Putera Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Putera Jaya adalah sebuah bandar satelit bagi Bandar Permaisuri Setiu, Terengganu adalah sebuah perbandaran terancang yang menjadi pusat pentadbiran dan penempatan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di daerah Setiu. Selain daripada namanya yang istimewa kerana di ambil sempena nama Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. ia memiliki pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk penduduknya. Diantaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Putera Jaya, Sekolah Menengah Agama Setiu, Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Dewan Orang Ramai, masjid, padang bola, bazar perniagaan, Pusat Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, taman permainan kanak-kanak, pusat aktiviti Puteri Islam dan dewan serbaguna. disini juga terdapat sebuah kompleks sukan yang dilengkapi dengan sebuah stadium mini, padang Bola sepak, gelanggang tenis, gelangang takraw, gelangang Bola Jaring, gelanggang Futsal, gelanggang Bola tampar, gelanggang skuasy, Boling Padang dan sebuah padang golf awam 5 lubang. Selain daripada itu disini terdapat sebuah IPTS iaitu Kolej Teknologi Bestari yang telah dinaik taraf menjadi kolej Universiti teknologi bestari dengan pelajarnya terdiri daripada pelajar tempatan dan luar negara. Banci Penduduk tahun 2010 penduduk Putera Jaya adalah seramai 13,869 0rang terdiri daripada 96.0% Melayu, 3.2% Cina, 0.6% India dan lain2 bangsa 0.1% terdiri daripada pegawai kerajaan, guru, peniaga dan ahli profesional yang lain. Kawasan perumahan terdiri daripada Quarters Kerajaan, Perumahan Kos Rendah selain terdapat juga perumahan tradisional di kawasan ini. Bagi menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan ini aktiviti KRT ( Kawasan Rukun Tetangga ) Putera Jaya berjalan dengan aktif.