Parti Gagasan Rakyat Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Gagasan Rakyat Sabah
沙巴民意党
SingkatanGAGASAN / PGRS / Gagasan Rakyat
PresidenHajiji Noor
Setiausaha agungMohd Razali Razi
Timbalan PresidenMasidi Manjun
Naib PresidenMohd Ariffin Mohd Arif
Rubin Balang
Masiung Banah
PengasasAtiong Tituh[1]
Ditubuhkan28 Ogos 2013
Disahkan28 Ogos 2013
Ibu pejabatIbu Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah, Block G, Lor Plaza Permai 2, Alamesra, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Sayap beliaPemuda Gagasan Rakyat Sabah
(Organisasi utama pemuda)
Skuad GAHMUDA
(Organisasi induk)
Keanggotaan (2023)579,940
IdeologiRegionalisme Sabah
Demokrasi sosial
Kedudukan politikTengah ke tengah kiri
Penggabungan kebangsaanSebagai anggota gabungan:
Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2022)
Sebagai blok Borneo:
Gabungan Parti Sarawak (sejak 2023)
Sebagai rakan gabungan:
Kerajaan Perpaduan Anwar (sejak 2023)
Parti Cinta Sabah (sejak 2023)
Parti Liberal Demokratik (sejak 2023) (sehingga parti ini rasmi diterima dalam GRS pada April 2023)
WarnaMerah & Biru
SloganParti ini adalah rumah kita, Rumah kita, Kita yang jaga
(This party is our house, our House, we take care of it)[2]
Dewan Negara:
2 / 70
Dewan Rakyat (di Sabah):
0 / 25
Dewan Undangan Negeri (Sabah):
26 / 79
Ketua Menteri Sabah
1 / 1
Simbol pilihan raya

Bendera parti
Laman sesawang
Parti Gagasan Rakyat Sabah di Facebook
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya


Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannya Gagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan di Sabah, Malaysia[3][4] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh ahli politik tempatan Sabah iaitu Ationg Tituh[5][6][7] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[8] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016.[9] Parti ini merupakan komponen utama Gabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pendaftaran dan kebangkitan parti[sunting | sunting sumber]

Parti politik ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh Dr. Ationg Tituh[11][12][13] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[14] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera kubu parti pada 2016.[15] Pada mulanya, parti ini telah berjaya didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), dan merupakan salah satu antara pendaftaran parti baharu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dibawah perlembagaan Akta Pertubuhan 1966 serta sekaligus berjaya mendapatkan kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013.[16][17][18]

Percubaan untuk bekerjasama[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2020, GAGASAN telah bersama-sama tiga parti politik Sabah yang lain untuk bertujuan membentuk persefahaman baharu bagi menubuhkan gabungan parti politik lokal Sabah. Parti tersebut ialah Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) dan sebuah parti yang belum berdaftar, Parti Hak Sabah. Keempat-empat parti pada mulanya bersepakat untuk membuat kerjasama dengan menggabungkan keempat-empat parti dalam satu parti iaitu GAGASAN, dengan Anifah Aman sebagai Presiden.[19] [20]

Walau bagaimanapun, perancangan penggabungan parti pembangkang ini gagal selepas GAGASAN dan Anak Negeri menarik diri untuk meneruskan agenda parti masing-masing selepas individu yang sepatutnya menjadi Presiden gabungan, Anifah Aman menyertai PCS dan terpilih menjadi Presiden PCS pada Julai 2020 sebelum pilihan raya negeri mengejut.[21][22]

Pengambilalihan oleh bekas pemimpin Bersatu Sabah[sunting | sunting sumber]

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya dimanakah parti sedia ada yang akan dipilih oleh Ketua Menteri Sabah ke-16, Hajiji Noor selepas beliau keluar daripada parti bukan tempatan, akhirnya akan terjawab pada 29-30 Januari 2023. Pada 29 Januari 2023, Hajiji Noor mengumumkan untuk mengetuai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Beliau berkata PGRS akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. PGRS juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022.[23]

Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd. Ali berkata empat bekas ahli Parlimen BERSATU Sabah tidak akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah kerana undang-undang anti-lompat. Sebaliknya, mereka akan kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[24]

Pada 5 Februari 2023, Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) selepas Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu.[25]

Senarai presiden GAGASAN[sunting | sunting sumber]

Dr. Ationg Tituh (gambar), pengasas dan presiden sulung untuk Parti GAGASAN[26]

Presiden

Ketua Yang ke- Nama Tempoh jawatan Nota
1 Dr. Ationg Tituh 28 Ogos 2013 20 Mei 2021 [27][28]
2 Stephen Jacob Jimbangan 21 Mei 2021 29 Januari 2023 [29]
3 Hajiji Noor 5 Februari 2023 penyandang [30][31]

Sejarah ketua-ketua utama dalam parti[sunting | sunting sumber]

Ketua Penerangan GAGASAN

Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Nizam Abu Bakar Titingan 2023 penyandang[32]

Ketua Wanita GAGASAN

Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Redonah Bahanda 2023 penyandang[33]

Ketua Beliawanis GAGASAN

Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Emmie M. Idang 2023 penyandang[34]

Ketua Pemuda Pusat GAGASAN

Bil. Nama Tempoh jawatan
(1.) Jawatan kosong Ketua pemuda belum ditubuhkan
(2013-2022)
Pemuda Gagasan diketuai oleh ketua penerangan dari tahun 2021 sehingga tahun 2023
1. Fairuz Renddan 2023 penyandang[35]

Ketua Penerangan Pemuda GAGASAN

Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Chong Tze Kiun 2021 2023[36]
2. Barhul Sahibu 2023 penyandang

Exco Alam Sekitar dan Komuniti Pemuda

Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Chong Tze Kiun 2023 penyandang[37]

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Pengasas Gagasan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diasaskan oleh Ationg Tituh (gambar) pada tahun 2013.[38]

Kepimpinan semasa Parti GAGASAN[sunting | sunting sumber]

Presiden:

Timbalan Presiden:

Naib Presiden:

  1. Mohd Ariffin Mohd Arif
  2. Rubin Balang
  3. Masiung Banah

Ketua Pergerakan Wanita GAGASAN:

  • Redonah Bahanda

Ketua Pergerakan Pemuda GAGASAN:

Ketua Beliawanis:[sunting | sunting sumber]

  • Emmie M. ldang

Setiausaha Agung:

  • Mohd Razali Razi

Timbalan Setiausaha Agung:

Bendahari Agung:

Timbalan Bendahari Agung:

  • Tahir Picho

Ketua Penerangan:

Ahli Majlis Tertinggi (AMT):

Logo dan Bendera[sunting | sunting sumber]

Warna utama yang digunakan dalam logo dan bendera Gagasan Rakyat ialah warna Merah dan Biru. Gagasan Rakyat sentiasa menggunakan Merah dan Biru sebagai tema parti kerana Merah melambangkan Keberanian rakyat menuntut hak-hak Sabah manakala warna Biru melambangkan Perpaduan rakyat Sabah.[39]

Logo rasmi Gagasan Rakyat Sabah


Bendera rasmi Gagasan Rakyat Sabah

Perwakilan[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara

2 / 70
Lantikan Ahli Tempoh Penggal Catatan
Sabah Dewan Undangan Negeri Sabah Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 Kedua
Yang di-Pertuan Agong Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 Pertama

Dewan Undangan Negeri Sabah[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sabah

26 / 79
Negeri No. Parlimen No. Kawasan Negeri Anggota Parti
 Sabah P167 Kudat N01 Banggi Mohammad Mohamarin[40] GAGASAN
N03 Pitas Ruddy Awah GAGASAN
N04 Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin[40] GAGASAN
P169 Kota Belud N08 Pintasan Fairuz Renddan GAGASAN
N09 Tempasuk Mohd Arsad Bistari [40] GAGASAN
P170 Tuaran N12 Sulaman Hajiji Noor GAGASAN
N13 Pantai Dalit Jasnih Daya[40] GAGASAN
P173 Putatan N23 Petagas Awang Ahmad Sah Awang Sahari GAGASAN
P175 Papar N28 Kawang Ghulam Haidar Khan Bahadar GAGASAN
P176 Kimanis N31 Membakut Mohd Arifin Mohd Arif GAGASAN
P177 Beaufort N32 Klias Isnin Aliasnih GAGASAN
N33 Kuala Penyu Limus Jury GAGASAN
P178 Sipitang N35 Sindumin Yusof Yacob[40] GAGASAN
P179 Ranau N37 Karanaan Masidi Manjun GAGASAN
P181 Tenom N43 Kemabong Rubin Balang GAGASAN
P182 Pensiangan N46 Nabawan Abd. Ghani Mohd. Yassin GAGASAN
P183 Beluran N48 Sugut James Ratib[40] GAGASAN
N49 Labuk Samad Jambri GAGASAN
P185 Batu Sapi N54 Karamunting George Hiew Vun Zin GAGASAN
P187 Kinabatangan N57 Kuamut Masiung Banah GAGASAN
P188 Lahad Datu N63 Kunak Norazlinah Arif [40] GAGASAN
P190 Tawau N67 Balung Hamild @ Hamid Awang[40] GAGASAN
N68 Apas Nizam Abu Bakar Titingan GAGASAN
P191 Kalabakan N73 Sebatik Hassan A Gani Pg Amir GAGASAN
- Lantikan Jaffari Walliam GAGASAN
Lantikan Amisah Yassin GAGASAN
Total Sabah (26)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
  2. ^ https://audioboom.com/posts/8256714-awani-borneo-02-03-2023-rumah-kita-kita-yang-jaga-tangani-banjir-kilat-100-hari-keraj
  3. ^ Stephanie Lee (27 August 2019). "New party ready to fight for Sabah, will not work with any others to achieve goals". The Star Online. Dicapai pada 27 August 2019.
  4. ^ Durie Rainer Fong (August 27, 2019). "Sabah's small opposition party has big aims". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-02. Dicapai pada August 27, 2019.
  5. ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
  6. ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
  7. ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
  8. ^ "Call for govt to fulfill promises". PressReader. The Borneo Post. 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
  9. ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
  10. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  11. ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
  12. ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
  13. ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
  14. ^ "Call for govt to fulfill promises". PressReader. The Borneo Post. 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
  15. ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
  16. ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Dicapai pada 7 May 2015.
  17. ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
  18. ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Dicapai pada 7 May 2016.
  19. ^ Hayati Dzulkifli and Sherell Ann Jeffrey (March 8, 2020). "New Sabah opposition grouping is formed". Daily Express. Dicapai pada March 8, 2020.
  20. ^ Avila Geraldine (March 9, 2020). "Gagasan led by Anifah Aman not likely to make a big impact". New Straits Times. Dicapai pada March 9, 2020.
  21. ^ Muguntan Vanar (28 July 2020). "Anifah's planned Sabah opposition front fizzles out". The Star Online. Dicapai pada 28 July 2020.
  22. ^ "Anak Negeri won't pursue merger plan". PressReader. The Borneo Post. 28 July 2020. Dicapai pada 28 July 2020.
  23. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  24. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/bekas-ahli-parlimen-bersatu-tidak-akan-sertai-grs/
  25. ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
  26. ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
  27. ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
  28. ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
  29. ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
  30. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  31. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
  32. ^ Nizam Abu Bakar Titingan dilantik Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah
  33. ^ [1]
  34. ^ [2]
  35. ^ Fairuz Renddan elected as Gagasan Rakyat Youth chief, Meanwhile Chong Tze Kiun as Gagasan Rakyat Environment and Community Exco
  36. ^ CHONG TZE KIUN Biodata
  37. ^ CHONG TZE KIUN Biodata
  38. ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
  39. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  40. ^ a b c d e f g h "5 Adun Umno, 3 Warisan sertai Gagasan Rakyat". BH. 21 Februari 2023. Dicapai pada 22 Februari 2023.