Seberang Takir
Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah Shah Bandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Perubahan Daerah[sunting | sunting sumber]
Seberang Takir kini diletakkan di bawah pentadbiran Derah Kuala Nerus yang baru dibentuk[1]. Terdahulu ia diletakkan sebahagian dari Daerah Kuala Terengganu.
N 11 Seberang Takir[sunting | sunting sumber]
DUN Seberang Takir merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Kuala Nerus. Penyandang bagi kerusi DUN Seberang Takir adalah Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Beliau menewaskan dua calon lain dengan majoriti 1,510 undi[2].
Pantai Seberang Takir[sunting | sunting sumber]
Pantai Seberang Takir letak berdekatan Jambatan Angkat Terrenganu.
Isu nama[sunting | sunting sumber]
Pengguna media sosial memberikan nama pantai ini sebagai "Pantai Miami" kerana rupa bentuk kawasan itu menyerupai Pantai Miami di Florida. Namun kerajaan negeri Terengganu berkata nama itu tidak sesuai denagn identiti Terrenganu. [3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |