Majlis Bandaraya Alor Setar
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Majlis Bandaraya Alor Setar | |
---|---|
![]() | |
Sejarah | |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Kota Setar |
Kepimpinan | |
Mohd Zohdi Saad | |
Setiausaha Bandaraya | Hakim Ariff Md Noor |
Moto | |
(Bandaraya Warisan Dalam Taman) | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah, Malaysia | |
www | |
sunting |
Majlis Bandaraya Alor Setar merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Alor Setar, Kedah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ialah sebuah kerajaan tempatan di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2003, dan sebelum ini dikenali Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS). Pada peringkat permulaan, Alor Setar ditadbir dalam kawasan yang kecil serta di seluruh daerah Kota Setar. MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya dserta mentadbir Daerah Pokok Sena.
Asal-usul penubuhan[sunting | sunting sumber]
Daripada sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diisytiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Star" pada 21 Disember 2003.
Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987