Laman separuh dilindungi

Lan Pet Pet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mazlan Pet Pet)
Jump to navigation Jump to search

Lan Pet Pet
LanPetPet.JPG
KelahiranMazlan bin Ahmad
(1969-05-20) 20 Mei 1969 (umur 49)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak
Tahun aktif1996-kini
PasanganRubihah Abu Bakar @ Che Wan (k. 2008)
Ibu bapaAhmad Mahmood (bapa)
Asma Abdullah (ibu)

Mazlan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelawak, penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau ialah salah seorang anggota kumpulan Senario.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1990-an. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan lawak.

Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.

Peribadi

Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]

Beliau pernah menjadi mangsa berita palsu di media sosial yang bertajuk 'Al-Fatihah, takziah pelawak Senario Lan Pet-Pet' yang telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya menggunakan platform Sinar Harian.[petikan diperlukan] Ini mengakibatkan beliau terkilan kerana mendatangkan rasa cemas pada ibunya.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1999 Senario The Movie Mazlan Kemunculan pertama beliau dalam bidang perfileman
2000 Senario Lagi Susulan Senario the Movie
Pasrah Mustafa Cubaan pertama beliau di luar projek Senario
2001 Gerak Khas The Movie Salleh
Lagi-Lagi Senario Mazlan Peranan serius pertama beliau
2002 Anak Mami The Movie Konduktor Bas
Gerak Khas The Movie II Salleh
2003 Lang Buana Kiambang
2004 I Know What You Did Last Raya Roslan
2005 Pontianak Menjerit Mazlan
2005 Senario XX Rosman
2006 Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Seman
2007 Zombi Kampung Pisang Inspektor Cenehom
2008 Cinta U-Turn Hafiz Pertama kali memegang watak utama di luar projek Senario
Senario The Movie - Episod 1 Mazlan
Jangan Pandang Belakang Congkak Punai
2009 Senario The Movie Episod 2: Beach Boys Mazlan
2010 Zoo Ad
Senario Asam Garam Garam
Magika Hang Jebat
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Punai
Ngangkung Pendeta
2011 Kembar Siang Lan Sengau
Senario The Movie Ops Pocot Lan
2013 Gangster Celop Tokanda Kemunculan khas
2014 Dollah Superstar Dr. Romeo
Gila Baby Jerry

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1996 - 2013 Senario TV3 Sitkom
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Punai Astro Warna

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Senario Gelak Kaya Pengacara TV3
2015 Juara Parodi Bersama Kumpulan Senaman iaitu Azlee Jaafar & Firman Astro Warna

2019

Tinju Pendekar Laut Pengacara TV3

Rujukan

Pautan luar