Jerteh
Jerteh | |
---|---|
Pekan | |
Bandar Jerteh | |
![]() | |
Koordinat: 5°44′12″N 102°29′43″E / 5.736698°N 102.495407°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | ![]() |
Poskod | 22000 |
Jerteh ialah sebuah pekan di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Jerteh bersempadan dengan jajahan Pasir Puteh, Kelantan di bahagian utara dan bersempadan dengan daerah Setiu, Terengganu di bahagian selatan. Majoriti penduduk di Jerteh merupakan masyarakat Melayu Kelantan yang tinggal dan menetap di sana kerana lokasinya berhampiran Gong Datok serta Semerak dalam Jajahan Pasir Puteh.
Asal usul nama
[sunting | sunting sumber]Jerteh dahulu kala merupakan sebuah pengkalan bagi Kelantan yang disebut Aji Teh. Nama Jerteh dipercayai berasal dari kata Aji Teh itu sendiri yang lama kelamaan berubah menjadi Jerteh mengikut dialek Kelantan. Nama Jerteh juga kadangkala dieja sebagai Jertih oleh sesetengah pihak. Penamaan Jertih mungkin disalah tafsir daripada tulisan jawi namun Kerteh, Kemaman tidak pernah disalah eja menjadi Kertih. Begitu juga dengan Pasir Puteh, Kelantan yang kadangkala dieja salah sebagai Pasir Putih.
Politik
[sunting | sunting sumber]DUN Jertih (N03) ialah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan di bawah Parlimen Besut (P33). Sejak Pilihan Raya Negeri Terengganu 2023 ahli DUN Jertih ialah Dr. Riduan Mohd Nor dari PAS.[1]
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Ia menjadi tumpuan penduduk pada hari Khamis kerana terdapat pasar tani di bandar tersebut. Bandar ini juga telah menjadi destinasi persinggahan pelancong yang ingin mengunjungi Lata Tembakah iaitu lebih kurang 21 kilometer menuju ke Hulu Besut dan Air Panas La (La Hot Spring) yang terletak di Kampong La.
Ikon Jertih, Rosma Muhammad berusaha keras memberikan impak baik kepada perusahaan kedai makan. Memperkenalkan “Mee Jebok” sebagai salah satu tarikan kesana.
Lata tembakah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan selain Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Dalam Daerah Besut khususnya Hulu Besut itulah terdapat 2 tempat yang kini ramai dikunjungi para pelancong dari dalam negara dan Singapura.
Agama
[sunting | sunting sumber]Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]Di Jertih terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Hadhari. Sebuah lagi masjid yang menjadi tumpuan mereka yang hadir ke Bandar Jertih ialah Masjid Ulul Albab. Masjid Ulul Albab turut dikenali sebagai Masjid Kayu. Berkonsepkan binaan kayu tradisional, Masjid Ulul Albab tersergam indah di kawasan Seberang Jertih. Kedua-dua masjid ini juga dilengkapi dengan kelebihan digital di mana orang ramai boleh menderma secara digital melalui platfom Sujood.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "N3 Jertih". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2018.