Malam Bunga-bunga Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malam Bunga-bunga Cinta bersama Misha Omar
Charity & Fundraising Gala Dinner
Lancar 24 Disember 2021
Tarikh Konsert 19 Februari 2022
Genre Pop
Penerbit Eksekutif Arman Muhammad Mustafa
Pengarah Muzik Genervie Kam
Penyelaras Produksi Arman Muhammad Mustafa
Dafi Ismail Sabri
A&R Koordinator Misha Omar
Genervie Kam
Pengarah Persembahan Lee Sze Wan
Penasihat Vokal Shafiq Erwin
Pengurus Pemasaran/Promosi/Perhubungan Awam Azira / Khatijah / Burhan
Unit Pengurusan Artis Mimie Omar (Misha Omar Production)
Rakaman Live
Jurutera Bunyi Firdaus Mat (Misha Omar Production)
Juru Adun
Penganjur The H Entertainment
Pemuzik Gabungan 10 pemuzik pimpinan Genervie Kam
Suara Latar Izzad Izuddin, Widy, Juanita Ismail
Penata Gaya Colin Sim
Jurusolek Bibian Leong (menggunakan Dior)
Pereka Busana Christian Dior
Konsep Cover Yipieyaya Studio (Chuan Looi)
Label Sony Music Entertainment Malaysia

Malam Bunga-bunga Cinta bersama Misha Omar adalah malam gala amal yang dipentaskan secara konsert skala kecil menampilkan penyanyi pop Misha Omar anjuran The H Entertainment. Ia berlangsung di Taming Sari Ballroom, Hotel Royale Chulan , Kuala Lumpur pada 19 Februari 2022 jam 9 malam. Misha membuat persembahan selama satu (1) jam diiringi oleh pemuzik pimpinan Genervie Kam dan juga menampilkan dua artis pembuka panggung iaitu Zarol Zariff (dari Cikedot) dan juga penerbit penyelarasnya sendiri Dafi Ismail Sabri[1] .

Malam amal ini dianjurkan bertujuan untuk memungut dana dan sumbangan amal untuk badan-badan kebajikan. Selain membantu yayasan kebajikan terpilih, sebahagian daripada hasil jualan meja disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) untuk artis-artis yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bencana banjir [2][3]. Biarpun terpaksa mengikut peraturan keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 yang mengehadkan kapasiti dewan persembahan, jualan meja yang bermula daripada RM300 hingga RM700 untuk setiap individu [4] mula dijual pada 25 Disember 2021 itu habis dijual menjelang malam amal pada 19 Disember. Ramai usahawan, kenamaan dan juga peminat setia hadir bagi memberikan sokongan dan berhibur sambil beramal [5].

Misha tampil secara solo mendendangkan lagu-lagu popular serta beberapa lagu tribute kepada insan seni lain [6].

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Artis Pembukaan

  1. "Kan Kan" - Zarol Zariff
  2. "Andainya Takdir" - Zarol Zariff
  3. "Girl" - Dafi
  4. "Bila Terasa Rindu" - Dafi


Malam Bunga-bunga Cinta bersama Misha Omar

  1. "Sembunyi"
  2. "Dedebu Cinta"
  3. Alu-aluan
  4. "Tanpa Rela"
  5. Rampailagu Whitney Houston - "Run To You", "I Have Nothing", "One Moment In Time"
  6. Rampailagu Seram - "Pulangkan", "Ku Seru"
  7. Rampailagu Tribute Biduanita Negara Sharifah Aini - "Surat Dari Seberang", "Kau Racun Hidupku", "Dekatlah Padaku", "Ingatan Manis Di Bulan September", "Empat Dara"
  8. "Sampai Bila"
  9. Akustik "Percayalah" (Siti Nurhaliza)
  10. Rampailagu "Halaman Cinta", "Semoga Abadi", "Cinta Adam dan Hawa"
  11. Encore "Bunga-bunga Cinta"

Rujukan[sunting | sunting sumber]