Istana Badariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana Badariah
ايستان بدرايه
Jata tubuh Sultan Terengganu.jpg
Maklumat umum
Status Siap dibina
Lokasi Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Disiapkan pada 1940
Pemilik Sultan Mizan Zainal Abidin

Istana Badariah telah didirikan pada hari Isnin, 22 Januari 1940 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1358H pukul 8.00 pagi. Istana ini dibina di atas tanah Lot. No. 41 di Padang Seri Negara Mukim Batu Buruk seluas 41.844 ekar atau 16.933 hektar.

Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke 13 ( 1920 – 1942 ). Walau bagaimanapun, Baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana Baginda mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan Baginda.

Istana ini dijadikan Renca-Consol semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Istana Badariah telah menjadi tempat bersemayam rasmi Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan yang ke 14, ( 1945 – 1979 ). Baginda mangkat di istana ini dan jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini ke Permakaman DiRaja di kawasan Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Istana ini kemudiannya telah dijadikan tempat bersemayam rasmi kepada Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang ke 15. Beberapa pindaan telah dilakukan kepada istana ini.

Istana yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan indah telah menjadi warisan kebangsaan dan pusaka negeri.Di istana inilah menjadi tempat sambutan lawatan tetamu agung / negeri.

Istana lain di Terengganu[sunting | sunting sumber]