Jakarta: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Jakarta
Baris 320: Baris 320:
[[vec:Xacarta]]
[[vec:Xacarta]]
[[war:Jakarta]]
[[war:Jakarta]]
[[yo:Jakarta]]
[[zh-yue:耶加達]]
[[zh-yue:耶加達]]
[[bat-smg:Džakarta]]
[[bat-smg:Džakarta]]

Semakan pada 20:24, 28 November 2009

Jakarta
frames
Bendera
Fail:Lambang DKI.gif
Lambang
 "Jaya Raya"
("Jaya dan Besar (Agung)")
Negara Indonesia
Ibu kota Jakarta
Tanggal penting 22 Jun 1527 (hari jadi)
Gabenor Fauzi Bowo
Keluasan 661.52 km2 (ke-33)
Penduduk 8,792,000 (2004, ke-5)
Bil. kabupaten 1
Bil. kecamatan 44
Bil. kelurahan 267
Bil. kota 5
Bil. suku kaum Orang Jawa (35%), Orang Betawi (28%), Orang Sunda (15%), Tionghoa (6%), Orang Batak (4%), Orang Minangkabau (3%) [1]
Bahasa Bahasa Indonesia, Bahasa Betawi, Bahasa Jawa, Bahasa Sunda, Bahasa Melayu
Agama Islam (86%), Kristian Protestan (6%), Katolik (4%), Buddhisme (4%), Hinduisme
Zon Waktu Waktu Indonesia Barat (UTC+7)
Laman web rasmi www.jakarta.go.id

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) adalah ibu negara dan bandar terbesar Indonesia. Disebabkan saiznya yang amat besar, Jakarta mempunyai status yang sama dengan sebuah provinsi. Jakarta terletak di bahagian barat laut pulau Jawa. Koordinatnya adalah 6°11′ LS 106°50′ BT. Pada tahun 2004, penduduknya berjumlah 8,792,000 orang [2] yng tinggal di kawasan seluas 661.52 km².

Sejarah

Jakarta pada mulanya hanya dikenali sebagai sebuah pelabuhan di muara Sungai Ciliwung. Asal-usulnya boleh ditelusuri daripada zaman peradabanHindu pada abad ke-5. Orang Eropah pertama yang datang ke Jakarta adalah orang Portugis. Pada abad ke-16, para pendatang Portugis diberi izin untuk mendirikan benteng pertahanan di Sunda Kelapa.

Asal-usul nama Jakarta bermula pada tarikh 22 Jun dengan penaklukan Sunda Kelapa oleh Fatahillah pada tahun 1527 yang telah menukarkan nama kota tersebut menjadi Jayakarta yang bererti kemenangan.

Orang Belanda yang datang ke Jayakarta sekitar akhir abad ke-16 dan pada 1619, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipimpin oleh Jan Pieterszoon Coen berjaya menawan Jayakarta dan kemudian mengubah namanya menjadi Batavia. Semasa era Belanda, Batavia berkembang menjadi sebuah kota yang besar dan penting.

Penjajahan oleh Jepun bermula pada tahun 1942 dan mereka menukar nama Batavia menjadi Jakarta untuk menambat hati penduduk pada Perang Dunia II. Kota ini juga merupakan tempat Pengisytiharaan Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan dijajah Belanda sehingga pengakuan kedaulatan pada 1949.

Pada Mei 1998, terjadi kerusuhan di Jakarta. Sasarannya adalah kebanyakkan orang Tionghoa. Gedung MPR/DPR diduduki oleh para mahasiswa yang menginginkan reformasi. Kemuncak rusuhan ini adalah turunnya Presiden Suharto dari kerusi kepimpinannya. Lihat Rusuhan Mei 1998

Pemerintahan

DKI Jakarta memiliki status khusus sebagai "Daerah Khusus Ibukota". Kota ini dibahagikan kepada lima Majlis Perbandaran (kotamadya) dan satu Pemerintahan Pemangku Raja (kabupaten) iaitu:

Lihat juga Senarai Gabenor DKI Jakarta.

Budaya

Sebagai sebuah ibukota Indonesia, Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah menyebabkan satu jurang urbanisasi yang besar. Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah Suku Betawi, Jawa, Sunda, Minang, Batak, dan Tionghoa. Budaya lain yang turut menular di Jakarta adalah bahasa pergaulan yang digunakan oleh golongan remaja. Contohnya: Please donk ah! dan So what gitu loh!. Budaya Betawi sebagai budaya utama tidak diendahkan oleh rakyat tempatan sama ada Indonesia mahupun budaya Barat. Untuk melestarikan budaya Betawi, dibina satu pemulihan budaya di Situ Babakan.

Muzik

Perpaduan berbagai-bagai etnik dan suku kaum membawa kepada kewujudan pelbagai jenis kebudayaan oleh etnik sama ada daripada wilayah di Indonesia ataupun bukan daripada Indonesia. Contohnya kebudayaan daripada Belanda, China, Portugis, Arab dan India, . Seni muzik di Jakarta menggambarkan perpaduan tersebut melalui muzik tradisional mahupun moden yang dicipta. Bahkan sehingga kini, Jakarta masih dianggap sebagai sebuah pusat bagi memperkembangan muzik di Indonesia. terdapat juga pengaruh luar dalam seni muzik tradisional di Jakarta, seperti tanjidor, zilofon dan kromong yang mempunyai pengaruh penggunaan rebab dan trompet tradisional yang bukan berasal daripada Jakarta Sunda. Terdapat juga pengaruh asing daripada Eropah atau muzik tradisional Cina seperti trombon dan gitar.

Tarian

Tarian Topeng, salah satu khazanah budaya di Indonesia

Seperti juga budaya dan seni muzik, seni tari di Jakarta merupakan hasil perpaduan antara budaya masyarakat ada di dalamnya. Pada awalnya, seni tari di Jakarta memiliki pengaruh Sunda dan Cina seperti Jaipong yang mengunakan kostum penari khas pemain Opera Beijing. Namun Jakarta boleh dikatakan daerah yang paling dinamik kerana mempunyai seni tari dengan gaya dan koreografi yang dinamik selain seni tari lama.

Cerita rakyat

Selain daripada cerita rakyat Si Pitung, cerita rakyat yang terkenal adalah seperti cerita Jagoan Tulen yang mengisahkan mengenai jawara-jawara betawi. Selain daripada mengisahkan cerita mengenai kehandalan atau kepakaran dalam dunia persilatan, terkenal juga cerita Nyai Dasima yang menggambarkan kehidupan pada zaman penjajah.

Demografi

Jumlah penduduk di Jakarta sekitar 8,792,000 orang (2004) namun pada siang hari, jumlah tersebut akan bertambah seiring dengan kedatangan para pekerja dari bandar-bandar satelit seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok. Bahasa yang digunakan di Jakarta adalah Bahasa Indonesia. Bahasa daerah juga digunakan oleh suku kaum minoriti kerana di Jakarta mempunyai berbagai-bagai suku kaum yang berbeza. Oleh sebab itu, bahasa Indonesia sering digunakan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, muncul juga bahasa basahan yang menular dalam kalangan kanak-kanak yang mengandungi bahasa asing.

Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia

Agama yang dianuti di DKI Jakarta sangat pelbagai termasuk empat agama yang diakui pemerintah Indonesia ialah (Islam, Kristian, Hindu dan Buddha). Tempat beribat agama Islam juga dibina di Jakarta contohnya:

Menurut data pemerintah DKI pada tahun 2005, komposisi penganut agama di kota ini adalah seperti berikut:[5]

   * Islam 83 %
   * Kristen Protestan 6,2 %
   * Katolik 5,7 %
   * Hindu 1,2 %
   * Buddha 3,5 %

Pendidikan

Pendidikan di DKI Jakarta tersedia dari "playgroup" hingga ke pengajian tinggi. Mutu pendidikan juga sangat pelbagai kerana terdapat tempat pengajian yang mewah yang dijadikan tempat pengajian khususnya di tingkat SD dan SMP. Sejak akhir-akhir ini, muncul pelbagai sekolah yang sistem kurikulumnya diserap daripada negara lain seperti Singapura dan Australia. Sekolah yang mempunyai sistem kurikulum daripada Indonesia juga muncul dengan memiliki pendidikan yang berbeza-beza.

DKI Jakarta juga menjadi lokasi berbagai-bagai universiti yang terkemuka seperti

Pengangkutan

Dalam kota

Keadaan jalan raya di Jakarta pada waktu malam

Di DKI Jakarta, terdapat jaringan jalan raya dan jalan bebas yang dibina seluruh kota. Namun perkembangan jumlah kenderaan dengan jumlah jalan sangat tidak seimbang (5-10% dengan 4-5%). Menurut data daripada Perkhidmatam Perhubungan DKI, sebanyak 46 kawasan mempunyai 100 simpang yang mempunyai kesesakan lalulintas, arus yang tidak stabil dan kecepatan yang rendah.

Diantaranya ialah:

  • Kawasan Ancol/Gunung Sahari
  • Kawasan Jatibaru/Tanah Abang
  • Kawasan Kalimalang
  • Kawasan Mampang/Buncit
  • Kawasan Pasar Minggu
  • Kawasan Pondok Indah
  • Kawasan Pulo Gadung
  • Kawasan Tambora.

Jakarta sebagai pusat ekonomi juga turut mengalami kesesakan lalu lintas kerana selain dilalui oleh penduduk DKI sendiri , jalan ini juga digunakan oleh pemandu daripada kota sekitar Jakarta seperti Depok, Bekasi, Tangerang, dan Bogor. Kesesakan dapat dilihat di Sudirman kerana mengambil masa selama berjam-jam untuk pulang ke rumah. Satu insisiatif dilakukan oleh Pemerintah DKI untuk mengatasi masalah pengangkutan di Jakarta iaitu TransJakarta. TransJakarta menggunakan bas dan halte yang berada dalam jalan khas atau koridor jalan khas untuk bas. Koridor jalan khas untuk bas yang ada di Jakarta adalah;

  • Koridor I Blok M- Stesen Kota
  • Koridor II Pulogadung - Harmoni
  • Koridor III Kalideres - Harmoni
  • Koridor IV Pulogadung - Dukuh Atas
  • Koridor V Kampong Malay - Anchol
  • Koridor VI Zoo Ragunan - Dukuh Atas
  • Koridor VII Kampong Malay - Kampong Rambuthan
  • Koridor VIII Lubak Bulus - Harmony
  • Koridor IX Pinang Ranty - Pluit
  • Koridor X Priuk harbour - Cililitan Grocery Center
  • Koridor XI Manggarai - Pasar Minggu (belum siap dibina)

Selain itu, Pemerintah Daerah DKI juga sedang membangun dua jalur monorail iaitu Green Line dan Blue Line.

Kemudahan Pengangkutan

Untuk ke kota-kota sekitar Pulau Jawa kita boleh melalui Jakarta dengan jaringan jalan raya dan beberapa jalan bebas tol yang telah siap dibina. Jalan bebas tol yang paling baru adalah jalan bebas tol Cipularang yang mempercepatkan masa dari Jakarta ke Bandung menjadi sekitar 1,5 jam. Untuk ke Sumatera terdapat Pelabuhan Merak ke Bakauheni.

Lapangan Terbang yang terdapat di Jakarta adalah:

Keadaan dan sumber alam

Pada tahun 2004, Kota Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan pada julung-julung kalinya meraih penghargaan Bangun Praja kategori "Kota Terbersih dan Terindah di Indonesia" (dulu disebut "Adipura").

Kawasan di DKI Jakarta yang simbolik dengan pokok tertentu ialah;

Hingga kini kewujudan pokok tersebut telah menjadi simbolik dengan nama kawasan-kawasan itu. Namun, penebangan pokok tersebut memusnahkan pokok tersebut sebagai identiti sesebuah kawasan di Jakarta ini.

Pelancongan

Fail:Wisma46jak.gif
Wisma 46, bangunan tertinggi di Indonesia terletak di Jakarta

DKI Jakarta juga memiliki pelbagai tempat tumpuan pelancongan seperti:

Jakarta juga merupakan bandar pelancongan belanja, setaraf dengan Tokyo dan Singapura. Jakarta memiliki pelbagai pusat belanja yang luas dan seronok, seperti:

Pusat Membeli Belah

Pemerintah DKI Jakarta mengutamakan pelancongan di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di Jakarta semasa perlaksaan program "Enjoy Jakarta" . Sejak belakangan ini, sudah menjadi tren pembangunan pusat perbelanjaan dari yang mewah hingga ke kedai runcit. Di pusat membeli belah tersebut juga muncul kedai francais luar negara, seperti Starbucks dan McDonald's.

Masalah sosial

Keadaan DKI Jakarta sebagai sebuah pusat ekonomi telah mendorong orang-orang diluar Jakarta dan luar Pulau Jawa untuk membanjiri Jakarta untuk mencari rezeki. Kebanyakkan pendatang yang datang ke Indonesia tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran yang khusus sehingga terdapat beberapa masalah pengangguran. Masalah pengangguran ini berkaitan rapat dengan masalah kemiskinan dan jenayah.

Lihat juga

Templat:Link FA

  1. ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003.
  2. ^ Region and Population - Jakartaku