Senarai watak Upin & Ipin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dottasriel2000 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
SusanMulya42 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42: Baris 42:


===[[Izzat|Ijat]]===
===[[Izzat|Ijat]]===
Muhammad Izzat bin Mahmud (Muhammad Izzat Ngathiman) (Musim 3-10), Irfan (Musim 11) hanya pandai menggunakan bahasa isyarat & bahasa bulu-bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan bercakap. Akan tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarnya Ijat semakin pandai bercakap dan membaca.
Muhammad Ijat Ngatiman (Muhammad Izzat Ngathiman) (Musim 3-10), Irfan (Musim 11) hanya pandai menggunakan bahasa isyarat & bahasa bulu-bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan bercakap. Akan tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarnya Ijat semakin pandai bercakap dan membaca.


===[[Mei Mei]]===
===[[Mei Mei]]===

Semakan pada 09:37, 7 April 2020

Berikut ialah nama, pelakon suara dan huraian bagi setiap watak dalam siri Upin & Ipin (sesetengahnya juga dipaparkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula).

Upin dan Ipin

Aruffin bin Abdul Salam dan Ariffin bin Abdul Salam (lakonan suara Nur Fathiah Diaz (musim 1–3), Asyiela Putri (musim 4–sekarang) ) ialah sepasang adik-beradik lelaki kembar Melayu yang tinggal bersama kakak dan opah mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil (seperti dinyatakan dalam episod Hari Raya dan Istimewa Hari Ibu).

Sebagai panduan membezakan kembar yang berkepala botak ini, Upin ada sehelai rambut berlilit pada kepalanya dan berbaju kuning yang tertulis huruf U padanya. Manakala Ipin pula botak licin dan berbaju biru yang tertulis huruf I serta memakai kain merah pada lehernya.

Ipin lebih suka menasihati seperti kata-kata Opah. Upin seorang yang memandang serius peranannya sebagai abang kepada Ipin. Jika ada satu barang yang cenderung mendapatkan ialah Upin kerana Upin adalah abang kecuali bila Opah berkata kongsi. Upin juga lebih pandai bersuara dan menjadi watak utama disebalik gelagat nakal yang dilakukannya dan kawan-kawannya. Ipin cenderung untuk mengulang satu-satu perkataan tiga kali dalam ayatnya, khususnya "Betul, betul, betul" dan lebih gemar makan daripada Upin. Ipin menyukai Ayam Goreng, Semua Buah . Ipin juga lebih periang dan pandai dalam pembelajaran berbanding Upin. Pada Episod "Kembara Ke Pulau Harta Karun" Upin memilih Kapal Baru dan Ipin lebih memilih makanan (ayam rendang, ayam madu, ayam kuning, ayam goreng). Upin lebih pandai menggunakan lastik. Ipin lebih pandai menggunakan pedang.

Keluarga Upin dan Ipin

Kak Ros

Nur Roselia binti Abdul Salam (Noor Ezdiani Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2-7]; Sheila [musim 7] Neysa [musim 8-]; ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.

Opah

Cik Siti / Mak Uda (Hjh. Ainon Ariff) ialah nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-hal duniawi dan keagamaan.

Alm. Mak Upin & Ipin

Menurut Opah Pada "Hari Ibu Sedunia", Mak Upin & Ipin merupakan orang yang baik, suka tolong orang, tak garang, lemah lembut, cantik, memiliki tahi lalat seperti Opah.

Menurut pencipta watak Upin & Ipin, Mak & Ayah Upin dan Ipin meninggal kerana dibunuh.[1]

Kawan-kawan Upin & Ipin

Ehsan

Ehsan bin Azzarudin (Mohd. Syahmi Abdul Hamid (musim 1-4), Fareez (musim 5) ialah sepupu Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga memegang jawatan "ketua kelas" dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika, dengan mengenakan bowtie pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, canggung dan cerewet tentang gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejeknya dengan gelaran "Intan Payung" kerana terdengar bapa Ehsan memanggilnya sebegitu dan di rumah Ehsan dihormati seperti Intan Payung.

Jarjit

Jarjit Singh (Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 2-7), (Muhammad Hafiz) (Musim 7-) ialah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan India Punjabi. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Jarjit juga dikenali kerana kepandaian berjenaka dan berpantun, khususnya pantun dua baris yang bermula dengan "Dua tiga". Ketika diperkenalkan dulu, Jarjit seolah-olah disisihkan ketika cuba menyertai permainan orang lain, tetapi lama-kelamaan rakan-rakannya membiasakan diri dengan gelagat Jarjit ketika bermain.

Fizi

Muhammad Al-Hafezzy bin Ucup (Ida Rahayu Yusoff) (Musim 1-7), (Rufaidah) (Musim 7-), atau lebih mesra dikenali sebagai Fizi, adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar dan mengejek, terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan "Intan Payung" yang sering dipanggil oleh bapa Ehsan. Sesekali Fizi didapati menunjukkan sikap mengecut, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.

Mail

Ismail bin Mail (Muhd Hasrul bin Isa) (Musim 2-8), (Musyrif) (Musim 8-12), (Usayd) (Musim 12) adalah yang paling rajin di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin, bukan sahaja di sekolah, bahkan juga gigih mencari rezeki dengan membantu ibunya di gerai ayam goreng. Adakalanya dia juga melibatkan diri dalam gelagat nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Mail diperkenalkan dalam siri Setahun Kemudian, ketika dia sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan. Akhirnya dia berpuasa juga semenjak episod Berpuasa bersama Kawan Baru.

Dzul

Dzul bin Faiz (Muhd Amirul Zarizan), Rufaidah (Musim 6) adalah rakan sekelas Upin dan Ipin yang menjadi "penterjemah" Ijat kerana Ijat hanya pandai menggunakan bahasa Isyarat & Bahasa Bulu - Bulu.

Ijat

Muhammad Ijat Ngatiman (Muhammad Izzat Ngathiman) (Musim 3-10), Irfan (Musim 11) hanya pandai menggunakan bahasa isyarat & bahasa bulu-bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan bercakap. Akan tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarnya Ijat semakin pandai bercakap dan membaca.

Mei Mei

Xiao Mei Mei (Yap Ee Jean (musim 1-3), "Yuki" Tang Ying Sowk (musim 3-), adalah seorang yang comel, sopan, rajin, dan berfikiran matang di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dalam musim pertama Upin & Ipin, walaupun berketurunan Cina dan bukan beragama Islam, Mei Mei sering mengingatkan Upin dan Ipin agar 'tidak membangkitkan kemurkaan Tuhan mereka' dengan berponteng puasa. Mei Mei menyimpan perasaan suka terhadap Mail tetapi tidak menyatakannya.

Devi

Devi Priya Maheswaran (Maheswary Mohan) ialah kanak-kanak perempuan berbangsa India yang sama tadika dengan Upin dan Ipin. Walaupun tidak rapat dengan mereka berdua, namun Devi berkawan karib dengan Mei Mei.

Susanti

Susanti Nadia Kurniawan (Sarah Nadhirah Azman [Musim 3-5], Andhika "Tacil" [Musim 5-10]), Yohanna Sicillia [Musim 10-12])), Adwin [Musim 12] ialah kanak-kanak perempuan dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Pertama kali dilihat di episod Berpuasa Bersama Kawan Baru. Ketika beraya di Kampung Durian Runtuh, Susanti dapat berhubung dengan keluarganya.Tetapi sekarang telah muncul sebagai watak kekal dan hanya sesetengah episod sahaja Susanti muncul. Susanti dikenali dengan perkataan 'Asik~'

Nurul

Nurul binti Darul ialah rakan sekolah Upin dan Ipin, dia jarang keluar, berkawan dengan Devi dan Susanti. Nurul memakai pakaian seragam lengan panjang dan rok panjang di sekolah.

Fathiah

Siti Fathiah Omar adalah bekas pelajar di Tadika Mesra. Dia duduk di sebelah Nurul dan hampir tidak pernah bercakap. Dia memakai kepala merah. Sekarang, kedudukannya telah diganti oleh Susanti dan tidak pernah dibangkitkan semula. Ia tidak menjelaskan mengapa dia meninggalkan Tadika Mesra.

Cikgu Sekolah Tadika Mesra

Cikgu Jasmin

Cikgu Jasmin Binti Haniff (Jasmin Ally) ialah guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika, sehingga episod "Terima Kasih Cikgu" di musim keenam apabila dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti.

Cikgu Melati

Cikgu Melati (Aliya Nazlan) yang menggantikan Cikgu Jasmin dan sempat mengajar murid murid menggunakan Tablet sekolah.

Cikgu Besar

Guru besar Tadika Mesra walaupun garang, tetapi prihatin dengan murid-murid tadika. Kemunculan pertamanya dalam episod musim kelima, "Garang ke Sayang".

Cikgu Tiger(Abang Tiger)

Cikgu yang mengajar kelas Aman. Dia dapat mengangkat 3 orang murid dengan menggunakan 1 tangan kerana dia seorang yang rajin bersukan.

Para penduduk Kampung Durian Runtuh yang lain

Tok Dalang

Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4), Haji Burhanuddin Radzi (musim 5-12-)), Ahmad Kamel (musim 12) ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol, anak lelakinya yang menetap di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin

Muthu

Uncle Roti Canai Ada/Roti Telur Ada/ Roti Bom Ada/ Roti Tisu Ada dll.(Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Hazimin Hamdan)(Musim7-), lebih dikenali sebagai Muthu oleh orang-orang kampung, ialah seorang penjual makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Antara makanan dan minuman yang dijual di gerainya ialah nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, teh tarik, Milo dan sebagainya; dalam erti kata lain tidak banyak bezanya gerai Muthu dengan gerai mamak yang dijumpai di bandar.

Rajoo

Rajoo (Kannan a/l Rajan) ialah anak lelaki kepada Muthu seorang kawan karib Upin dan Ipin yang lima tahun lebih tua berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Dalam filem Geng, Rajoo dikenali kerana memiliki kebolehan istimewa iaitu berkomunikasi dengan haiwan, apatah lagi menjadi penterjemah untuk Oopet. Rajoo membela seekor lembu betina bernama Sapy yang juga dijadikan alat pengangkutan peribadinya.

Salleh (Nama manja Sally)

Salleh atau Sally (Ros Hasrol Ahmad) (Musim 1-10), (Soufi) (Musim 10-) terkenal sebagai lelaki lembut yang lantang dan sinis. Dalam siri TV Upin & Ipin, wataknya dilihat sering bertukar-tukar pekerjaan, baik sebagai pustakawan dalam perpustakaan bergerak (dalam episod "Seronoknya Membaca") mahupun peniaga Internet (dalam "Jari Jemari Salleh" dan "Usahawan Muda"). Dalam filem Geng, Salleh bersekongkol dengan watak jahat Pak Mail dan Singh menjadi pembutu haram untuk menangkap makhluk pelik (ibu Oopet) demi keuntungan.


Merupakan antara watak yang popular dalam Upin Ipin dengan gaya gaya lembutnya yang mencuit hati. Salleh mempunyai kereta proton berwarna merah. Dan selalu menggunakan tagline “tak kuasa aku” ketika annoyed.


Jantina beliau sebenarnya lelaki, tetapi beliau menafikannya. Hmmm

Ah Tong

Ah Tong (Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Calvin) (Musim 7-):Seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan bercakap dengan pelat Cina yang kuat. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episod Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya.

Jahil

Jahil ialah bapa kepada Ehsan. Kali pertama dia dilihat adalah di episod Juara Kampung (bhg 1), di mana dia bermain badminton bersama Ehsan. Dia juga dapat dilihat sekilas dan suaranya terdengar dalam episod Zakat Fitrah.

Ustaz Hamzah

Ustaz Hamzah merupakan pengajar mengaji al-Qur'an yang diperkenalkan dalam episod musim keenam, "Iqra'".

Abang Roy Kontol

Abang Roy Kontol merupakan watak seorang yang memiliki wau pemalas karena corak pun takde, tak patut masuk langsung dan Abang Roy merupakan orang dilihat membakar sampah.

Binatang

Alfin

Alfin atau bahasa malaysia Apin adalah Kucing Upin dan Ipin yang kecil dan Lembut.

Omen

Omen adalah Katak yang berjalan ke kebun tok dalang, hujan pun membuat Kapal terbuat dari kulit kelapa.

Rambo

Rambo atau bahasa malaysia Rembo adalah ayam kesayangan Tok Dalang.

Saphy Shayla

Lembu milik keluarga Muthu dan dikenali oleh semua warga Kampung Durian Runtuh.

  1. ^ "Ibu Bapa Upin Ipin sebenarnya dibunuh ??!!". Carian Semasa. 9 August 2018.