Pergi ke kandungan

Nizam Abu Bakar Titingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nizam Abu Bakar Titingan
نظام أبو بكر تيتيڠن
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Negeri Sabah
Menyandang jawatan
1 Disember 2025
GabenorMusa Aman
Ketua MenteriHajiji Noor
PembantuAnil Sandhu
Didahului olehEllron Alfred Angin (Menteri Belia dan Sukan)
Kawasan pilihan rayaApas
Pembantu Menteri
kepada Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
26 Oktober 2022  30 November 2025
Berkhidmat bersama Abidin Madingkir & Ruslan Muharam
Didahului olehWetrom Bahanda
Pembantu Menteri Kewangan Sabah
Dalam jawatan
8 Oktober 2020  16 Oktober 2022
Berkhidmat bersama Jasnih Daya
Didahului olehKenny Chua Teck Ho
Saripuddin Hatta
Digantikan olehJulita Mojungki
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Apas
Menyandang jawatan
2018
Didahului olehTawfiq Abu Bakar Titingan
Maklumat peribadi
Lahir (1966-11-07) 7 November 1966 (umur 59)
Tawau, Sabah, Malaysia
Parti politik GAGASAN (Sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
PasanganDatin Wahida Mardiana Norsalim
PertalianDatuk Ahmad Bahrom Abu Bakar Titingan (Abang)
Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Abang)
Allahyarhamah Datin Salwa Abu Bakar Titingan (Kakak)
Ibu bapaAllahyarham Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan Damsani
Allahyarhamah Datin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan (lahir 7 November 1966) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Apas.[1] Beliau adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah dan juga bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman.[2] Pada 5 Februari 2023, beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah serta ketua Parti GAGASAN untuk bahagian Apas.[3]

Beliau adalah anak kepada Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan,[4] seorang tokoh Melayu-Tawau di Sabah yang pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah serta Setiausaha PKMT Sabah. Abang beliau, Datuk Tawfiq adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah dan ADUN Apas selepas meninggal dunia pada 2018 lalu.[5]

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[6]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah bekas parti komponen dalam Pakatan Harapan dan seterusnya parti komponen dalam Perikatan Nasional.[7]

Pada 5 Februari 2023, Beliau bersama-sama dengan rakan seperjuangannya telah menyertai secara rasmi sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau dan rakan seperjuangannya telah keluar dari BERSATU pada bulan Disember 2022 yang lalu dan mengumumkan untuk mengambil-alih GAGASAN pada 29 Januari 2023. Beliau rasmi dilantik menjadi Ketua Penerangan Parti GAGASAN selepas Mesyuarat Agung parti berkenaan yang berlangsung pada 5 Februari 2023 sekaligus dilantik menjadi Ketua Cawangan Parti GAGASAN Apas.[8]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah[9][10][11][12]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N56 Apas Nizam Abu Bakar Titingan (UMNO) 7,243 53.58% Abdul Salip Ejal (WARISAN) 5,456 40.36% 13,841 1,787 72.90%
Daud Jalaluddin (PAS) 487 3.60%
Alizaman Jijurahman (PHRS) 333 2.46%
2020 N68 Apas Nizam Abu Bakar Titingan (BERSATU) 6,252 58.30% Amrullah @ Ambrullah Kamal (WARISAN) 4,203 39.20% 10,724 2,049 55.34%
Datu Indal Datu Ismail (PCS) 186 1.73%
Mohd Sayadi Bakal (USNO Baru) 83 0.77%
2025 Nizam Abu Bakar Titingan (GAGASAN) 9,239 49.66% Sarman Amat Simito (WARISAN) 4,991 26.83% 18,954 4,248 58.84%
Elmiariezan Ardan (UMNO) 2,151 11.56%
Lim Ting Khai (BERSATU) 1,949 10.43%
Herman Amdas (IMPIAN) 177 0.95%
Marsiah Omat (PPRS) 105 0.56%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Maklumat calon DUN Apas, Sabah
  2. Kadar kemiskinan Sabah turun, kata ketua setiausaha politik Musa
  3. "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
  4. Salasiah keluarga
  5. Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia
  6. 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
  7. 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
  8. "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
  9. "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  10. "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018.
  11. "Undi.info". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2020. Dicapai pada 22 October 2020.
  12. "N.68 APAS". SPR Dashboard. 26 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  13. "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2009" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  14. "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2014" (PDF). www.sabah.gov.my.