Pulau Dayang Bunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. [1]

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting[sunting | sunting sumber]

Pulau Langkawi merupakan Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancaman Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut[sunting | sunting sumber]

Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur.Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang ,Perlis,Gunung Keriang Kedah dan Gugusan Gua Tempurung di Ipoh,Batu Cave di Kuala Lumpur. Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut).Gua ini hasil hakisan air hujan asid bercarbonate. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik.Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Galeri[sunting | sunting sumber]

{{Navbox | image = | name = Kedah | titlestyle = background:steelblue | title = Bendera Kedah Negeri Kedah Darul Aman نڬري قدح دارالامان |style = background-color:lightsteelblue; |group1 = Daerah | list1 = Kota Setar Kuala Muda Kulim Pokok Sena Langkawi Kubang Pasu Baling Bandar Baharu Padang Terap Pendang Sik Yan |group2 = Bandar Utama |list2 = Alor Setar (Ibu Negeri Kedah) • Sungai Petani (Bandar Terbesar Negeri Kedah) • Kulim Langkawi Pokok Sena Jitra |group3 = Bandar Membangun |list3 = Changlun Baling Kuala Ketil Gurun Serdang Kuala Nerang Pendang Sik Yan |group4 = Bandar Baru |list4 = Bandar Anak Bukit Alor Setar (bandar diraja) • Bandar Muadzam Shah Alor Setar (bandar pentadbiran) • Bandar Baru Mergong Bandar Stargate Bandar Aman Jaya Bandar Laguna Merbok Bandar Tunku Puteri Bandar Darulaman Bandar Baru Sintok Bandar Baru Bukit Kayu Hitam |group5 = Pekan / Mukim |list5 = Alor Janggus Alor Mengkudu Alor Tajar Bedong Bukit Selambau Guar Chempedak Jeniang Jerai Kepala Batas, Alor Setar Kodiang Kota Sarang Semut Kuah Kuala Kedah Langgar Lunas Merbok Mahang Naka Nami Padang Serai Relau Serdang Tanjung Dawai Tokai |group6 = Pulau |list6 = Pulau Dayang Bunting Pulau Langkawi Pulau Payar Pulau Songsong Pulau Bunting Pulau Telor Pulau BidanPulau Perak Pulau Tuba |group7 = Sungai |list7 = Sungai Kedah Sungai Muda Sungai Merbok Sungai Kilim Sungai Anak Bukit Sungai Tajar Sungai Pendang Sungai Langgar |group8 = Gunung |list8 = Gunung Jerai Gunung Raya Gunung Mat Chinchang |group9 = Tasik |list9 = Tasik Pedu Tasik Beris Tasik Dayang Bunting |group10 = PBT |list10 =Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) • Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) • Majlis Perbandaran Kulim (MPKk) • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) • {{nowrap|Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBBk) Majlis Daerah Baling (MDB)

  1. PULAU DAYANG BUNTING