Sembilu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sembilu
573140.jpg
PengarahDato' Yusof Haslam
PenulisDato' Yusof Haslam
Dibintangi olehAwie
Erra Fazira
Ziana Zain
Mustapha Kamal
Khairil Anwar
Noraini Hashim
Aida Rahim
Alice Voon
Roy Azman
Disunting olehSalehan Samsuddin
PengedarSkop Productions Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
Malaysia 18 Ogos, 1994
Tempoh tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia

Sembilu ialah filem Malaysia tahun 1994 arahan Dato' Yusof Haslam. Filem ini mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Wati (Erra Fazira) merupakan kekasih hati Awie (Awie), seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka mendapat restu orang tua mereka, kecuali Azman (Mustapha Kamal), iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah apabila isterinya Maria (Aida Rahim), pergi meninggalkannya semata-mata ingin menjadi seorang penyanyi. Akhirnya Maria mati dengan tragis dan ini membuatkannya semakin marah. Kemunculan Ziana (Ziana Zain), seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap cuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu. Disebabkan ingin meyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu 'Di Ambang Wati' sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi. Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati...

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

FIlem ini dikeluarkan pada 18 Ogos, 1994 dan mendapat kutipan sebanyak RM4.39 juta.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-12, 1995

  • Pelakon Pembantu Terbaik - Mustapha Kamal

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.