Mokhtar Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mokhtar Hashim bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. 1972 Setelah memenangi kawasan parlimen Rembau-Tampin, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ketika itu Datuk Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada 12 November 1974 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan .[1]

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman mati.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Jagjt Singh. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan. [2]

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. Kebanyakan ahli parlimen menyimpan pistol mereka demi keselamatan peribadi.

Dibebaskan dari mahkamah[sunting | sunting sumber]

Hukuman mati tersebut, kemudiannya diubah kepada hukuman penjara seumur hidup. Datuk Mokhtar Hashim dibebaskan dari mahkamah pada 10 Julai 1991, selepas menerima pengampunan diraja. Beliau disambut oleh isteri dan anak perempuannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]