan templat {{BM}}. Saya harap, penyelia lebih bertegas tentang hal ini sebelum lebih banyak sampah terkumpul. Harap maklum. — Polar 14:54, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Respons kepada respons

Sebenarnya, saya tidak mengatakan bahawa perbuatan Polar itu salah. Setakat suatu sepersetujuan tidak tercapai tentang pemasukan rencana bahasa Indonesia, apa yang dibuat Polar itu sememangnya adalah sah dan menepati pendirian semasa.

Apa yang saya cadangkan adalah bahawa penyalinan rencana bahasa diberikan pertimbangan yang wajar. Tentang persoalan plagarisme yang dikemukakan oleh Jay, masalah itu tidak tertimbul kerana semua rencana Wikipedia adalah di bawah lesen GNU yang bebas disalin. Entah adakah Jay tahu bahawa terdapat portal seperti Answers.com yang mencerminkan semua rencana Wikipedia, termasuk Wikipedia Bahasa Melayu. Selain itu, Wikipedia bahasa Inggeris juga menerima semua rencana Ensiklopedia Britannica 1911 yang hak ciptanya telah mati, biasanya tanpa sebarang perubahan pada peringkat awal. Oleh itu, persoalan malu tak malu tidak tertimbul.

Persoalan pokok yang saya kemukakan tidak dijawab oleh sebarang peserta perdebatan ini, iaitu adakah bahasa Indonesia suatu bahasa Melayu. Jika jawapanya ialah bukan, rencana bahasa Melayu yang menyatakan bahawa:

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

harus dibetulkan. Dengan bahasa Brunei juga mempunyai perbendaharaan kata yang tidak tepat sama dengan bahasa Malaysia pada keseluruhannya, saya berasa bahawa bilangan pengguna bahasa Melayu versi bahasa Malaysia tidak melebihi 25 juta orang, termasuk Singapura. Dengan itu, bahasa Melayu tidak bolehlah menuntut diri sebagai sebuah bahasa utama di dunia. Sebaliknya kedudukan bahasa keempat terbesar di dunia haruslah diberikan kepada bahasa Indonesia, bukannya kepada bahasa Melayu.

Kembali kepada persoalan malu tak malu, bahasa Melayu kini mengandungi melebihi 50% perbendaharaan kata yang berasal daripada bahasa Inggeris (dengan sebilangan besar istilahnya yang tidak atau hanya mengandungi sedikit perubahan ejaan), melalui satu kajian yang saya buat dengan sampel 100 muka surat Kamus Oxford-Fajar Bakti. Adakah ini suatu keadaan yang malu? Bagi saya, tidak. Sebaliknya, kesudian kerajaan Malaysia untuk menunggang kuda bahasa antarabangsa yang terutama di dunia membayangkan suatu sikap terbuka yang dapat membawa bahasa Melayu ke peringkat zaman moden dengan cepat dan cekap. Jika semua penutur bahasa Melayu masih bersikap konservatif, maka apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim Negara dalam Persidangan Pegawai-pegawai Kehakiman Ke-6 pada 18 Julai 1979:

Penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah tidak mungkin boleh dijadikan universal untuk beberapa waktu, sudah tentu tidak semasa hayat saya — ada kira-kira 20 tahun lagi bagi saya hidup — dan tidak juga selepas beberapa lama saya mati.

akan menjadi suatu kenyataan. Akan tetapi Yang Arif Ketua Hakim Negara kita ini terbukti salah, "akibat" kepintaran pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu (bukan pimpinan DBP sekarang yang bersikap penjual buku; pembezaan ini amat penting) yang ditugasi untuk mengembangkan bahasa Melayu supaya tidak ketinggalan masa.

Penamaan portal ini sebagai "Wikipedia bahasa Melayu" mempunyai keistimewaan tersendiri, berbanding dengan jika ia dinamai "Wikipedia bahasa Melayu" (atau juga "Wikipedia bahasa Indonesia"). Malangnya, keistimewaan itu tidak dimanfaatkan kerana banyaknya pengguna di sini masih bersikap seolah-olah portal ini ialah Wikipedia bahasa Malaysia, walaupun pada nafas yang sama (in the same breath,  hehehe) menafikannya sedemikian.

Sebagaimana yang Aurora tahu, saya pernah menentang penggabungan Wikipedia bahasa Malaysia dan Wikipedia bahasa Indonesia pada sekitar akhir tahun 2005 (atau permulaan tahun 2006) ketika cadangan itu ditimbulkan dan saya masih baru dalam portal ini. Ketika itu, jika terdapat sesiapa yang ingin memasukkan rencana bahasa Indonesia ke dalam portal ini, saya juga akan bersikap serupa dengan para pembangkang konsep ini, hehehe. Namun mengapakah pendirian saya kini berubah? Kan memang ada alasannya?

Persoalan pokok yang harus dihadapi dan tidak boleh dielakkan adalah adakah bahasa Indonesia merupakan suatu subset bahasa Melayu. Jika ya, namun rencana bahasa Indonesia harus diterima. Sebaliknya jika tidak, pendirian para pembangkang adalah sah dan justeranya wajar. — PM Poon 19:20, 3 April 2007 (UTC)[balas]


Untuk memberikan respon kepada respon bagi respon yang telah diberi, saya ingin juga katakan bahawa terdapat juga perbezaan jelas antara bahasa Indonesia piawai dan bahasa Inggeris. Rencana yang diletakkan di wiki Indonesia lazimnya adalah bahasa Indonesia piawai yang amat berbeza sekali kosa kata, ejaan, sebutan dan susunan ayatnya. Sebab itu, saya tidak setuju akan cadangan saudara untuk mepertimbangkan agar diletakkan rencana Indonesia di sini. Malah, bahasa Melayu lebih umum daripada bahasa Indonesia dan boleh diguna pakai di seluruh dunia tetapi tidak bahasa Indonesia. Orang Melayu Thai, orang Melayu Sulu dan Mindanao, malah orang Melayu di Cape TOwn, tidak menggunakan bahasa Indonesia tetapi bahasa Melayu. Orang Brunei juga tidak menggunakan bahasa Indonesia. Ini lebih jelas lagi piawaian bahasa Melayu DBP juga terdapat di Brunei.
Tambahan lagi, untuk membiarkan bahasa Indonesia di sini akan membuatkan keseluruhan piawaian Bahasa Melayu tergugat apabila agensi rasmi kerajaan, universiti dan sekolah mendapati bahasa yang mereka perolehi untuk mencari maklumat adalah bahasa dari negara Indonesia kerana ternyata identiti bahasa Indonesia adalah untuk negara Indonesia. Kita sendiri pun nampak terjemahan jika kita menonton rancangan Indonesia yang ditayang di Malaysia. Saya sendiri turut tertanya, bukan saa tak faham. Saya faham setiap butir kata... tetapi adakah itu bahasa yang saya akan gunakan dalam penulisan peperiksaan? Adakah itu bahasa yang saya akan gunakan dalam persuratan, karangan, esei atau penulisan yang lain. Secara jelas, pengguna wikipedia indonesia (yang saya rasa dah lama) sendiri amat berhati-hati dalam penyuntingan di sini kerana bimbang akan campur aduk bahasa Indonesia dengan bahasa piawai Melayu.
Tentang jumlah pertuturan, itu bukan masalah. Selagi satu bahasa itu ditutur alaupun 100 orang, bahasa itu harus ditegakkan dan digunakan seperti yang sepatutnya. Janganlah kita hilangkan dan serapkan bahasa Melayu ke dalam bahasa lain hanya kerana bahasa yang hampir serupa dan penutur yang terlalu sedikit. Kita tak kejar untuk dapatkan gelaan bahasa paling ramai ditutur. Kita kejar untuk mewujudkan bahasa yang telah ada yang telah dipiawaikan untuk kita.
Bahasa Melayu masih digunakan di Indonesia oleh rakyat Indonesia seperti di Linggi, Riau dan sebahagian tempat di Sumatera (saya tahu kerana bapa saudara saya dari sana) tetapi bahasa Indonesia tidak digunakan di tempat lain oleh rakyat negara lain selain rakyat Indonesia dan pelajar bahasa Indonesia. Jadi, kekalkan identiti yang ada.
Ya, walaupun identiti bahasa Melayu itu dicelup bahasa lain, ia tetap dilabelkan bahasa Melayu. Sedangkan bahasa Inggeris sendiri turut banyak mengimport bahasa lain dengan banyaknya terutama Latin, mencipta dan menggubah perkataan baru setiap tahun tetapi tetap orang mengatakan ia bahasa Inggeris.
Jadi, persoalannya bukan disebabkan penuturan semata-mata. Jika penuturan, saya sangat tidak kisah kerana saya juga kadang-kala bertutur bahasa Indonesia dan saya sendiri berketurunan Jawa tetapi saya tak mahu lihat generasi yang dilabelkan Melayu dan diajar bahasa Melayu (yang diwarisi oleh orang dulu-dulu yang mungkin mereka sendiri tak kenal) menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi hanya kerana mereka membuka laman wikipedia Melayu yang beridentitikan bahasa negara Indonesia. — Polar 22:25, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih saudara Polar atas respons anda kepada respons kepada respons saya, hehehe. Macam perdebatan sebenar di dewan.

Jika saya tidak salah menyimpulkan pendirian Polar, bahasa Indonesia bukanlah bahasa Melayu. Polar menghitung bilangan negara yang menggunakan bahasa Melayu Malaysia, tanpa mengira bilangan penutur dalam setiap negara. Jika kita mengira kampung, kan lagi banyak? hehehe. Maka dengan itu, saya berasa kita harus membetulkan rencana Bahasa Melayu supaya membatalkan tuntutannya sebagai bahasa keempat terbesar di dunia. — PM Poon 03:11, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Sebenarnya tuntutannya sebagai bahasa keempat terbesar di dunia adalah sebagai rumpun bahasa. Sama seperti bahasa Inggeris yang terbahagi kepada Queen English, Australian, American English, kesemuanya digolongkan sebagai 1 rumpun bahasa. Perbezaannya kini adalah disebabkan bahasa Indonesia menggunakan asas Belanda sebagai ejaannya, sementara bahasa Malaysia menggunakan bahasa Inggeris. Yosri 05:54, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Hai Yosri, betul juga, tetapi kesemua Queen English, Australian, American English boleh digunakan dalam Wikipedia bahasa Inggeris. — PM Poon 14:23, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Kan canggih?

Wikipedia Bahasa Inggeris
merangkumi bahasa-bahasa
Queen's English Australian English American English
 
Wikipedia Bahasa Melayu
merangkumi bahasa-bahasa
Bahasa Malaysia Bahasa Indonesia Bahasa Melayu Brunei

Sebenarnya Bahasa Melayu Brunei juga mempunyai perbendaharaan kata tersendiri yang kini telah "dicemarkan" oleh pengaruh Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Baku yang meluas. Umpamanya:

  • Abiskita: ganti nama orang ketiga
  • Acai: panggilan untuk bapa saudara atau ibu saudara yang kedua
  • Cacak: cicak
  • Cakuk: curi
  • Cangkir: cawan

dan banyak banyak lagi.

Bahasa Melayu boleh menuntut kedudukan bahasa yang keempat terbesar di dunia hanya kerana bahasa Indonesia. Sebenarnya, bahasa Indonesia pada dirinya adalah bahasa keempat di dunia, tanpa mengira kelainan-kelainan bahasa Melayu yang lain. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan. Dalam hal sedemikian, jika bahasa Indonesia pada dirinya boleh berdiri secara berasingan sebagai bahasa yang keempat terbesar di dunia, kan kesimpulannya adalah bahawa kelainan-kelainan bahasa Melayu hanya merupakan sebahagian yang minor daripada apa yang dipanggil bahasa Melayu dan oleh itu, tidak begitu penting di dunia selain daripada masyarakat yang menuturkannya?

Soalan mungkin dikemukakan tentang kegunaan meluas bahasa Melayu versi Malaysia berbanding dengan versi bahasa Indonesia di seluruh dunia. Bahasa Melayu versi Malaysia adalah versi yang dipengaruhi oleh bahasa Inggeris, manakala bahasa Indonesia ialah versi yang dipengaruhi oleh bahasa Belanda. Penggunaan meluas Bahasa Melayu versi Malaysia di seluruh dunia tidak membayangkan keunggulan versi Malaysia di dunia tetapi sebaliknya hanya membayangkan keunggulan Empayar British atau keunggulan bahasa Inggeris di seluruh dunia. Jika kita memperhatikan negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu versi Malaysia, kita akan mendapati bahawa semua negara ini pernah ditaklukkan oleh Empayar British atau sekurang-kurangnya, pengaruh British di dalam negara-negara itu adalah amat kuat.

Memang sedihnya mendapat kedua-dua kesimpulan ini di Malaysia yang ingin mengatasi negara Indonesia dari segala segi, baik ekonomi mahupun kemajuan teknologi.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 220 juta, iaitu hampir 10 kali lagi banyak berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia (walaupun Malaysia telah menyerap banyak orang Indonesia sebagai warganegara pada dekad-dekad yang lalu atas alasan politik), kita tidak boleh menafikan bahawa negara Indonesia masih merupakan abang kepada kaum Melayu di dunia. Sememangnya kemajuan Malaysia setakat ini jauh mengatasi kemajuan Indonesia yang dilanda dengan pentadbiran yang kurang cekap. Akan tetapi negara Indonesia adalah seekor naga tidur yang kini mungkin telah terjaga. Serupa dengan negara China sejak akhir abad ke-20, Indonesia juga akan muncul sebagai sebuah negara yang terutama di dunia kalau langkah-langkah pengagihan kuasa pusat yang telah dimulakan berbuah. Ini bukan ramalan saya, tetapi ramalan yang pernah saya baca, hehehe. Berikan mereka 50 tahun dan Indonesia mungkin mengatasi Malaysia dari segala aspek.

Tetapi ini tidak mustahak. Yang mustahak, jika kebanyakan pengguna Wikipedia bahasa Melayu berasa tak nak masukkan rencana bahasa Indonesia, janganlah masukkan, hehehe. — PM Poon 15:42, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Sokong ayat terakhir anda. Hehehe. — Polar 15:51, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya awal-awal dah tahu saya akan mencapai habuk, hehehe. Saya saje nak cuba "menjelajah" cara-cara untuk mengembangkan portal ini dengan lebih cepat. Mana tahu gagasan itu mungkin dapat diperbaik dan dipergunakan, kan? Sambutan terhadap portal ini masih tidak cukup memuaskan walaupun di alam si buta, yang mempunyai sebiji mata ialah raja. Pada sepanjang sejarah Wikipedia Bahasa Melayu, terdapat sebilangan komet yang pernah bersinar-sinar bak magnesium dalam kegelapan malam tetapi setakat ini, tiga tiang yang paling kukuh dalam portal ini ialah Yosri, Aurora, dan Master2841, dengan Polar hampir boleh dimasukkan ke dalam golongan ini. Kini pula terdapat beberapa cakerawala yang berpromisan (saje nak mencemarkan bahasa Melayu, hehehe), tetapi adakah ini bintang ke komet masih tidak dapat dipastikan. Ini seolah-olah menanyakan saya "Adakah burung di dalam genggaman hidup atau mati? Jika says cakap hidup, kamu mendakapnya sehingga dia mati, hehehe. — PM Poon 18:14, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Hummm... Sebenarnya saya lebih cenderung kepada melihat persamaan bukannya kepada perbezaan. Sekiranya anda mencari perbezaan, dalam bahasa yang sama akan ada perbezaannya antara golongan tua dan muda. Bahasa itu dinamik. Waa tak syuk lah hal sempoi bikin gempak sajeee...... Yosri 00:25, 5 April 2007 (UTC)[balas]


Kan saya yang mencari persamaan antara bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia, manakala yang lain mencari perbezaan? hehehe — PM Poon 09:03, 5 April 2007 (UTC)~[balas]


Sebenarnya saya setuju dengan Che Poon kita...dia cuba untuk mengembangkan Wikipedia bahasa melayu...saya juga kadangkala menyalin bahasa Indonesia tetapi tidak banyak....akan tetapi pada saya boleh menyalin..asalkan identiti Wikipedia Bahasa Melayu tidak berubah....che 10:18, 5 April 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih kepada Che Det yang sokongannya mungkin merupakan sokongan pertama yang saya terima dalam sejarah saya di Kedai Kopi. Jika bukan yang pertama, ia sekurang-kurangnya merupakan salah satu peristiwa yang jarang saya temui di sini dan oleh itu, harus diraikan dengan seketul Kentucky, hehehe.

Sebenarnya ketika saya melihat banyaknya rencana yang disalin bulat-bulat daripada Wikipedia bahasa Indonesia dipadamkan oleh Polar, saya berasa manyak sayang, hehehe. Sebelum sebarang salah faham tertimbul bahawa saya berasa perbuatan Polar itu adalah salah, saya harus dengan cepatnya berkata tidak. Apa yang dibuat Polar Bear itu adalah menepati pendirian Wikipedia bahasa Melayu semasa. Yang saya bantah bukannya perbuatan Polar tetapi pendirian Wikipedia bahasa Melayu, hehehe.

Setakat penyelidikan telah saya buat dalam perdebatan saya. Umpamanya, saya tidak tahu bahawa bahasa Indonesia adalah bahasa keempat terbesar di dunia pada dirinya. Saya selalu salah menganggap bahawa hanya dengan menggolongkan kesemua kelainan bahasa Melayu bahawa bahasa Melayu baru boleh dapat mencapai tempat keempat itu. Keluarkan bahasa Indonesia daripada rumpun bahasa Melayu dan apakah kedudukan (nombor berapa) bahasa Melayu di dunia? Siapakah yang boleh menjawab? Yosri, bolehkah anda cuba menjawab soalan ini kerana anda tidak bersetuju dengan apa yang saya kemukakan, atau siapakah yang boleh membantu?

Bagaimanapun, tentangan yang kuat terhadap cadangan saya telah melahirkan suatu gagasan yang baru bagi saya, iaitu rencana-rencana Wikipedia bahasa Indonesia mungkin boleh diautomasikan dengan penggunaan ciri Autocorrect dalam Microsoft Word jika perisian spellchecker bahasa Melayu digunakan. Saya belum mencuba lagi kerana kini sibuk menterjemahkan empat klasik terutama dalam kebudayaan Cina.

Penterjemahan rencana daripada rencana-rencana bahasa Inggeris menelan banyak masa dan walaupun cepat berbanding dengan menulis rencana asli, strategi ini pada dirinya tidak amat berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan bilangan rencana dalam portal ini. Jurang antara Wikipedia bahasa Melayu dan Wikipedia bahasa Indonesia semakin meningkat. Saya tidak cemburu akan kemajuan Wikipedia bahasa Indonesia. Sebaliknya, saya berasa kagum terhadap pencapaian mereka, terutamanya apabila saya melihat bahawa mutu portal mereka tidak kalah kepada kita di sini, malahan semakin baik. Yang cuma saya hendak adalah untuk menunggang kuda mereka bagi kepentingan portal ini, sebagaimana yang dapat disimpul oleh Che Det.

Menunggang kuda bukannya suatu perbuatan yang malu, sebagaimana yang dituduh oleh Jay. Negara Jepun dapat mencapai keunggulan teknologi di dunia bukan kerana mereka mencipta semula roda. Oleh sebab kejayaan mereka, maksud simpulan bahasa "barang Jepun" telah bertukar-tukar daripada "barang yang buruk atau bermutu rendah" ketika saya bersekolah pada dekad 70-an kepada "barang yang murah tetapi bermutu" pada sedekad dua yang lalu, dengan kini barang Jepun bukan lagi barang yang murah.

Kita harus bersikap terbuka. Setakat kita hanya hendak mendengar apa yang hendak kita dengar tanpa memeriksa kenyataan yang sebenarnya, malahan menolak sebarang yang didengar tak syok, kita tidak akan amat berjaya. Bahasa Inggeris ada satu peribahasa yang berkata, "Keangkuhan datang sebelum kejatuhan". Negara China pernah melalui suatu zaman kegemilangan sehingga apa yang merupakan benda atau perkara luar negeri dianggap tidak penting, malahan tidak baik. Tengok apa yang terjadi kepada negara yang angkuh itu? Kan melutut kepada kuasa-kuasa asing yang jauh lebih kecil seperti Jepun dan Portugal? Daripada suatu bangsa yang paling bangga di dunia, bangsa Cina kemudian menjadi bangsa yang terhina. Yang menyebabkan pemulihan kebanggaan orang Cina di dunia pada hari ini bukannya Mao Zedong yang mengutamakan ketulenan falsafah komunisme tetapi Deng Xiaoping yang bersikap terbuka, sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas daripada pendirian serta prinsipnya: "Tak mengira kucing itu kucing hitam atau kucing putih, asalkan kucing itu boleh menangkap tikus, ia adalah kucing yang baik". — PM Poon 18:56, 5 April 2007 (UTC)[balas]

Rencana bahasa Indonesia

Saya pada mulanya malas menulis di sini kerana lebih suka menyumbang rencana. Bagaimanapun biar saya jelaskan di sini. Saya tidak bersetuju sekiranya rencana Wikipedia Indonesia di salin bulat ke sini di atas dasar berikut:-

  1. Rencana itu sudah ada, tidak perlu digandakan semata-mata mengejar bilangan rencana. Sesiapa yang hendak mencari maklumat yang tiada dalam Wikipedia Melayu boleh merujuk pula ke Wikipedia Indonesia tanpa halangan.
  2. Penyalinan itu tidak menambah ilmu baru, kerana sudah ada di Wiki Indonesia. Di atas alasan sama saya tidak pernah menyalin maklumat bulat-bulat dari laman peribadi saya ke laman Wikipedia Melayu. Sebaliknya saya tulis semula agar semakin bertambah ilmu dalam bahasa Melayu.
  3. Terdapat perbezaan tatabahasa dan ejaan yang akan mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Ini akan menjauhkan golongan pelajar yang mungkin merujuk ke laman ini.

Saya tidak pernah mencemburui Wikipedia Indonesia, kerana saya faham bilangan mereka (penduduk) adalah jauh lebih ramai berbanding penutur Melayu lain (Malaysia, Brunei, Singapura dll. Malah saya mula menulis di Internet kerana menyedari terlalu banyak rencana Indonesia berbanding bahasa Melayu. Ini kerana penutur Melayu yang menulis di Internet lebih senang menulis dalam bahasa Inggeris (lihat blog) berbanding Indonesia yang menulis dalam bahasa Indonesia.

Saya tidak lihat jumlah rencana Indonesia sebagai ancaman, kerana semakin banyak rencana dalam famili bahasa Melayu (termasuk Indonesia) semakin kukuh bahasa Melayu secara keseluruhan. Jadinya saya rasa tak perlulah berbual kosong panjang-panjang, kerana buang karan sajeeeee.... Yosri 00:48, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Petikan:

  1. Terdapat perbezaan tatabahasa dan ejaan yang akan mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Ini akan menjauhkan golongan pelajar yang mungkin merujuk ke laman ini.

Adakah pernyataan itu suatu putar balik daripada pendirian baru-baru ini, iaitu "Sebenarnya saya lebih cenderung kepada melihat persamaan bukannya kepada perbezaan"? Cepatnya perubahan pendirian dalam tempoh 24 jam 23 minit, hehehe.

Walaupun demikian, nada perutusan itu bukannya nada seorang yang memberikan pendapat peribadi seperti peserta-perserta lain, antaranya Jay, dan Polar. Nadanya perutusan di atas seolah-olah edik empayar atau perintah Maharaja Wikipedia, hehehe. — PM Poon 04:02, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Dakwaan "berbual kosong panjang-panjang" bukannya suatu ungkapan yang bertanggungjawab. Seseorang yang mahir dalam sesi "brainstorming" tidak akan membuat ungkapan sebegitu kerana ia dianggap sebagai suatu jenayah dalam bidang itu. Tambahan lagi, berbeza dengan dakwaan Jay terhadap "plagiarisme" dan perasaan malu yang dapat ditentang dengan fakta-fakta tertentu, dakwaan "berbual kosong panjang-panjang" merupakan suatu "sweeping statement" yang tidak dapat ditentang kerana ia pada dirinya adalah suatu dakwaan kosong. Inikah halaman Kedai Kopi Wikipedia atau halaman peribadi Yosri?

Yosri berkata: "Saya pada mulanya malas menulis di sini kerana lebih suka menyumbang rencana." Siapakah yang memaksanya menyertai perbincangan ini atau dia sendiri yang memilih untuk berbuat demikian. Kalau malas, janganlah tulis. Habis cerita. Sumbanglah rencana sahaja, hehehe. — PM Poon 01:27, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Alamak ada yang berasa hati ke? Maaflah. Maksud saya, berbual kosong adalah matlamatnya tak jelas. Kalau jelas seperti : Patutkan rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point". Masaalahnya apakah matlamat sebenar yang sedang dibincangkan?

Berkenaan "putar balik daripada pendirian", saya bukannya buta mengabaikan secara 100% perbezaannya. Perbezaan itu ada, satu fakta, cuma lebihkan penekanan kepada persamaannya. Yosri 04:26, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Nampaknya hanya Yosri tidak faham akan matlamat perdebatan ini, hehehe. Master2841, Polar, Aurora, Jay, dan Che Det kesemuanya faham, maka mereka tidak mengalami sebarang kekeliruan.

Sememangnya, persoalannya ialah "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu?" Akan tetapi jawapannya tidak semudah seperti Ya atau Tidak. Alasan harus diberikan dan untuk memberikan alasan yang berkait, persoalan "Adakah bahasa Indonesia itu bahasa Melayu?" harus dijawab. Jika ya, bahasa Indonesia harus diterima dengan teg yang sesuai seperti yang dikatakan oleh Master2841. Sebaliknya, jika bahasa Indonesia bukannya bahasa Melayu, bahasa itu tidak bolehlah dimasukkan ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Ini sahaja.

Selain itu, persoalan bolehkah perbendaharaan kata Brunei digunakan di sini harus juga diperiksa. Bolehkah perkataan-perkataan seperti abiskita, acai, cacak, cakuk, cangkir dan sebagainya diterima? Jika tidak, ia hanya bermaksud bahawa bahasa Melayu versi Malaysia hanya dapat diterima dalam portal ini dan dengan itu, membuktikan kenyataan saya dahulu yang mengatakan "banyaknya pengguna di sini masih bersikap seolah-olah portal ini ialah Wikipedia bahasa Malaysia, walaupun pada nafas yang sama (in the same breath, hehehe) menafikannya sedemikian."

Tentang perkara dua, mengapakah kita harus menyalin rencana bahasa Indonesia ke dalam portal ini, sedangkan ia tidak bertambah sebarang ilmu dalam bahasa Melayu. Dengan itu, kita kena tanya Wikipedia bahasa Inggeris kenapa mereka menyalin rencana-rencana Ensiklopedia Britannica 1911 secara bulat-bulat. Kita juga kena menanyakan Answer.com juga, hehehe.

Tetapi sebagaimana yang telah saya katakan sebelum penyertaan Yosri selepas kes ini kelihatan sudah tutup, kesemua "ini tidak mustahak. Yang mustahak, jika kebanyakan pengguna Wikipedia bahasa Melayu berasa tak nak masukkan rencana bahasa Indonesia, jangan masukkanlah". Kan saya tidak mendesak? hehehe. — PM Poon 06:38, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Saya percaya kedua2 pihak lebih suka menulis rencana dari di sini. Izinkan saya mencelah sedikit. Selain dari perenggan yang dipetik di atas, laman bahasa Melayu juga mengatakan bahawa bilangan penutur bahasa Melayu ialah seramai 20–30 juta (lihat jadual), berbanding 300+ juta jika bersama bahasa Indonesia. Dalam kes ini, mungkin kita boleh bandingkan dengan Klang: bandar atau daerah? Yang mana yang dimaksudkan, bergantung kepada konteks.
Disebut juga dalam perenggan ketiga bahawa "Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau". Itulah asas kepada Wikipedia ini. MABBIM merupakan penjaga bahasa ini, di bawahnya ada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Brunei dan Pusat Bahasa Indonesia. Indonesia telah mempunyai Wikipedianya sendiri, jadi yang tinggal hanyalah Malaysia dan Brunei (serta Singapura). Itulah ruang lingkup bahasa di Wikipedia bahasa Melayu ini.
  • Bolehkah kelainan selain Malaysia digunakan di sini? Boleh.
  • Adakah ia patut digunakan? Sekiranya difahami ramai, ya.
  • Patutkah rencana bahasa Indonesia disalin bulat2? Tidak, bahasa Indonesia ada Wikipedia sendiri. ...Aurora... 12:38, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Istilah komputer

Seronok saya baca perdebatan ini. Haha. Minta maaf, ini bukan pasal antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia, tetapi berkenaan istilah komputer dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai istilah yang terhad untuk istilah berkaitan komputer. Maka, daripada menunggu sesuatu istilah itu keluar, saya telah mencipta istilah untuk terjemahan dari bahasa Inggerisnya haha. Adakah perbuatan ini salah?(kalau salah.. habislah.. @_@) Kurniasan 10:44, 5 April 2007 (UTC)[balas]

hmn... mungkin lebih bagus jika istilah komputer yang tidak pasti dibiarkan dalam bahasa Inggeris dengan diitalikkan.--Towaru 06:08, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Jika kita hanya membiarkan istilah dalam bahasa Inggeris, kan perbuatan ini lagi teruk daripada membiarkan istilah bahasa Indonesia dalam portal ini? hehehe. Nampaknya ada sedikit tenaga lagi untuk menyertai persoalan ini.

Sebenarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan Senarai kaedah pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu supaya perkataan bahasa Inggeris dapat ditukarkan menjadi istilah bahasa Melayu yang sah. Malangnya, saya tidak siapkan rencana tersebut kerana malas. Tiada alasan lain yang sebenar, hehehe. Untuk rencana sepenuhnya, sila lihat rencana asli Dewan Bahasa.

Bagaimanapun, jadual itu masih tidak menyeluruh walaupun ia amat baik. Umpamanya, perkataan-perkataan seperti Asterales dan Asteraceae masih menimbulkan setakat kekeliruan kerana Dewan Bahasa tidak mempunyai sebarang istilah tersebut dalam Kamus Karyanet mereka. Patutkah "s" dalam Asterales dikekalkan, dan bolehkah Asteraceae diubah menjadi Asteraseae?

Dewan Bahasa baru-baru sahaja memasukkan istilah untuk cache ke dalam kamus mereka. Sebelum itu, perkataan itu telah menimbulkan banyak masalah, dengan pertikaian dengan Aurora pada awal tahun 2006, hehehe. Bagaimanapun, Dewan Bahasa kini telah memberikan terjemahan sebagai ingatan para dalam Kamus Istilahnya.

Yang mengelirukan adalah bahawa sebilangan perkataan bahasa Inggeris telah diterima secara bulat-bulat oleh Dewan Bahasa walaupun ia boleh diubah supaya menepati jadual yang disediakan (khususnya istilah botani dan zoologi). Selain itu, hukuman D-K juga banyak kali dicabuli dengan perkataan-perkataan seperti "Roman Katolik" dan bukannya "Katolik Rom". Tambahan pula, "Holy Roman Empire" diterjemahkan sebagai "Empayar Rom Holy" dan bukannya "Empayar Rom Suci".

Yang mengelirukan ialah nama khas. Mengapakah China tidak boleh dieja seperti Cina supaya menepati jadual yang disediakan, sedangkan Chimpanzee dieja Cimpanzi. Mengapakah kita harus mengikut bahasa Inggeris untuk nama negara? Jika saya tidak silap, kekeliruan itu ditimbulkan oleh China semasa lawatan Tun Razak ke sana pada tahun 1974. Negara China telah memintanya supaya nama China dikekalkan ejaannya sebagai China dan bukannya Cina. Adakah permintaan itu wajar? Tak hormatkah negara China kepada kedaulatan bahasa Melayu? hehehe. Indonesia memanggil negara China sebagai Tiongkok, bahasa Afrikaan memanggilnya Volksrepubliek van Sjina, dan sebagainya. Namun kenapa nama negara China tidak boleh ditulis sebagai Cina supaya menepati ejaan bahasa Melayu? Bolehkah Malaysia mendesak China supaya menulis nama Malaysia sebagai "Malaysia" atau مليسيا dan bukannya 马来西亚 ? hehehe. — PM Poon 07:37, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Ah.. mengambil terus dari bahasa inggeris atau ubah sedikit pada ejaannya adalah salah satu sebab bahasa melayu kurang berkembang.. bahasa melayu mempunyai banyak perkataan yang jarang digunakan.. perkataan-perkataan itu boleh kita jadikan sebagai satu istilah untuk sesuatu bidang.. dengan ini dapatlah bahasa melayu ini berkembang..


Benar cakap anda. Perkara itu juga dirungut, khususnya oleh Maimunah serta ahli-ahli bahasa Melayu yang lain yang mengeluh tentang kehilangan daya cipta para ahli bahasa Melayu. Akan tetapi anda bukannya penganjur bahasa Melayu yang rasmi atau sah, hehehe. Namun kena ikutlah arah aliran utama. Kalau tidak, anda mungkin akan menjadi orang yang tunggal yang menggunakan istilah yang anda cipta dan ini akan ditolak oleh masyarakat Melayu sebagai bukan istilah bahasa Melayu yang sah, hehehe. — PM Poon 10:33, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Perbezaan antara perdebatan dan pengundian

Saya mendapati bahawa terdapat setakat kekeliruan terhadap pemahaman antara perdebatan dan pengundian apabila Yosri berkata: "Kalau jelas seperti : Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point"."

Dari segi pengundian, seseorang yang berlayak mengundi hanya diperlukan memberi pendiriannya tanpa mengemukakan sebarang alasan. Mungkin alasan-alasan yang mendasari pendiriannya itu munasabah atau tidak, tetapi itu tidak mustahak. Selain itu, perasaan peribadi serta sikap berat sebelah juga boleh diterima untuk mencapai keputusan.

Sebaliknya, perdebatan juga bertujuan untuk mencapai pemahaman, selain daripada keputusan. Kekadangnya, keputusan tidak sepenting dengan pengundian. Seseorang mungkin membantah sesuatu pendirian pada mula-mulanya kerana pendiriannya berdasarkan fakta-fakta yang salah ataupun tidak lengkap. Maka dengan mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh para peserta yang lain, seseorang mungkin akan mengubah pendiriannya yang asal. Umpamanya, Jay mengubah pendiriannya terhadap pelucutan jawatan Ychmatematik selepas mendengar alasan-alasan yang saya kemukakan di halaman Wikipedia: Penyelia, walaupun itu merupakan suatu pengundian dan bukannya suatu perdebatan. Kalau dia tidak mengubah pendiriannya selepas menyedari "kesilapan"nya, dia tidak salah juga kerana itu hanya merupakan sebuah pengundian.

Walaupun demikian, saya harus berkata bahawa perubahan pendirian bukannya sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan setakat rendah hati yang banyak orang tidak mempunyai. Banyaknya yang akan menekan minyak sahaja walaupun mereka sedar akan kesilapan mereka. Mereka tidak akan mengaku salah kerana keangguhan. Keangguhan adalah sesuatu yang tidak dapat diatasi dengan mudah. Dalam suatu perdebatan di USM, adik Lim Chong Yu (namanya saya terlupa tetapi dia seorang arkitek) dengan angkuhnya berkata: "I agree with you only because you agree with me ".  Mungkin kenyataannya itu bertujuan untuk dijadikan suatu jenaka tetapi jika demikian, dia kelihatan gagal dengan begitu teruk kerana wajahnya mengesahkan keangkuhannya. Tetapi peserta-perserta semacam ini memang licik. Jika dituduh, dia memang akan bercakap bahawa dia hanya berjenaka dan kamu terlalu peka, sebagaimana dengan salah seorang penyelia di portal ini yang kini mungkin akan mengalami takdir yang dialami oleh Ychmatematik. Oleh itu, Jay ialah salah satu spesies yang amat luar biasa.

Berdasarkan pengalaman saya dalam forum-forum internet, saya benar-benar tidak pernah menemui seorang seperti Jay. Ini bukan cakap bohong. Umpamanya, tahukah anda tentang perdebatan yang begitu hebat pada pertengahan tahun 2006 (atau sekitarnya) terhadap hak cipta gambar akhbar yang ditentang dengan begitu hebat oleh John MK Lee dan Yosri. Adakah mereka pernah mengaku kesilapan pendirian mereka setakat ini, walaupun halaman Muat Naik kini nyata merangkumi banyak pilihan, termasuknya "Kegunaan adil" yang membenarkan gambar akhbar digunakan, dan bukannya Perlesenan GNDL sahaja. Saya bukannya cakap bohong kerana adanya Nixon files di Arkib Kedai Kopi yang dapat membuktikan apa yang saya kata.

Selain itu dalam sesuatu perdebatan, perasaan serta sikap berat sebelah tidak boleh ditunaikan. Semua pendirian harus berdasarkan fakta dan alasan. Tanpa fakta atau alasan yang munasabah, sesuatu pendirian akan ditewaskan dengan begitu teruk. Inilah perbezaan yang paling besar antara perdebatan dan pengundian. Oleh sebab itu, tajuk seperti: "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak)" tidak boleh digunakan untuk perdebatan, hanya untuk pengundian.

Tambahan pula, seseorang penganjur yang memulakan sesuatu perdebatan mungkin juga akan mengubah pendiriannya selepas mendengar alasan-alasan dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh para peserta. Kekadang juga, suatu keputusan yang lebih baik akan muncul daripada perdebatan itu yang awal-awal tidak pernah difikir oleh sebarang penyerta, termasuk penganjur pada dirinya. Inilah manfaat perdebatan, bukannya untuk mengukuhkan keangkuhan atau pendirian peribadi. — PM Poon 22:18, 6 April 2007 (UTC)[balas]