Masiung Banah
Yang Berhormat Datuk Masiung Banah PGDK (Sabah) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kuamut | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Johnny @ Juni Intang |
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah | |
Pengerusi bertaraf Menteri Sabah | |
Menyandang jawatan 2020 | |
Didahului oleh | Wences Angang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kinabatangan, Sabah | 19 Mei 1972
Parti politik | UPKO (-2018) WARISAN (2018-2020) PN-BEBAS (2020-2021) Keahlian terus GRS (2021-2022) GAGASAN (sebagai ahli sejak 2023) |
Gabungan politik lain | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sebagai ahli terus sejak 2021) |
Pasangan | Datin Grace Elvira Ewon Ebin |
Pekerjaan | Ahli Dewan Undangan Negeri |
YB Datuk Masiung Banah ialah seorang Ahli politik Malaysia yang berasal dari Kuamut, Sabah, Malaysia Timur. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri - ADUN PGRS Kuamut yang menjadi penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kinabatangan bersama-sama dengan Juhari Janan (PGRS Sukau) dan Abu Bakar Gapar (PGRS Lamag). Beliau ialah penyandang DUN Kuamut sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan satu-satunya ADUN Bebas pada tahun 2021 yang memilih gabungan parti politik sebagai parti utamanya sebagai Ahli terus GRS sehingga tahun 2023 iaitu tahun dimana beliau memilih Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) sebagai parti tetap dan utama beliau. Beliau telah rasmi dilantik sebagai ketua penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kinabatangan pada tahun 2022 dan dipersetujui dalam mesyuarat agung tahunan GRS menjadikan beliau sebagai satu-satunya ahli terus dalam GRS yang mendapat jawatan penyelaras GRS daerah. Beliau juga turut dilantik sebagai salah satu naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) pada tahun 2023 selepas penyertaan beliau ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah. Selain itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Dun Kuamut selepas Ationg Tituh yang merupakan penyandang pertama ketua bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Dun Kuamut dan juga pengasas parti berkenaan.