Pergi ke kandungan

Fairuz Renddan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fairuz Renddan
فيروز رينددان
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Menyandang jawatan
2 Disember 2025
Berkhidmat with Maijol Mahap
MenteriMohd Arifin Mohd Arif
GabenorMusa Aman
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehIsnin Aliasnih
Kawasan pilihan rayaPintasan
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah
Dalam jawatan
26 Januari 2023 – 30 November 2025
MenteriEllron Alfred Angin
GabenorJuhar Mahiruddin
(2023–2024)
Musa Aman
(2025)
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehAndi Suryady
Digantikan olehNizam Abu Bakar Titingan (Pembantu Menteri Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif)
Jawatan dibubarkan (Sukan)
Kawasan pilihan rayaPintasan
Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah
Dalam jawatan
26 Oktober 2022 – 26 Januari 2023
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Kawasan pilihan rayaPintasan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Pintasan
Menyandang jawatan
26 September 2020
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Majoriti84 (2020)
1,070 (2025)
Ketua Pemuda
Parti Gagasan Rakyat Sabah
Dalam jawatan
5 Januari 2023 – 14 November 2025
PresidenHajiji Noor
Naib KetuaAzrul Ibrahim
Digantikan olehAzrul Ibrahim (Pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir
Fairuz bin Renddan

(1984-09-11) 11 September 1984 (umur 41)
MalaysiaSabah Kota Belud, Sabah, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah)
(2020–2022)
Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN)
(2023–2025)
BEBAS
(sejak 2025)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
(2020–2022)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
(2020–2025)
PasanganSiti Norlyana Abdul Latiff Bledram
PekerjaanAhli politik

Fairuz Renddan (lahir 11 September 1984) ialah seorang rakyat Malaysia dan ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dalam pentadbiran negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah Ketua Menteri Hajiji Noor dan Menteri Mohd Arifin Mohd Arif sejak Disember 2025 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pintasan sejak September 2020. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dari Januari 2023 hingga November 2025 dan Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan dari Oktober 2022 hingga Januari 2023 dalam pentadbiran GRS di bawah Ketua Menteri Hajiji. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Hajiji dari 2020 sehingga pelantikannya sebagai pembantu menteri pada 2022. Beliau merupakan bekas ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen gabungan GRS, dan juga bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah), cawangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan bekas komponen GRS. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Belia BERSATU Sabah dan Ketua Belia Bahagian BERSATU Kota Belud.[1] Beliau meninggalkan BERSATU Sabah pada 10 Disember 2022 dan menyertai GAGASAN pada 5 Februari 2023 sebelum dilantik sebagai Ketua Belia parti itu sehingga beliau meletakkan jawatan serta keluar parti pada November 2025.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah[2]
Tahun Kawasan Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Jumlah undi Majoriti Keluar
2020 N08 Pintasan Fairuz Renddan (BERSATU Sabah) 2,744 32.69% Pandikar Amin Mulia (USNO Baru) 2,660 31.69% 8,395 84 75.81%
Mohd Safian Saludin (WARISAN) 1,816 21.63%
Almudin Kaida (BEBAS) 780 9.29%
Padlan Samad (PCS) 188 2.24%
Roslan Mayahman (PPRS) 50 0.60%
2025 Fairuz Renddan (BEBAS) 4,675 39.32% Pandikar Amin Mulia (USNO Baru) 3,605 30.32% 11,891 1,070 74.80%
Abdullah Otong (WARISAN) 1,167 9.81%
Tadzul Radim (UMNO Sabah) 1,024 8.61%
Almudin Kaida (KDM) 365 3.07%
Tajuddin Padis (BEBAS) 356 2.99%
Raplin Samat (STAR) 210 1.77%
Awang Saleh Makmud (BERSATU Sabah) 196 1.65%
Mohd Rizal Saiman (BEBAS) 116 0.98%
Syarif Mohd Shukree Danchingan (BEBAS) 102 0.86%
Lomog Rudin @ Efejus Rudin (IMPIAN) 75 0.63%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Fairuz Renddan". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-10-16.
  2. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-09-28. Dicapai pada 2022-10-16.
  3. ^ "Azam Baki dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah". Berita Harian. September 30, 2022. Dicapai pada 2022-10-16.
  4. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2021" (PDF). www.sabah.gov.my.