Majlis Perbandaran Kulim
MDK | |
![]() | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 31 Januari 1900 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Di bawah bidang kuasa | Kulim |
Ibu pejabat | Kulim, Kedah |
Moto | Dedikasi Ke Arah Kecemerlangan |
Eksekutif agensi |
|
Nota kaki | |
Majlis Daerah Kulim (1978 - 2001) |
Majlis Perbandaran Kulim ditubuhkan bagi mentadbir Bandar Kulim dan Daerah Kulim.
Yang Dipertua Kulim[sunting | sunting sumber]
bil | Nama | Lahir & Meninggal | Tempoh |
---|---|---|---|
Pertama | Tuan Hj Ismail Bin Hj Arshad | 1936 - 2015 | 1983 - 1985 |
Ke-2 | Tuan Hj Saharin Bin Hj Aslan | 1945 - 2018 | 1985 - 1986 |
Ke-3 | Tuan Hj Abu Bakar Bin Hj Abbas | Lahir 1934 | 1986 |
Ke-4 | Tuan Hj Abdul Ghani Bin Hj Mohd Majduddin | Lahir 1943 | 1986 - 1991 |
Ke-5 | Tuan Hj Hakim Bin Hj Ismail | Lahir 1937 | 1991 - 1995 |
Ke-6 | Tuan Hj Kamaruddin Bin Hj Mohammad Razali | Lahir 1950 | 1995 - 2003 |
Ke-7 | Tuan Mohd Zohdi Bin Haji Saad | Lahir 1960 | 2003 - 2004 |
Ke-8 | Tuan Hj Zaki Bin Hj Rahim | Lahir 1953 | 2004 - 2008 |
Ke-9 | Tuan Jamil Bin Mohd Sulaiman | Lahir 1969 | 2008 |
Ke-10 | Tuan Hj Abdul Aziz Bin Tuan Hj Selamat | Lahir 1956 | 2009 - 2012 |
Ke-11 | Tuan Hj Nidzham Bin Hj Alim | Lahir 1959 | 2012 - 2013 |
Ke-12 | Tuan Hj Abdul Aziz Bin Hj Abdul Ghani | Lahir 1953 | 2014 - 2016 |
Ke-13 | Tuan Hj Rohaizad Bin Tuan Hj Rashid | Lahir 1962 | 2016 - Kini |
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Lembaga Kewangan(1900 - 1906)
Lembaga Bandaran Kulim(1906 - 1952
Majlis Bandaran Kulim(1952 - 1967)
Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kulim(1967 - 1978)
Majlis Daerah Kulim(1978 - 2001)
Majlis Perbandaran Kulim(2001-)
Asal-usul penubuhan[sunting | sunting sumber]
Pegawai Daerah Kulim[sunting | sunting sumber]
Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) ""Kulim Sanitary Board"" yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Pada 28 hb. Febuari 1998 Majlis Mesyuarat Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1hb. Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dcadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.
Pada 16hb November 1998 Y.B Dato’ Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan keatas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPPK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu Y.B Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan.
Berikutan dengan itu, maka pada 6hb Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincanngkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30hb. Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharaan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim. Maka dengan ini, mulai 1hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPPK). Percantuman :
- Kulim Sanitary Board
- Lembaga Bandaran Kulim
- Majlis Bandaran Kulim Utara
- Majlis Bandaran Kulim Selatan
- Majlis Tempatan Lunas
- Majlis Tempatan Padang Serai
- Majlis Tempatan Junjung
- Majlis Tempatan Mahang
- Majlis Tempatan Merbau Pulas