Jambatan Sultan Mahmud
Jambatan Sultan Mahmud جمبتن سلطان مهمود | |
---|---|
![]() Gambar yang diambil pada tahun 2017 | |
Koordinat | 5°19′28″N 103°07′28″E / 5.32438°N 103.124572°EKoordinat: 5°19′28″N 103°07′28″E / 5.32438°N 103.124572°E |
Membawa | Kenderaan bermotor, basikal |
Menyeberangi | Sungai Terengganu |
Lokasi | ![]() Kuala Terengganu |
Nama rasmi | Jambatan Sultan Mahmud |
Nama lain | Jambatan Duyung, Jambatan Pulau Duyong, Jambatan Sungai Terengganu |
Dinamakan sempena | Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Pemilik | (?) |
Penyelenggara | Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Kuala Terengganu |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | box girder |
Bahan | (?) |
Pembinaan palung | (?) |
Pembinaan tambangan | Konkrit |
Panjang keseluruhan | 13 km (2047.149 batu)[1] |
Lebar | (?) |
Tinggi | (?) |
Kedalaman air | (?) |
Boleh dilalui? | Ya |
Tambangan dalam air | (?) |
Had muatan | (?) |
Kelegaan atas | (?) |
Kelegaan bawah | (?) |
Bilangan lorong | Empat |
Hayat reka bentuk | (?) |
Sejarah | |
Pereka bentuk | Kerajaan Persekutuan Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) |
Dibina oleh | Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) |
Kos pembinaan | (?) |
Dirasmikan | 11 Mac 1990[2] |
Perangkaan | |
Tol | Dimansuhkan pada tahun 1999 |
Lokasi | |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia. Jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) dan replika 'ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU' di atas Bukit Besar dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini.
Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 65 serta mempunyai dua laluan sehala.[4]Terdapat plaza tol di bahagian tengah jambatan tersebut namun telah dihentikan operasinya pada tahun 2000. Jambatan ini juga terletak di bahagian barat daya Istana Maziah.[5]
Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau Duyong dan Pulau Besar.[6]
Had laju Jambatan Sultan Mahmud ialah 90 kilometer sejam (km/j).[7] Tambahan pula, jambatan itu dilengkapi dengan papan maklumat LED. Selain itu, jambatan ini juga menjadi tempat tumpuan untuk sebarang acara tahunan seperti Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada asalnya, jambatan ini ingin dibina di antara Tanjung dan Seberang Takir. Tetapi, apabila mengambil kira faktor kemudahan penduduk terutama penduduk di Pulau Duyong yang tidak dihubungkan dengan jalanraya maka jambatan tersebut dianjak untuk menghubungkan Padang Hiliran ke Seberang Tuan Chik melalui Pulau Duyong.
Sebelum jambatan tersebut dibina, para penduduk Pulau Duyong meletakkan kenderaan mereka di sekitar Pasar Besar Kedai Payang dan Kedai Binjai dan menaiki bot penambang ke kampung halaman mereka.[8]
Kadar tol sebelum dimansuhkan ialah 50 sen sehala bagi kereta dan van, RM1 bagi lori dan bas sementara lori berganda RM2. Beberapa pekerja tol masih lagi menjaga lalulintas di situ kerana berlaku kesesakan yang berpunca dari orang ramai yang belum mengetahui berita pemansuhan tol tersebut. Majoriti pemandu yang melalui kedua-dua belah laluan plaza tol itu membunyikan hon kenderaan masing-masing serta mengangkat tangan sebagai tanda bagus dan perasaan gembira di atas pemansuhan kutipan tol.
Pada permulaannya, kutipan tol itu hanya dikenakan kepada kenderaan yang bergerak dari arah pekan Batu Enam menghala ke bandar Kuala Terengganu. Bagaimanapun, bayaran tol di jambatan itu ditambah bagi kedua-dua laluan iaitu Batu Enam-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Batu Enam pada 1993.[9]
Tol Jambatan Sultan Mahmud telah dihapuskan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas beberapa minggu memerintah Terengganu pada tahun yang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU 1999).[10]
JKR Terengganu merupakan pengendali terdahulu Jambatan Sultan Mahmud FT65 disebabkan ianya merupakan projek kerajaan Negeri Terengganu. Jambatan tersebut diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan selepas pemansuhan tol jambatan tersebut oleh kerajaan baharu Terengganu pimpinan PAS pada pasca PRU 1999 tanpa mengambil kira status hutang jambatan itu.[11]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Panjang jambatan
- ^ Pulau Duyong dan Sejarahnya
- ^ Penyata Rasmi Parlimen 1989
- ^ Jambatan Sultan Mahmud di Google Maps
- ^ Lokasi Jambatan Sultan Mahmud
- ^ Tol Di Jambatan Kuala Terengganu
- ^ Had laju Jambatan Sultan Mahmud
- ^ Facebook Friends Of JKR
- ^ Tol dihapuskan - BERNAMA
- ^ DAP disaran tiru cara PAS urus tol Terengganu
- ^ Nostalgia Jambatan Sultan Mahmud FT65 1989