Pergi ke kandungan

Mohd Arifin Mohd Arif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Arifin Mohd Arif
PGDK (Sabah)
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Menyandang jawatan
2 Disember 2025
Ketua Menteri Hajiji Noor
Didahului oleh Masidi Manjun
Kawasan pilihan rayaMembakut
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah
Dalam jawatan
8 Oktober 2020 – 14 November 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Membakut
Menyandang jawatan
2004
Majoriti3,421 (PRU-16)
2,403 (PRU-15)
3,510 (PRU-14)
3,499 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Ariffin bin Mohd Arif

(1963-05-08) 8 Mei 1963 (umur 62)
Kimanis, Papar, Sabah
Parti politik GAGASAN (sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
PasanganDatin Lenny Natasha Musa (k. 2007)
PertalianMusa Aman (bapa mentua)
Yamani Hafez Musa (ipar)

Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif (lahir 8 Mei 1963) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Membakut.[1] Beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Pada 5 Februari 2023, beliau secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau telah berkahwin dengan Datin Lenny Natasha Musa, anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada 2007 lalu.[2]

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[3]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]

Selepas itu, mereka keluar dari BERSATU pada 10 Disember 2022, dan menyertai GAGASAN iaitu salah satu parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]