Pergi ke kandungan

Farouk Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Farouk Hussain
فاروق حسين
Kelahiran
Mohd Farouk bin Hussain

(1967-02-12) 12 Februari 1967 (umur 58)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, pramugara (bekas)
Tahun aktif1994–kini
Karya
Filemografi
PasanganLina
Anak-anak1

Mohd Farouk Hussain (lahir 12 Februari 1967 di Pulau Pinang) ialah pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara lelaki Malaysia.

Farouk Hussain, sinonim dengan drama TV Anak Mami dan filem boxoffice Anak Mami The Movie serta watak-watak komedinya dalam filem dan drama2 Melayu tempatan. Sebelum menceburi bidang seni, Farouk Hussain pernah bertugas sebagai Receptionist di Shangri La Inn Penang (sekarang Jen Hotel) pada tahun 1986- 1989.. Pada tahon 1990 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pramugara hingga pertengahan 1994. Dan pada tahon 1994 juga beliau telah menjadi Hos RANCANGAN REALITI YANG PERTAMA di Malaysia, yang disiarkan Secara Langsung dari Studio C, Jalan Liku Bangsar, terbitan TV3, iaitu SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN, bersama dengan Sharifah Haslinda (Lynn) dan Jai Johari. Rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan menjadi hit dan telah melonjak nama Farouk Hussain didalam bidang seni dan dari situ bermulalah kerjaya beliau didalam bidang hiburan, pengacaraan, lakonan serta Voice Over utk iklan sehingga kini.

Farouk Hussain mencipta nama sebagai pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 pada tahun 1994. Tahon 1995 beliau mula mengacara/menjadi emcee utk Majlis2 makan malam /Annual Dinner utk syarikat2 Korporat dan sektor Kerajaan sehingga kini. Beliau byk mengendali rancangan2 sebagai Hos utk program2 di TV3, Astro dan RTM, seperti WARUNG KITA di Astro, D'Hati - RTM, program kuiz Teka Tekan di saluran Hypp Sensasi di Unifi TV bergandingan dengan tiga pengacara lain iaitu Acong Sweetchild, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu.[1][2][3][4] Farouk merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang berlangsung pada 2012.[5]

Farouk Hussain juga merupakan artis yg sering dijemput sebagai artis undangan utk rancangan komedi kumpulan Senario, yg ditubuhkan pada tahon 1996.

Pada 1999, album pertamanya berkonsep komedi yang bertajuk Kupintal Sarung Bantal berjaya dipasarkan dengan 10 lagu di dalamnya. Lagu-lagu tersebut ialah Kupintal Sarung Bantal, Kumbang Malaya Berbunga Jawa, Baby, Mami Barang, Pak Din Sekupang, Joget Hati Kecewa, Sendi Yang Hilang, Pilih Menantu (duet dengan Iwan Dasri), Dondang Cucuku Sayang dan Mari Balik Kampung adalah lagu duet bersama Shamsul Ghau Ghau.[6] Namun begitu, albumnya kurang mendapat sambutan di pasaran disebabkan kurang promosi di saluran2 radio dan stesen TV oleh pihak Ambang Klasik dan Gong Klasik TV3.[7]

Kini tahun 2025, Farouk Hussain masih terus aktif didalam bidang hiburan sebagai Pengacara/Emcee dan juga Showime Performance utk majlis2 Korporat sambil menyanyi lagu2 Evergreen Classics.. Walaupon sudah 30 tahon berkecimpung dalam bidang seni dan hampir mencecah usia 60 tahon, Farouk Hussain masih sihat, bertenaga, kelihatan muda dan terus mewarnai bidang hiburan dan lakonan tanahair.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  • Kupintal Sarung Bantal (1999)
  • Selamat Hari Raya (1996) (duet bersama Artis Ambang Klasik)
  • Sekadar Menghargai (1996)
  1. ^ "Actor Farouk Hussain is back after quitting showbiz 6 years ago". star2. 25 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-16.
  2. ^ "Farouk Hussain berlakon untuk jumpa kawan lama". Utusan Melayu. 3 Februari 2018.
  3. ^ "'Buang masa fokus lakonan'". Harian Metro. 20 Januari 2018.
  4. ^ "Bengang Soal Bayaran, Farouk Hussain Serik Berlakon". mStar. 18 Mei 2015.
  5. ^ "Farouk Hussain Tidak Takut Untuk Bersaing". mStar. 25 Ogos 2012.
  6. ^ "Farouk jadi penyanyi". Utusan Melayu. 24 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
  7. ^ "Gagal tidak bermakna hilang pengaruh". Utusan Melayu. 13 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]