Majlis Perbandaran Sungai Petani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Perbandaran Sungai Petani diwujudkan kerana pertambahan penduduk di Sungai Petani yang semakin meningkat serta mentadbir Daerah Kuala Muda.

Asal-usul penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pengawai Daerah Kuala Muda[sunting | sunting sumber]

Nama Lahir & Meninggal Mula Tamat
Tunku Ibrahim Tunku Abdul Jalil 1837 - 1876 18 Ogos 1865 23 Disember 1876
Mat Ahmad Tajuddin 1842 - 1925 23 Disember 1876 4 April 1903
Ranai Long Tawal 1848 - 1949 5 April 1903 19 Oktober 1920
Long Cik Abdullah 1878 - 1945 19 Oktober 1920 4 Jun 1945
Fuad Tok Muda Kliau 1905 - 1952 4 Jun 1945 28 Januari 1952
Cik Puan Kalantan Raha 1912 - 1967 28 Januari 1952 19 Februari 1967
Muhammad Abu Hassan 1932 - 2007 19 Februari 1967 17 September 1971
Mohamad Abdul Rashid 1933 - 2007 17 September 1971 14 November 1975
Mohammad Radin Ahmad Lahir 1940 14 November 1975 20 Jun 1996
Mahadzir Mahmood Shariff Lahir 1942 27 Oktober 1996 19 Mei 2004
Abdul Aziz Nong Chik Lahir 1949 19 Mei 2004 31 Disember 2011
Nordin Yahya Lahir 1958 1 Januari 2012 Kini

Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Municipal Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.

Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :

  • Majlis Bandaran Sungai Petani
  • Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai dan Tikam Batu
  • Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun

Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.

Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.