Idris Haron: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_Politician
{{Infobox_Politician
| honorific-prefix = Yang Berhormat<br>
| honorific-prefix = Yang Amat Berhormat Datik<br>
| name = Idris bin Haron
| name = Idris bin Haron
| image = TANGGABATU.JPG
| image = TANGGABATU.JPG
Baris 47: Baris 47:
}}
}}


'''Idris bin Haron''' merupakan [[Ketua Menteri Melaka]] yang ke-10 dan Ahli Dewan Undangan Negeri [[Sungai Udang]] ,[[Melaka]] dari [[Barisan Nasional]] - [[UMNO]]. Beliau dilahirkan di [[Asahan, Melaka|Asahan]], [[Melaka]] pada [[13 Mei]] [[1966]].
YAB Datuk '''Idris bin Haron''' merupakan [[Ketua Menteri Melaka]] yang ke-10 dan Ahli Dewan Undangan Negeri [[Sungai Udang]] ,[[Melaka]] dari [[Barisan Nasional]] - [[UMNO]]. Beliau dilahirkan di [[Asahan, Melaka|Asahan]], [[Melaka]] pada [[13 Mei]] [[1966]].


==Keluarga==
==Keluarga==

Semakan pada 15:02, 8 Mei 2013

Yang Amat Berhormat Datik

Idris bin Haron
Fail:TANGGABATU.JPG
Ketua Menteri Melaka
Memegang jawatan
7 Mei 2013
Didahului olehMohd Ali Rustam
Anggota Parlimen
untuk P136 Tangga Batu, Melaka
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 Mei 2013
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2009
Anggota Dewan Undangan
untuk N11 Sungai Udang, Melaka
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Butiran peribadi
Lahir13 Mei 1966
MelakaKampung Relau, Asahan,Jasin Melaka
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

YAB Datuk Idris bin Haron merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang ,Melaka dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilahirkan di Asahan, Melaka pada 13 Mei 1966.

Keluarga

Beliau telah berumahtangga dengan Fadilah binti Abdullah pada tahun 1993.Mereka mendapat anak bernama Luqman Hakim dan Amira.

Arwah bapanya, Haron Hashim, adalah penghulu bersara dan meninggal dunia pada 1972 ketika berusia 64 tahun. Ketika itu ibunya, Rokiah Hassan, yang juga isteri kedua, baru berusia 24 tahun. Arwah bapanya mempunyai dua anak lelaki dengan isteri pertama dan dengan Rokiah mempunyai empat anak, Sabariah, Rashidah, Idris dan Rozana. Ibunya kahwin lain selepas itu dan mengikuti suami barunya pulang ke Belading, Tangkak.

Dia empat beradik terpaksa menumpang di rumah datuk dan neneknya di Asahan, Jasin, selama enam bulan.Kemudian tinggal bersama abangnya (berlainan ibu) . Abang keduanya itu, Ahmad Haron, bertugas sebagai guru besar, mempunyai lima anak dan turut menjaga seorang anak angkat bapanya.

Pendidikan

Idris bersekolah di empat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh ke SRK Belading, SRK Asahan 1973-1977 dan SRK Kubu 1977 hingga 1978. Dua kakaknya pula terpaksa berhenti sekolah awal kerana himpitan hidup. Dari 1979-1983 beliau belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh (1979-1983) setelah mendapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah Lima. Beliau menjadi pelajar terbaik sekolah dengan mendapat 7A 1C.

Beliau melanjutkan pengajiannya ke Pusat Bahasa Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan bahasa Inggeris selama enam bulan dan pernah dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Seksyen 17, Shah Alam pada tahun 1984 . Pada 1989 beliau menamatkan pengajian beliau dari University of Texas, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal. Sebenarnya cita-cita beliau ingin menjadi juruterbang tetapi menukar fikiran kepada jurutera elektrik semasa ditemuduga.

Beliau menjadi Pengerusi Persidangan Pelajar Malaysia sehingga mendapat ijazah pada 1989. Pada 1993 beliau mengikuti latihan intensif bahasa Jepun di ITM sebelum melanjutkan pengajian di bidang teknikal di Tokyo Kensyu Centre, Jepun. Beliau mengikuti latihan di bawah Kandenko Corporation Ltd selama enam bulan di Tokyo, Jepun, dalam bidang sistem pembahagian elektrikal.

Kerjaya

Setelah tamat pengajian, beliau menjadi jurutera Pengguna LLN Kajang (1989) ,Jurutera Operasi TNB Kajang (1991) ,Pengurus Struktur dan Perancangan TNB Kajang (1993) dan Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999) . Pada tahun 1993, beliau telah menjalani kursus kejuruteraan lanjutan di Association of Overseas Technical Scolarship, Jepun. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG), Melaka kemudian menjadi Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang pertama pada 2002. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Belia Melaka dan Naib Pengerusi Belia B Melaka.[1]

Politik

Beliau mula terlibat dalam politik apabila menyertai UMNO pada tahun 1993 di cawangan Klebang Kecil dan menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Tangga Batu dan Ketua Penerangan UMNO Melaka.

Laman Blog

http://idrisharon.wordpress.com/

Rujukan